He Too, Clipped My Wings

Salam semua pembaca. Bila baca kisah Huda (https://iiumc.com/he-clipped-my-wings-too/), aku terdetik nak berkongsi kisah yang hampir sama, cuma jalan cerita berbeza sedikit.

Tapi ni cerita lama, dah jadi sejarah. Aku pun dah berkahwin dengan orang yang aku sayang dan dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah. Panjang tau cerita ni, kalau bosan, korang skip lah ye.

10 tahun lalu, masa tu umur aku 25 tahun, aku ditakdirkan untuk menjadi yatim piatu selepas arwah abah meninggal asbab sakit tua. Arwah mama memang dah lama meninggal masa aku kecik lagi.

Aku anak bongsu dari 9 adik beradik. Dan ketika arwah abah meninggal dunia, semua adik beradik aku dah berkahwin kecuali aku.

Time tu aku baru habis master dan bekerja sebagai seorang pensyarah muda di sebuah IPT. Bermulalah kehidupan aku hidup sendiri di rumah peninggalan, tanpa arwah abah.

Yelah, adik beradik dah kahwin. Mereka duduk sendiri. Aku bersyukur, arwah abah mama ajar kami adik beradik hidup berdikari sejak kecik. So, aku tak kekok sangat hidup sendiri.

Masalah bermula bila abang sulung (abang long) risaukan aku. Aku faham lah, sebagai abang sulung dia rasa bertanggungjawab dekat adik perempuan bongsu dia ni.

Nak pula, dia sorang saja anak lelaki dalam adik beradik. Dia pula tak boleh nak jaga aku sangat, sebab dia duduk jauh kat utara sana. Rumah arwah abah mama di lembah Klang.

Satu hari, abang long call aku. Dia kata dia risau aku duduk rumah sorang, ke hulu hilir sorang. Dia nak aku kahwin. Aku cakap dengan abang long, nak kahwin dengan siapa, BF pun takde. Aku ingat masa tu dia macam membebel, belajar tinggi2, BF pun takde.

Kehkeh bongoklah abang long. Takde kena mengena langsung belajar tinggi dengan takde BF. Satu hari abang long kata dia ada calon. Jeng jeng jeng. Kat sini lah bermula kehidupan neraka aku.

Abang Long kata dia berkenan dengan mamat ni, aku panggil Y. Maka mulalah sesi perjumpaan aku dengan Y ditemani abang long. First impression aku, erm not bad lah. Ada dua nandek hitam kat dahi (ala yang biasa jumpa kat orang alim tu katanya).

Ada rupa lah juga. And dia drive kereta BMW. Merecikkk koooo. Yang aku agak impress time tu, dia muda juga, cuma beza 2 tahun tua dengan aku. Dan sepanjang perbualan kami, tak lepas dari mulut dia nama Allah, MasyaAllah, Subhanallah.

Oh lupa, orang panggil Y ni ustaz, sebab karakter dan ilmu agama dia. Bukan sebab diiktiraf dari mana2 professional body.

Lepas perjumpaan tu, abang long tanya, okay tak Y tu. Walaupun first impression aku rasa okay, tapi aku takde perasaan dekat Y. But, did I have a choice?.

Abang long dah desak2 suruh kahwin. Aku rimas. So, aku cakap okay jelah. Dengan harapan, aku dapat sayangkan Y lepas nikah. Cinta lepas nikah katanya, gittewwww.

Bermula lah perancangan kami untuk bertunang, dan bernikah. Kami ada masa masa sebulan lebih untuk bertunang dan 6 bulan, untuk bernikah.

Y kata, benda baik tak elok bertangguh katanya. Wak lu lah. Dalam tempoh sebulan sebelum bertunang, layanan Y terhadap aku tersangatlah baik. Sangat gentleman.

Sampai aku rasa, aku tak silap untuk terima Y. Kau bayang, keluar makan dia bukakan pintu kereta. Duduk meja makan, dia tarikkan kerusi.

Ya ampun, aku rasa akulah perempuan terbahagia di dunia. Hehe rupanya, Y buka cerita, lama dah dia berkenan kat aku. Love at first sight katanya. Jimbetttt lah ko. Dia jumpa aku time kenduri kahwin kawan kami.

Dia cari aku kat FB, tapi dia tak add aku. Dia approach abang aku dulu. Kat sini aku rasa, bagus juga lah cara dia ni.

Sehinggalah aku sah jadi tunangan dia. Time ni lah dia buka topeng sebenar di sebalik title ustaz yang orang panggil dia tu. Dia jadi sangat2 mengongkong, panas baran dan kuat mencarut. Meh aku senaraikan perangai cel*ka dia:

1. Setiap kali sebelum kerja dia akan suruh video call untuk tengok aku pakai baju apa. Dia kata kena pakai baju patuh syariah dalam usaha jadi isteri yang baik. Kalau dia tak approve, aku kena tukar baju. Kepala bana dia. Mula2 okaylah kot nak terima.

Tapi lama2, aku rimas. Aku tak ikut, Kadang2, saje aku provoke dia. Bila dia suruh labuhkan tudung, aku makin singkatkan. Hehe saje cari pasal sebab geram.

Tapi, bila keluar aku turunkan balik tudung tu. Aku takdelah baik mana, tapi aku tahu juga hukum hakam okay. Sebab tak dengar cakap dia, aku kena maki lah.

2. Dia pernah minta aku buat permohonan pada pengurusan tempat aku kerja, untuk minta mengajar pelajar perempuan sahaja. Tak boleh mengajar pelajar lelaki untuk menjaga ikhtilat. Dia rasa atuk aku ada share kot dekat tempat kerja aku, sesuka hati nak request macam tu.

Level khinzir terpaling tinggi dia capai.

3. Ada masa tu kami keluar cari barang kahwin, student lelaki aku call, tanya pasal satu event, dia terus rampas phone aku dan marah student aku, katanya tak menjaga adab dan ikhtilat. Aku malu weii dengan student aku. Kekhinziran diternak-ternak namanya.

4. Dia memang rajin sebut nama Allah. Tapi tak kurang juga rajin mencarut tu. Setiap hari bab*, bangs*t, lahaba*, lancau, cincau cancau dah jadi makanan aku.

5. Ada satu hari kami bergaduh, dia kata dia nak ride laju2 biar accident. Kalau dia accident, dia nak bagitau semua orang yang aku lah punca dia accident. Eh hangguk dia, blah lah lu. Bukan aku yang paksa kau ride sampai accident, gila.

6. Setiap kali jumpa, dia wajib check hp aku. Dan dia akan delete semua mesej dari lelaki dan no lelaki. Katanya, training menjadi isteri solehah untuk tak melayan ajnabi. Weh no sepupu aku pun dia delete. Kawan lelaki kat social media semua dia unfriend / unfollow / block.

Tapi bila aku nak check hp dia, tak boleh. Katanya, haram hukum bagi seorang isteri nanti selongkar barang kepunyaan suami. Training training training jadi isteri yang baik, macam syaitonnirrajim

7. Dia tak izinkan aku sambung PhD, katanya tiada keperluan seorang perempuan sambung belajar tinggi2. Jadi suri rumah lebih banyak pahala. Katanya nak aku jadi ketua bidadari kat syurga nanti. Hatukkk dia. Kau layan aku macam iblis, tapi nak aku jadi bidadari. Wtf.

8. Dia suka call sukahati atuk jiran dia semata2 nak nak check aku buat apa, dengan siapa. Kadang2 time kelas memang aku tak angkat phone. Dia pernah call sampai 187 kali sebab aku tak angkat phone. Lepas tu, ingat lepas aku macam tu saja, hehehe memang tak lah.

Confirm lah gaduh. Kalau gaduh, confirm lah kena carut. Mak ko hijo, bapak ko pink.

9. Dia pernah pertikaikan fizikal aku, katanya buatlah something kat breast aku, nampak macam dah jatuh sikit. Ini paling tak boleh blah.

Kan aku suka melawan, so aku jawab, eh kalau breast aku nak jatuh sampai ke lutut pun, aku susahkan hidup dia ke. Ustaz ke macam tu weii. Scaryyyy weii

10. Dia tak bagi aku keluar ke mana2, tanpa dia. Nak hangout dengan BFF girls aku pun tak boleh. Tapi kau ingat, aku ikut ke? Hehehe memang tak lah. Aku nak keluar, aku keluar saja. Tapi lepas tu memang berbakul kena bab*. Macam lah takde binatang lain wujud.

Lemahhhh…

11. Kalau gaduh, dia suka menjaja cerita pada adik beradik aku. Dan kebanyakan cerita adalah plot twist untuk menampakkan dia tak salah. Kau bayang, kalau kahwin, setiap kali gaduh kena bagitau orang. Tak malu ke weiii.

12. Dan dengan perwatakan yang macam ustaz dan selalu sebut nama Allah tu, kau rasa takde cubaan dari dia untuk sentuh2 tangan aku ke? Hehehehe lu fikir lah sendiri. Ustaz taik wuff wuff.

Apa beza aku dengan Huda, dia tak melawan. Aku melawan dan takde sikit pun aku menangis bila gaduh dengan dia.

Dan aku bersyukur, aku ada darah naga yang membuatkan aku berani melawan dia. Hehehehhehe setiap kali dia cakap aku b4bi, aku cakap dia jin ifrit.

Dia menjerit, aku melalak. Sampai dia pernah kata, aku ni bukan calon isteri yang baik. Akan jadi isteri yang nusyuz. Tapi aku minta putus, taknak pula. Bakal isteri yang nusyuz ni jugalah yang kau kejar2. Hatukk lu

Mesti korang pelik kan, aku tak bagitau abang long ke? Aku dah bagitau, tapi malangnya. Abang Long tak percaya aku, dia lebih percaya kata2 ustaz oink oink tu.

Apalah yang Y racun abang aku. Tapi bukan salah abang long, semua orang takkan percaya cerita aku, kalau tengok perwatakan Y tu. Macam ustaz madi lah juga kan. Aku mula2 pun tertipu juga.

Tapi jujur bila abang long tak percaya kat aku, aku rasa terkilan sangat. Sampai hati abang long lebih percayakan orang luar dari adik kandung dia sendiri. Abang long siap cakap, aku made up stories untuk sengaja cancel kahwin dengan Y, aka ustaz madi versi oink oink.

Sebak bila abang long cakap macam tu. Macam lah aku ni jahat sangat. Kakak2 aku pula semua ikut keputusan abang long. Dahlah aku takde mak bapak, abang long, satu2 lelaki yang aku ada sebagai tempat perlindungan aku time tu, tak percaya aku. Sedih weii.

Aku menangis tulis ni. Tapi kak long (isteri abang long) back up aku kaw2. Tapi nak buat macam mana, kak long pun tertakluk dengan keputusan abang long. Hehehe kak long, terima kasih back up dan percaya acu. Acu sayang sangat kak long.

Kemuncak cerita, masa tu aku basuh kereta. Hp tinggal dalam dashbox. Y called aku, of course lah aku tak angkat. Startlah mencarut. Dia cakap betina sundal keluar dengan jantan mana sial. Hehehe psiko gila wei.

Sebab dah biasa dapat missed call beratus dari dia, aku takdelah rasa cuak sangat time tu. Lepas habis basuh kereta aku terus pergi makan.

Tak layan pun mesej dia ke apa. Tenang2 saje. Hehehe nak takut apa, dia bukan suami aku kot. Tunang saja wei.

Petang tu, baru aku jawab phone dia. Layankan saja lah maki hamun dia. Hehe. Then dia ajak jumpa untuk bincang further tentang our relationship.

Aku setuju jumpa, dengan harapan dia akan cakap nak putus. Dari awal memang takde hati kat dia, dia buat perangai lagi lah tertutup terus pintu hati.

Dah jumpa tu, mestilah gaduh dan aku kena maki. Aku syak, dia ada allergic. Kalau tak maki, boleh tumbuh kurap agaknya. Aku fed-up. Aku minta dia berhenti tengah jalan. Biar aku balik sendiri. Rimas kena maki. Aku ugut, kalau dia tak berhenti kereta, aku terjun.

Dan dia berhenti. Pun tak habis lagi. Sambung gaduh tepi jalan. Kereta lalu lalang nampak lah kan. Yang ni dia dah start naik tangan. Aku melawan. Tapi apalah daya kudrat aku sebagai seorang perempuan nak lawan jantan macam tu.

Dia tumbuk aku, sampai lebam mata aku. Dan dia renggut kolar baju aku sampai terangkat juga lah aku. Nak jadikan cerita, doa aku untuk abang long sendiri nampak Y ni buli aku termakbul. Abang long aku lalu dan dia nampak semua kejadian.

Dia keluar dan mengamuk dekat Y. Ayat abang long aku tak boleh lupa, berpuluh tahun aku jaga dia, jentik pun tak pernah. Kau siapa nak pukul adik aku. Aku nangis weiiii. Sayang juga abang long kat aku. Taip ni pun aku nangis.

Pendekkan cerita, abang long setuju putus tunang. Alhamdulillah. Tapi lepas putus tunang, dekat 3 bulan aku tak jawab call dan mesej abang long. Sebab aku merajuk sangat dia tak ada percaya aku bila aku perlukan sangat2 pertolongan dari dia.

Apa2 aku mesej kak long dengan anak2 abang long saja. Sampailah raya, kami berkumpul. Abang long peluk aku, menangis dan minta maaf cakap dia bersalah dengan arwah abah mama sebab tak mampu protect aku, dan paling bersalah sebab dia tak percaya aku.

Dan dia sempat cakap, dia takkan pasang gigi palsu (masa bergelut dengan Y dulu, dia terpatah gigi 1), sebagai simbolik dia sayang aku.

Setiap kali nampak gigi ompong, dia ingat kat aku. Hehehehe bongoklah abang long. Dan, abang long janji takkan paksa aku kahwin lagi dengan pilihan dia. Acu sayang abang long.

Apa yang aku nak cakap, selagi mana kita ni perempuan ada kekuatan, melawanlah. Jangan biar kena buli.

Kita ada hak untuk rasa selamat dan dihargai. Keluarlah dari hubungan yang toxic. Jangan buarkan perasaan sayang membunuh dan menyeksa diri sendiri. Kita mampu mengubahnya.

To Y, aku tak tau kau hidup lagi ke tak. Kalau kau terbaca ni, treat people the way you want to be treated. Kifarah itu ada. Aku ampunkan kau.

Sekian, Salam sayang.

– Acu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit