Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca IIUM Confessions.
Biasa saya baca kisah orang lain tapi hari ini saya cuba untuk ceritakan kisah saya. Saya harap pembaca faham dengan kisah saya ini dan boleh memberi komen-komen yang membina.
Saya hamba Allah merupakan anak bongsu daripada adik beradik yang ramai dan yang pasti dalam adik beradik tu seorang jer lelaki. Manakala yang lain adalah perempuan.
Emak saya sudah meninggal beberapa tahun yang lepas dan telah meninggal satu bidang tanah termasuk rumah sewa dan rumah pusaka (ayah masih ada lagi)
Selepas emak saya meninggal kami adik beradik bersepakat untuk membuat pembahagian tanah tersebut.
Masa emak saya meninggal saya masih berada di sekolah rendah dan kakak-kakak saya yang lain pun masih bersekolah ketika itu.
Jadi, sebelum pembahagian, kami telah berbincang bahawa rumah sewa dan rumah pusaka dibahagikan kepada adik-adik yang masih bersekolah.
Manakala anak lelaki yang seorang itu pun dapat rumah sewa jugak memandangkan dia lelaki dan perlu lebih daripada yang lain. Kami tak ikut pembahagian secara faraid.
Setelah bertahun-tahun dan sehingga sekarang umur saya sudah lewat 20-an, saya dan ayah hidup gembira tanpa sebarang masalah khususnya daripada harta sebab semua sudah faham dengan keadaan dan kata sepakat tersebut.
Pada suatu hari, rumah pusaka dahulu hanya rumah kayu tiba-tiba lantai dia runtuh kerana teras yang patah. Saya yang berasa bertanggungjawab terhadap rumah tersebut telah bersepakat dengan ayah untuk membaikinya.
Saya telah bergadai untuk mendapatkan wang bagi membaiki rumah tersebut dan tidak meminta sedikit pun duit daripada adik beradik yang lain.
Memang niat dan sikap tanggungjawab untuk tidak menyusahkan sesiapa pun dan malas untuk berhutang budi.
Selepas segalanya selesai. Rumah yang sudah cantik dan selesa, tukar langsir lama kepada yang baru, beli sofa yang selesa, cat dinding baru dan lain-lain lagi. Banyak perubahan yang telah saya buat dengan duit sendiri tanpa duit adik beradik yang lain.
Namun, ingatkan kegembiraan ini berterusan. Selepas seminggu rumah siap dan cantik dengan perabot-perabot yang baru.
Tiba-tiba si berjubah datang meminta saya untuk berkongsi rumah dengan ahli keluarga yang lain dan mengatakan tidak adil pembahagian harta dahulu. Si berjubah mahu ini rumah ini dipotong (ingat kek) agar lebih adil dan tanah disekeliling lebih luas.
Hati saya ketika itu sangat sedih dan tidak bersetuju dengan tindakan dia. Ya, memang benar diatas kertas tanah tersebut perlu dibahagikan kepada 1/seorang jer.
Tapi masa dulu perjanjian lain? Kenapa selepas rumah ini siap dibaiki? Kenapa baru sekarang? Pembahagian dibuat begitu agar lebih mudah pada masa dahulu.
Si berjubah hitam ini telah menukar belitkan ayat dengan adik beradik yang lain bagi mendapatkan apa yang diinginkan.
Kami adik beradik yang lain sedar dan tahu rumah tersebut adalah milik saya yang telah diberikan.
Kami adik beradik selalu berhubung antara satu sama lain dan bila kami kaitkan dengan point yang dia gunakan untuk cerita kepada adik beradik lain adalah berbeza antara satu sama lain.
Contohnya, si berjubah hitam ini kata si A telah menghasut saya untuk tidak bersetuju rumah dikongsi (sedangkan saya sendiri yang tak bersetuju) kepada si B.
Manakala apa yang si B berkata betul dan membangkang tindakan dia akan dia putar belitkan kepada si C. Begitulah tindakan si berjubah hitam. Apabila adik beradik yang lain tidak melayan dia senyap.
Akhir-akhir ini timbul kembali isu ini dan mahu menuntukkan keadilan katanya. Si berjubah hitam ini sangat marah bila nampak saya mengemas halaman rumah.
Sejujurnya saya sedar sekeliling rumah pusaka ini adalah tanah adik beradik yang lain tapi saya cuba untuk tidak membiarkan terus berhutan dan naik semak.
Salahkah saya buat itu semua? dan dia marahkan saya kata saya ini macam raja atas rumah itu. Saya sendiri tidak tahu apa masalah si berjubah Hiram ini yang sebenarnya.
Si berjubah hitam pernah bagi tahu adik beradik yang lain, ayah tu boleh jer tinggal dengan anak-anak yang lain tidak semestinya dengan hamba Allah itu sahaja.
Jadi, kenapa perlu kaitkan rumah itu dengan hamba Allah tinggal dengan ayah?
Adik beradik yang lain faham dengan situasi ayah yang sudah tua tinggal dengan saya jadi biarlah rumah itu lagipun perjanjian seperti dahulu telah dibuat.
Jadi sekarang si berjubah hitam telah merancang untuk melakukan pembahagian lagi. Jika saya gagal mempertahankan, bagaimanalah kehidupan saya nanti. Huhuhu
Berserah dan berharap hanya kepadanya dan saya percaya Allah maha mengetahui segalanya. Aamiin. Doakan saya juga.
Ikhlas,
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit