Salam admin, pertama sekali terima kasih banyak kalau post aku ni diterima dan disiarkan. Apa yang aku nak share ni pasal pengalaman aku sebagai newbie and senior di tempat kerja aku sekarang.
Aku bekerja sebagai customer service bahagian contact centre di sebuah bank. Kerja kat sini memang mencabar. Hati kena betul2 kering nak hadap kerja ni. Tapi point yang aku nak share ni pasal newbie dengan senior.
Masa aku mula2 masuk kerja kat company ni, aku memang zero knowledge pasal produk bank. Aku belajar pasal Kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman rumah dan semua produk yang aku kena jawab bila customer call nanti.
Padahal kad kredit pun aku tak tau macam mana nak guna, sebab aku memang tak pernah ada kad kredit. Kemudian aku belajar pasal sistem yang sangat la rumit. Banyak steps nak kena ingat untuk cek customer punya akaun.
Habis je sebulan training, bermula la tugas aku sebagai customer service. Hari pertama memang menggigil la nak jawab call, sebab tak biasa lagi nak bercakap sambil tangan buka sistem itu ini. Banyak benda yang tak tahu, yang sangat2 memerlukan pertolongan senior dan supervisor.
Tapi kebanyakkan semua senior tak membantu, ada yang tarik muka bila aku datang nak tanya. Ada yang sengaja cakap kuat2 “masa training tak belajar ke?” Bila supervisor aku tak ada , aku tanya supervisor yang lain, tapi jawapan yang aku dapat “kenapa tanya i? Mana supervisor you? Tanya orang lain.” Ada yang tolong, tapi sengaja tinggikan suara dengan tone macam geram je nak ajar aku”.
Perasaan aku masa tu Allah je yang tahu. Macam pengemis nak minta orang bijak ajarkan aku yang bodoh ni. Bergenang2 air mata aku. Sedih+geram+marah+malu semuanya bercampur.
Aku tahan air mata supaya tak tumpah. Tapi bila aku dimarah, ditengking. Rasa down sangat masa tu. Sampai satu tahap, aku kalah dengan perasaan aku, Banyak kali juga la aku menangis. Aku tak peduli dah orang nak tengok ke apa.
Hari2 aku pergi kerja hati ni berat sangat nak melangkah. Ibarat kaki aku ni diheret nak sampai tempat kerja tu. Aku berdoa sepanjang perjalanan nak pergi kerja semoga dipermudahkan segala urusan aku haritu.
Kerja customer service memang tertekan, itu memang tak dinafikan. Part tu aku faham, aku boleh terima. Tapi yang aku tak faham sekarang kenapa orang2 bijak pandai yang dah senior ni sombong teramat. Apa perasaan jadi senior tu? Bangga? Hebat sangat ke bila dah jadi senior? Dulu senior ni masa mula masuk kerja terus pandai ke?
Apa la salahnya ilmu yang penuh di dada tu kongsi bersama dengan budak yang baru masuk ni. Tak rugi pun, dapat pahala lagi ada. Disebabkan terlalu stress kawan-kawan aku yang satu batch seorang demi seorang berhenti. Tinggal aku je yang bertahan.
Pernah juga aku nekad nak berhenti 24 jam macam kawan aku, tapi nasib baik tak semua senior tu sombong. Aku memang respect sangat dengan seorang senior ni. Dia lelaki, cina. Setiap kali aku datang kat dia nak tanya , dia mesti jawab sungguh2 nak tolong aku. Dia tak pernah marah, tak pernah tunjuk muka kat aku. So sejak tu, kalau ada yang aku tak faham aku akan tanya kat dia.
Dia memang baik sangat, sampaikan ada satu hari tu aku duduk kat sebelah dia. Call tak banyak masuk masa tu, dia siap cakap kat aku ” ada apa2 yang you nak tanya ke, tanya la. I boleh ajarkan sekarang.” Baiknya! Terharu sangat aku rasa masa tu. Alhamdulillah Allah hantarkan orang yang baik waktu aku betul2 dah nak give up.
Sekarang dah masuk tahun ke lima aku di tempat kerja yang sama. Dah jadi senior! Dan aku dah jadi salah seorang pekerja top kat situ. Prestasi aku pun lebih baik dari senior2 yang sombong dengan aku dulu.
Aku berazam untuk jadi senior yang tak lokek ilmu. Mana2 je newbie yang datang tanya kat aku, In Sha Allah kalau aku tahu, aku akan tolong sebaik mungkin. Senior yang baik hati tu pun dah berhenti sambung belajar. Aku berterima kasih sangat-sangat kat dia sebab bagi contoh yang baik. Beza macam langit dengan bumi kalau nak dibandingkan senior2 melayu yang sombong tu.
Supervisor aku sekarang pun cina, baik juga! Banyak membantu dan tak pernah jemu nak bagi nasihat kat aku. Kalau tak kerana supervisor aku yang banyak bagi sokongan, dah lama aku angkat kaki. Alhamdulillah rezeki aku masih di sini.
Kepada senior-senior kat luar sana. Rendahkan egomu, murahkan senyumanmu, lembutkan hati mu untuk membantu orang lain. Harini kita tolong orang, esok lusa Allah tolong kita balik. Siapa sangka, setiap kebaikan yang kita berikan diiringi doa dari si penerima pertolongan.
Terima kasih sudi luangkan masa baca perkongsian yang tak seberapa.
Happy CNY kepada semua yang berbangsa cina.
-hyra-
– Hyra
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit