Brace yourself. This is gonna be a long write up.
Banyak kali aku tulis kemudian aku padam, aku taip kemudian aku padam. Nak menangis pun aku rasa air mata aku dah kering. Aku rasa heartless. Adakah sebab kita ni manusia? Adakah kerana hati manusia itu berbolak balik?
Pernah tak one day kau rasa give up dengan semua orang, tapi kau tahu, Allah tu ada & Dia Maha Mengetahui, Maha Pemurah & Maha Penyayang?
Started as a friend, then best friend. Then we love one another, till married to each other. Trying to conceive after years of marriage & finally I am pregnant. Supposedly I should be happy kan? But when you expect things to be right, things fall apart.
During that second trimester, I found out he cheated on me. All this happen few years back then, 2 years ago. Maka, 2022 adalah tahun paling pahit dalam hidup aku.
Pregnancy journey aku sangat pahit what all I could say? Aku tak ada mengada ngada, aku tak ada mengidam itu ini. Aku cuma mudah sakit & penat.
Plus with the restriction by the Doctor which is aku tak boleh buat kerja rumah, exercise, memasak, even drive sebab takut miscarriage. With that beta thalasemia trait lagi.
Do you know how does it feels when your haemoglobin is so low till you feel so tired till you cant even do a thing?
Despites all this, he’s there physically but not there (his soul went missing somewhere). Maksudnya, jasad di depan mata, tapi fikiran dia entah melayang ke mana.
Bila pecah tembelang, baru aku faham & it all make sense. Patut la aku rasa sunyi. Tiada gurau senda like we always do, no small talk, no cuddling no more i miss you or i love you.
Dalam ramai-ramai yang approch aku, I pick you. I choose you. Because I thought you are different from the rest of the guy. I thought we are best friend. A safe place to one another. Apparently, not. Rupanya aku seorang je yang rasa begitu.
Bila kantoi, the blames is on me. Aku garang, aku tegas. Aku tak lembut macam dia?
After years of marriage, bila aku asyik dibuli dengan keluarga kau terutamanya ibu kau, I have to make a stand.
You didnt protect me, so I did what I can as long as aku tidak melampaui batas, ikut garis agama dan masih lagi menghormati keluarga kau. I talk about it to you. All you did was nothing.
Aku jadi tegas/ garang sebab i am done being bullied by your families. I have to priorise my mental health. Aku tak nak aku yang ended depress just because of you & your family?
And that woman? Nope, aku tak pernah marah/ serang dia. Sebab benda ni takkan terjadi kalau husband aku sendiri bukan ulat bulu. I spoke to her nicely.
Bila aku mention aku nak tuntut fasakh, barulah perempuan ni bagitahu semua (mungkin dia memang berharap kami bercerai).
Husband aku selalunya pergi gym/study after magrib tetapi rupanya dia pergi bermadu kasih setiap malam. Perempuan ni mentioned yang dia sanggup menjadi second wife sampai ajak husband aku kahwin lari ke Thailand.
Which makes me wonder, baru kenal 3 bulan kenapa sampai sanggup nak kahwin lari? Rupanya sudah sampai berzina, bukan sekali. Tetapi berkali kali. Now it make sense, kenapa all this while kau tak sentuh aku.
Tanpa aku sedar semasa aku bercakap dengan dia, aku menangis. Sedih wei. Koyak. Luluh hati aku sebab aku rasa maruah aku betul2 tercalar & dipijak.
Marah? Of course aku marah. Sebab husband aku tak fikir keselamatan aku & kandungan aku. Someone who is in the health professional care should be smart enough, but dumb enough to apply in the real life?
HIV STD tu macam tak ada apa2 bagi dia. (Memang waktu tu aku rasa nak bagi flying kick dekat dia, tapi apakah daya, aku mengandung waktu tu haha).
Selepas pecah tembelang, aku call husband aku untuk tanya adakah semua cerita perempuan itu benar. Bila dia iya saja, aku terus matikan talian telefon dan aku kemas semua barang barang aku, dan balik rumah parent aku (waktu ni aku dah kusut sangat dah).
Dan of course pada masa itu yang paling sedih adalah papa mama aku. Kau boleh bayangkan tak perasaan kau bila kau nampak ayah ibu kau sedih? Sambil aku menangis bercerita, mama aku peluk aku seerat eratnya & papa aku terduduk dengar cerita aku.
Sampai sekarang aku ingat apa mama aku cakap “tak apa W, kalau dia (husband) tak nak kamu bertiga, tak apa. Kita besarkan anak-anak ni sama-sama. Anak-anak ni anugerah Allah, ada sebab kenapa Allah bagi.
Ma Pa akan jaga anak-anak ni sampai anak-anak ini tak akan rasa kurang kasih sayang, pelajaran dan semua perkara. Kita asuh dan didik dia sampai dia berjaya dunia akhirat”. Sampai sekarang kalau aku ingat balik aku sebak.
Dua hari selepas kejadian, keluarga suami & suami datang ke rumah papa mama aku untuk berbincang dengan kami.
Mother-in-law (MIL) aku memujuk aku supaya jangan leraikan ikatan perkahwinan ini,
Dan manakala papa mama aku pula, suruh aku fikirkan yang mana aku rasa terbaik untuk aku & anak-anak memandangkan pada masa tu suami aku serah diri dan mengaku bersalah dan berjanji tidak akan ulangi perkara ini. Waktu tu memang serabut betul.
To stay or to leave? If I leave, what will happen to my kid? Sama ke kasih sayang aku seoarang sebagai ibu & bapa? Sama ke kasih sayang atuk & nenek sebagai seorang ayah? Will coparenting work? Can I handle 2 kids alone?
But if I stay then I would betraying my own principle. Walaupun dia cakap nak berubah, tak akan ulangi lagi perbuatan tersebut, how sure am I he is not gonna repeat the same thing again?
So I choose to stay. Susah. But I did.
Tak cukup dengan husband, in laws sendiri pun menguji aku. Apa, menantu adalah menantu & menantu boleh ditukar ganti tetapi bukan anak-anak? Anak kau yang buat perangai, kau langsung tak tegur or marah dia.
Sister-in-law (SILs), dengan semudah itu minta aku maafkan & lupakan dengan apa semua yang terjadi & move on. Mungkin senang untuk mereka, sebab MIL & SIL sendiri yang pernah menjadi orang ketiga dalam masjid orang lain.
Sampai kau pesan dengan anak-anak lelaki kau, orang pertama perlu disayangi, didahulukan adalah ibu baru isteri dan anak-anak. Jadi anak-anak aku perlu beralah dengan kau? Kenapa kau nak nafikan nafkah anak-anak dan aku?
Kalau kau tak memainkan isu isu ni, kalau kau tak guna kuasa veto kau sebagai ibu, seriously aku sendiri yang akan suruh husband aku buat macam2 untuk kau.
I am willing to give. Since you are crossing the line, I wont say a word nor does help. There is a fine line between “taat” and “nafkah”. Kenapa kau mengajar anak lelaki kau untuk menjadi dayus?
Belum lagi part campurtangan urusan keluarga kecil aku.
Ini nasib baik aku yang berkerjaya. Ada pendapatan sendiri yang aku tak berharap duit suami atau harta benda in laws. Bayangkan biras aku yang dipijak lumat?
Dah macam maid tak bergaji mereka kerjakan dengan alasan dia surirumah (for the first 5 years biras aku duduk sekali dengan in law).
Bila suami bagi duit, dipersoalkan pula kenapa dapat duit daripada suami? Dan menyatakan duit suami tu adalah duit dia juga (MIL).
Banyak lagi laa benda toksik yang tak terkira diaorang buat sampai aku rasa, sudah. That’s it, I am done! Orang macam ni dont deserve to be treated nicely while they are so entitled to be treat like a king.
Aku create small circle by starting removing all of them from my social media & keluar daripada whatsapp family. Marahkan aku sampai mengunkit sampai guna kad ‘kita kan keluarga’ kenapa itu kenapa ini.
Tetapi perbuatan mereka sedikit pun tidak menggambarkan sebagai keluarga. Kau sendiri yang menyatakan menantu adalah orang luar, bukan keluarga.
Sungguh aku cemburu dengan perempuan lain yang mempunyai mentua yang baik dan penyayang (if you do, please jaga mereka, sayangi mereka, santuni mereka; kerana MIL SIL yang baik adalah rezeki yang tiada penghujung).
Once I have been through all of this, baru aku faham perasaan sesetengah orang yang stuck dalam mariage: to stay or to leave? Untuk diri sendiri atau anak?
And oh pasal husband aku. Aku nampak dia dah berubah sangat2 dah. Berubah kearah kebaikan.
Dua tahun lepas, papa aku pernah cakap, “bila benda macam ni terjadi dekat lelaki, samada dua: dia akan menjadi lebih buruk daripada sebelum ni atau lebih baik daripada sebelum ni”. I guess you are right Pa.
Aku nampak dia lebih bertanggungjawab in term of, menjadi provider kepada keluarga (sebelum ni husband aku culas, berkira), spend banyak masa dengan keluarga. Someone yang boleh bawa berbincang.
Between aku dengan ibu/keluarga dia pun, dia dah pandai bawa diri. Bahasa kasar, dah putus susu and he getting more wiser & matured.
Kami sama2 juga banyak muhasabah diri. Betulkan mana yang salah. Betulkan solat, perbaiki diri kami. Dan dia sendiri mention dekat aku, dia nak jadi manusia yang baik. Manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain & pada masa yang sama contoh yang baik kepada anak-anak.
(Sambil bercerita dengan aku, mata dia merah-merah) Dia tak nak jadi lelaki yang bila dah tua, atau bila sakit sampai masuk wad, anak-anak dan isteri tak ambil peduli pun tentang dia. Dia sangat takut benda ni.
(Banyak kisah macam ni dalam wad hospital kerajaan. Yang ada anak ramai tapi sorang pun tak ambil peduli ayah dia terlantar dekat hospital.
Bila tanya kepada waris kenapa, mereke beritahu ‘oh dulu ayah kami ada perempuan lain/kahwin lain sampai abaikan kami ibu kami, kami susah pada waktu tu, kenapa kami perlu menjaga dia sedangkan dulu dia abaikan kami?’
Yup, dia memang dah berubah (walaupun it is too early to say, sebab baru 2 tahun kan?). Cuma aku la. Aku tak ada depression/ postpartum depression. Aku cuma perlukan masa untuk ubati hati aku.
Bila ada sesuatu perkara terjadi atau aku teringat, flashback tu akan secara tak sengaja datang balik.
Cuma this year, I am getting better now. A lot better compared to last year. Alhamdullillah. Tapi apa2 pun, aku hanya mampu berdoa dan tawakkal kepada Allah. If it happen again, then no more chance.
Lesson learn from this are:
1) No one will understand marriage, divorce, childbirth and death until you experience one.
2) Ibu, Ayah didiklah anak lelaki menjadi Qawwam. Supaya dia dapat mendidik, mengemudi & melindungi keluarga kecil dia. Untuk perempuan, didik lah dia apa erti malu & sentiasa menjaga maruah diri. Ini supaya anak perempuan kelak tidak murah dimata lelaki bukan mahram.
3) Ladies, learn how to earn money. Sekurang kurangnya jika ada sesuatu yang terjadi dalam hidup, duit tu yang dapat tampung perbelanjaan hidup. We will never know whats coming.
4) Jaga maruah diri. Jika orang tak nak dengan kita, tak usah menagih kasih. Pandang kehadapan, jalan terus & jangan toleh kebelakang. Take care of yourself. Siapa nak jaga diri kita sendiri melainkan diri kita sendiri?
5) Untuk orang yang teraniaya di luar sana, doa doa doa. Kerana doa orang yang teranaiya ni tiada hijab. Tak semestinya kau kena berdoa perkara yang negatif. Kau doakan benda yang baik2,
Contoh: doakan sentiasa jadi orang yang baik, kau & kesemua orang yang kau sayang berjaya dunia akhirat, Allah permudahkan segala urusan dunia akhirat. Haaa banyak lagi la. Yang penting bila kau berdoa, kau kena yakin dan tawakkaltu ‘alallah.
6) Sedih bila partner curang? Cry as many as you can, be sad as you can. Tapi ingat. Jangan sampai merosakkan & menghancurkan diri sendiri. Go upgrade yourself.
Pergi belajar benda baru. Belajar buat kain batik ke, pergi kelas muay thai ke pilates ke. Kelas British Counsel ke kelas tajweed/tafsir quran ke. Sambung belajar sampai phD ke? Hiking ke? Semua tu berbayar?
Ok, kau keluar rumah pergi bersenam ke. Tengok pokok pokok yang hijau, langit yang biru & burung berterbangan berkicauan. Tengok ciptaan Allah.
7) Aku nak jadi in law yang awesome untuk anak-anak aku. Macam mama aku layan menantu menantu dia (in-law aku) sampai kami rapat sesama sendiri dan diaorang sayang papa mama aku macam ibu ayah diaorang sendiri.
Best Regards,
– Wildflower (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
The most impressive new inventions of the decade, technologies that will blow your mind.
thomas edison inventions http://washingtondchotelsonline.com/index.php/2024/06/16/inventions-that-defined-generations/ .