Hebatnya Pertolongan Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang melimpahkan rahmatmu dan nikmatmu kepada hambamu ini.

Ya Allah Ingatkanlah hambamu ini ketika lalai dan leka.

Ya Allah satukanlah hati-hati hambamu ini daripada berpecah belah dan bermusuhan.

Ya Allah Engkau kuatkanlah hati hambamu ini ketika hadapi ujian dan kususahan.

Sedikit sebanyak saya ingin kongsikan fadhilat nama Allah, iaitu ya Allah Alhaq bermaksud Allah Maha Benar. Pengalaman yang saya tak dapat lupakan ketika saya belajar di indonesia, bermacam-macam ujian yang saya hadapi ketika disana.

Semasa disana saya pernah diuji dengan masalah kewangan, ketika itu juga Allah datangkan kembali wang yang telah lama hilang lebih kurang dua tahun lepas. Bersyukur saya masa tu tak tahu nak ucap macam mana, saya betul dapat rasa keajaiban Allah. Allah mudahkan urusan saya ketika susah,rasa sedih pun ada, kadang2 masa Allah bagi nikmat tu saya cepat lalai padanya, masa diuji nilah bergantung harap pada Allah,Allah tak pernah kecewakan permintaan hambanya kadang cepat atau lambat doanya termakbul.

Saya nak ceritakan ketika duit saya mula hilang,pada masa tu saya pergi ke taman bunga untuk ambil ketenangan sambil study disana,sambil saya keluarkan buku dalam beg galas, tak perasan beg duit kecil saya terjatuh sekali, lepas habis study,saya terus balik rumah.

Masa dekat rumah memang saya tak teringat langsung pasal beg duit,masa nak keluar rumah, baru saya tengok beg duit, sebab nak guna masatu,memang saya periksa habis dalam beg galas saya tak ade.Saya periksa dekat semua tempat tak ade jugak, perasaan sedih mula datang dan saya berdoa harap Allah bagi petunjuk sebab nak guna duit masatu.

Saya baca ya Allah Alhaq seratus kali dan dalam hati rasa yakin pertolongan Allah itu ada,dan saya cuba cari sekali lagi takde jugak.Dan saya redha duit saya hilang mungkin ada hikmah, Allah nak ingatkan saya banyakkan bersedekah dekat fakir miskin. Dekat indonesia ni banyak sangat pengemis jalanan, kadang2 saya lari dari diorang malas nak layan.

Mula2 saya sampai di indonesia memang kesian sangat tengok diorang dan selalu bagi lepas habis kuliah, dan bila hari-hari selalu nampak kesian tuh dah makin hilang, hanya segelintir yang nampak teruk saja saya bagi. Mungkin masatu saya tak pernah kena uji lagi masalah duit. Sekarang saya dah faham Allah nak beringatkan saya.

Nasib baik taksemua duit saya kumpulkan dalam beg duit, ada yang saya simpan dekat dalam rumah.Dan lepas dua tahun, masa saya diuji dengan masalah duit lagi, tiba -tiba ada seorang ukhtie ni asal malaysia jugak, mesej saya, tanya pasal beg duit, awak ada hilang beg duit tak, saya kate takde pun. Pastu ukhtie tu mesej saya lagi, kata ada salinan pasport saya dan duit. Memang saya tak teringat langsung beg duit saya yang hilang tu.

Saya cuba ingatkan kembali, dan saya mintak maaf dekat ukhtie tersebut, sebab tak ingat langsung, saya suruh ukhtie tu tangkap gambar beg duit, rupa beg duit tuh memang dah lusuh tak macam beg saya dulu. Mula tengok tak dapat nak kenal pasti, saya perhati lama baru teringat beg duit tuh, rasa macam tak percaya beg saya hilang tuh jumpa balik. Saya tanya ukhtie tu dekat mana jumpa, ukhtie tuh kata jumpa dekat taman bunga. MasyaAllah dekat situ rupanya.

Bukan itu saja, subang emas saya yang hilang akibat jatuh tanpa sedar, hilangnya lebih kurang dalam tiga tahun yang saya telah lupakan, dapat jumpa kembali di bilik air rumah sewa saya. Ketika saya bersekolah diasrama pernah sekali terjadi perkara yang aneh, buku nota saya hilang dekat meja study, masa saya mula study memang ada buku tuh, lepas dalam dua puluh minit macam tu buku tuh dah tak ade, dan terjadi dekat kawan baik saya jugak.

Kawan baik saya dan saya mula operasi mencari, dan kami berdua baca ya Allah Alhaq seratus kali, tengok sekeliling tempat tu masih tak jumpa jugak. Lepas tu, kami pergi ke surau menunaikan solat asar secara berjemaah. Dah habis solat masatu hujan lebat, jadi saya dan kawan2 yang lain tunggu dalam surau.

Tunggu punya lama, tiba-tiba saya tergerak hati nak pergi ke tingkap untuk melihat permandangan diluar dan hujan sudah mula renyai. Dekat luar surau ada kerusi dan saya ternampak kertas tebal yang sudah basah, pelik jugak masatu sape yang letak nota dekat situ, dan saya turun nak ubahkan kertas nota tuh, lepas saya angkat kalut-kalut nak bawak atas surau terkejut saya tengok, sebab tu nota kawan baik dan saya.

Saya bagitau dekat kawan baik saya,dia pun terkejut sama macam saya, rasa terkilan pun ada, sape yang ubah dekat situ, rupanya ada jugak diantara kawan saya jenis psiko. Rasa takut pun ada, tapi saya tetap bersyukur nota tuh dapat balik, asalkan dia tak buang nota tu.

Bukan tuh saja baju tshirt baru saya yang sangkut dekat tandas hilang. Lepas saya sangkut baju tu dekat pintu tandas. Saya pergi dekat kawan baik saya sekejap dan kembali balik dalam 5 minit lebih kurang, baju tuh dah hilang. Dan lepas tu saya pusing satu asrama sambil baca ya Allah Alhaq, jumpa balik dekat tempat yang sama. Dalam hati saya, rasa tak sedap hati. Mungkin seseorang kawan saya yang tak suka dekat saya,tapi alhamdulillah dia pulangkan balik baju tuh.

Lepas terjadi perkara tu,saya ceritakan kepada nenek saya,nenek saya kata nak bagi orang sukakan kita,kita baca surah yusuf setiap pagi. Hati manusia ni Allah pegang, kite tawakal je pada dia, semoga Allah padamkan hasad dengki dalam hati dia. Kemudian saya amalkan tiap-tiap hari, alhamdulillah takde masalah pelik berlaku, kawan saya yang lain nampak okay dengan saya, dan saya makin rapat dengan cikgu, adik junior, dan kawan2 saya.

Kelebihan kebesaran nama Allah, banyak sangat sampai tak terucap,tawakal kepada Allah itu perlu tinggi,dan usaha itu pasti. Mungkin setakat ini saja penulisan saya, segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri, semoga kalian semua dapat mengambil iktibar dari kisah saya, hebatnya kelebihan nama Allah.

Terima kasih kerana sudi baca kisah ini.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *