Assalamualaikum w.b.t. Sedikit perkenalan ringkas daripada aku.. Aku Haz, umur lewat 20an, masih single dan available, dan masih menuntut di tahun kedua pengajian Phd di sebuah universiti di pantai timur, dalam jurusan sains marin.
Tajuk aku kali ni sangat cliche. He tu, tak lain tak bukan, merujuk kepada Allah swt – He knows the best for me. Why i said so?
Jom teliti kisah aku ni yang aku tulis secara ringkas. In general, it eventually led me to be very grateful for what i have dan what i’ve been through.
Disebabkan oleh aku ni memang like tak pernah engineer life aku untuk bercinta waktu zaman sekolah, so ia membawaklah sampai ke alam universiti, which is sampai sekarang.
Dan memang tak pernah ada cubaan dari pihak aku pun untuk cuba berkenal kenalan dengan lelaki untuk tujuan lebih dari kawan biasa (urusan kerja dan study). Tidak. Aku tak reti nak start semua benda tu.
Sampai lah akhir tahun 2020, waktu pertengahan pendamik, n boarder Malaysia ditutup, ada la tersadai sorang kawan chinese aku, nama Nick ni kat Terengganu.
Dia, sama macam aku, masih lagi belajar di peringkat Phd di Tongji University, China, under scholarship university. Dan aku tahu pun sebab dia pm aku di Facebook, menyatakan luahan hati dia ingin berkenal kenalan dengan aku.
Aku to be honest, memang ada taste dekat lelaki chinese, berbanding lelaki Melayu. Aku tak tahu kenapa.
Tapi awal awal aku kenal dia dulu, memang aku tak crush dekat dia sebab dia tu kawan chinese aku yang punya. Dorang dah couple bertahun gak la aku rasa. Ntah. Aku tak sure.
Tapi dipendekkan cerita, aku sudi berkenal kenalan dengan dia lepas confirm dia dah break up dengan ex dia tu dan kami ada berbincang mengenai masa depan kami, which is betul lah, Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan.
My main concern is of course lah pasal agama. Benda lain, memang aku tolak tepi dulu dan tak beriya pun selidik atau bertanya kabar.
Memang aku highlight bab ni aja dekat dia dan Alhamdulillah dia sangat memahami dan sudi untuk belajar dan revert (kembali kepada fitrah penciptaan manusia, iaitu menyembah Tuhan Yang Esa).
Dan Since aku dibesarkan dalam keluarga yang agak conservative (negeri serambi mekah), maka perkara basic berkaitan lain jantina yang aku cukup pegang dan jaga sampai sekarang ialah bab ikhtilat.
Alhamdulillah dia sangat menghormati aku untuk sedikit pun tidak bersentuhan dengan aku (even pegang tangan pun).
Dan apabila dia menyatakan yang dia perlukan ‘physical touch’, maka aku pun tak lekang la asyik mengingatkan dia tentang halal haram sebelum dan selepas kawin.
Dan kemuncak perhubungan kami ialah apabila dia ‘Say Sorry’ dekat aku bila ayah dia tak bagi dia revert ke Islam.
Aku pun Alhamdulillah sebagai seorang yang masih waras dan tenang, mintak dia untuk utamakan keluarga, melebihi perhubungan yang tak pasti dan belum tentu kekal ni.
Bagi aku, family is everything. Alhamdulillah kami break up cara baik dan aku masih berkawan biasa dengan dia.
Yang aku agak sedih sikit ialah, aku ada sebut nama dia dalam doa selepas solat dan mengaji al quran aku, mintak Allah bukakan pintu hati dia untuk terima islam dan boleh jadi imam kepada aku.
Tapi itu lah, benda sebaliknya yang berlaku. Apa apa pun, He knows the best me.
Aku move on dan Alhamdulillah masih bahagia dengan single life dan phd journey aku. Wish me good luck for my future endeavours dan kalau ada sesiapa nak berkenalan dengan aku, boleh la komen komen.
– Haz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit