Hebatnya Perancangan Allah

Assalamualaikum semua pembaca. Terima kasih sekiranya admin approve kisah aku. Kisah aku tidaklah semenarik kisah orang lain, cuma aku nak cerita bagaimana hidup lama aku dulu yang kurang disayangi Allah gantikan dengan yang lain pada masa sekarang.

Aku kenalkan diri aku sebagai Huda. Adik beradik aku, aku anak kedua last dari adik beradik. Biasa orang akan cakap, anak bongsu ni yang paling disayangi, yang dimanja tapi hidup aku sebaliknya. Dalam keluarga, akulah yang kena buat kerja rumah. Kalau abang-abang dan kakak balik kampung, akulah yang gigih kena sediakan makanan untuk mereka. Bukan setakat kemas rumah semua, aku terpkasa panjat dinding guna tangga sebab mak aku suruh aku bersihkan & lap dinding bagi nampak tak kotor.

Rumah aku rumah kayu. Jadi kadang habuk tu kan akan melekat pada dinding. So sambil panjat tangga nak lip dinding sambil pegang baldi. Abang-abang aku tengok je. Alasan mereka, waktu balik kampung ni la nak berehat. Kalau aku lambat sediakan makanan, mak aku akan maki marah-marah aku. Aku sangat happy kalau adik beradik aku balik sebab rumah tak adalah rasa sunyi. Riuh rendah. Cuma kekadang aku sedih dengan layanan mak aku, nampak sangat berbeza. Dari kecik aku tak merasa macam mana mak belai, macam mana rasa mak peluk atau sayang.

Setiap kali hari raya, org semua sibuk pergi Solat Hari Raya & pakai cantik-cantik. Aku? Aku kena basuh lantai dapur, sebab pagi2 tu baru mak aku siap masak semua. Jadi org lain boleh pakai cantik2, aku tak boleh sebab kena kemas semua sebelum org balik solat raya. Kadang abang long aku panggil aku bibik. Siap cakap kalau tak ada bibik ni rumah tak adalah bersih. Mak aku kalau dia nak marah aku, depan orang ramai pun dia boleh marah aku. Aku tak tahu kenapa dia terlalu dingin dengan aku. Dia selalu panggil aku perempuan gatal, gedik.

Aku selalu menangis sorang-sorang dalam bilik. Dan bila aku duduk nangis dalam bilik, dia cakap aku ada kekasih sebab suka sangat duduk sorang-sorang dalam bilik. Bila aku dapat masuk universiti pun dia tak happy. Dia bandingkan aku dengan yg lain, padahal ramai-ramai anak dia, aku dengan yg sulung je masuk universiti. Yang lain semua ke laut. Lepas aku tahu aku dapat masuk universiti, aku pernah bagitahu mak aku, aku lepas belajar nak cari kerja bagus lepas tu aku nak sangat ada rumah sendiri. Mak aku jawab, “Kau tak payah berangan la, kakak kau tu lagi pandai dari kau la”. Terus aku diam & masuk bilik.

Ya, aku tahu abang-abang, kakak & mak aku tak suka aku tanpa sebab yang aku sendiri tak tahu. Aku doa pada Allah supaya Allah gantikan dengan org lain yang mampu sayang aku. Sampailah aku jumpa jodoh aku. Kami berkahwin baru masuk 6 tahun tapi suami aku sangat penyayang, baik. Dia juga seorang ayah yg baik pd anak-anak aku. Kalau aku penat, dia akan masak, jaga anak-anak, kemas rumah. Masa aku pantang, dia jaga aku bagaikan permaisuri.

Suami aku selalu pesan, jangan fikir apa yg kita tak ada, fikir apa yg kita ada, fikir ramai lagi org sayangkan kita. Memang betul, selain suami aku, makcik-makcik & pakcik aku sangat sayangkan aku. Mereka layan aku mcm anak mereka sendiri. Dan mereka juga tempat aku mengadu, menumpang kasih. Sampailah aku dah berkahwin, makcik pakcik aku masik ambil berat pasal aku. Kalau aku terasa dengan mak, mereka lah yg selalu nasihatkan aku untuk maafkan mak aku.

Tahun 2013 mak aku sakit teruk sampai kena operation di kepala. Aku dan suami aku yang jaga mak aku. Memang dia masuk ICU, tapi aku tidur kat luar pintu ICU sebab tak sanggup nak tinggalkan dia sorang-sorang. Masa tu aku tengah sarat mengandung yang sulung. Suami aku sanggup ambil cuti tanpa gaji untuk temankan aku jaga mak aku. Aku bersyukur sangat walaupun aku tak merasa kasih sayang kelaurga dari kecil, tapi bila aku besar Allah gantikan semua tu dengan kasih sayang suami aku.

Terima ya Allah sebab hadirkan insan yang sangat baik. Untung MIL aku sebab dapat anak sebaik dia. Kesimpulannya, Allah tak akan sesekali kejam kepada hambaNya. Kalau kita minta bantuan Allah sungguh-sungguh, Allah akan hantar pertolongan itu.

– Huda

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *