Assalamualaikum.. Saya Aina (bukan nama sebenar), suri rumah sepenuh masa, mempunyai anak berumur 5 tahun dan sekarang saya sedang mengandung anak kedua pada hasil perkahwinan kedua.
Nak dijadikan cerita. Dulu saya pernah berkahwin dengan bekas suami saya yang seorang panas baran, kaki pukul, kaki perempuan dan penganggur.
Hidup saya da cukup merana selama saya berkahwin dengan dia, hari2 saya didera mental & fizikal.
Selepas kahwin saya baru tahu bekas suami saya mengambil dadah. Masa tu hanya Allah je tahu perasaan saya macam mana. Sampai kan saya sudah tawar hati dah dengan bekas suami.
Hari-hari datang tempat kerja saya, kacau saya dan kawan-kawan dekat tempat kerja sampai mengugut macam-macam. Sampai saya terpikir nak bunuh diri, tapi saya kuat kerana ibu dengan anak saya. Masa tu anak saya kecil lagi.
Pernah kami berdua bergaduh depan anak. Saya dapat tengok riaksi muka anak perempuan saya kesian sangat2. Saya tak nak dia membesar tengok saya dipukul didera tanpa belas kasihan.
Saya ambil keputusan untuk pergi mahkamah untuk menuntut fasakh. Kerana selama saya hidup dengan dia satu sen pun tak keluar kan untuk keluarga dan anak. Semua atas kepala ibu saya. Termasuk duit bersalin pun ibu saya yang bayar.
Disebabkan kami menumpang di rumah ibu. Semua ibu saya yang tanggung termasuk makan dan minum dan kenderaan.
Sampai satu tahap dia ada hutang dengan tauke dadah, dia sanggup curi duit ayah saya sampai ayah saya pengsan. Allahu akhbar. Masa itu hati saya sudah nekad nak bercerai.
Allah permudahkan urusan saya. Saya pun telah bercerai dengan bekas suami. Suami saya langsung tak peduli kan anak, nafkah anak pun dia tak bagi.
Dan tak lama selepas itu, saya mengenali suami saya yang sekarang. Pada mula nya saya tertarik dengan dia, dari cara layanan terhadap anak saya. Anak saya pun rapat dengan dia mungkin anak saya rindu kasih sayang seorang ayah.
Anak saya dah anggap suami saya tu macam ayah kandung dia sendiri, anak saya sayang sangat2 dekat suami saya.
Tapi selepas kahwin semua nya berubah. Anak saya dah mula membesar biasa lah budak kecil macam-macam ragam dan perangai tak dengar kata.
Dia tak dapat terima, hari-hari kena marah. Seolah-olah dia tak suka pada anak saya. Walau macam mana sekali pun suami saya marah, dia tetap sayang kan suami saya.
Selepas saya kahwin dengan suami saya, saya baru nampak sikap panas baran dia. Hari-hari saya kena marah dengan kata-kata yang menyakitakan hati saya.
Tapi dia bagus tak angkat tangan dekat saya dengan anak. Hanya kata-kata yang buat saya sakit hati dan mental.
Cuma saya terkilan dengan sikap dia panas baran dengan tak sayang anak saya macam anak sendiri.
Saya setiap hari memikirkan sampai nak pecah otak saya takut anak kedua ni keluar, saya takut dia beza-beza kan antara anak saya dengan anak dia. Kadang saya terlampau memikir sangat sampai saya nak bunuh diri.
Dan sekarang saya mula sedar sedikit demi sedikit yang saya mempunyai penyakit mental Bipolar Disorder ketika sedang hamil. Tapi saya takut nak pergi ke klinik untuk check-up.
Kadang-kadang saya kemurungan, kadang-kadang saya happy, kadang-kadang sedih tanpa sebab.
Adakala anak saya jadi mangsa untuk saya lepas kan kemarahan (ibu mintak maaf sangat2 tak terniat nak marah) bila saya menangis anak saya lah memberi saya ketenangan.. dia usap airmata saya, beri kata-kata positif (jangan menangis ibu).
Banyak kali terasa nak bunuh diri, macam-macam saya fikir dalam kepala. Orang akan nampak saya normal macam tak ada masalah, nampak macam happy tapi dalaman saya tak okay. Pernah saya putus asa dalam semua benda dalam hidup.
Setiap hari berteman kan airmata sahaja. Suami tidak tahu saya ada simptom ini. Saya takut nak beritahu dia, saya takut dia kata saya mengada-gada.
Allah saja tahu perasaan saya, apa yang saya mengalami selama ni didera mental & fizikal. Kali ini didera mental, saya risau kandungan saya sebab saya hampir setiap hari menangis memikir kan benda yang sama.
– Puan Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit