Hai warga IIUM.
Saya berharap sangat confession saya disiarkan sebab saya dan suami menemui jalan buntu untuk masalah di atas. Dan sy berharap mana-mana doktor pakar atau sesiapa yg berpengalaman bolehlah bagi sy suggestion atau solution untuk masalah yg di hadapi kami.
Saya seorang isteri kepada seorang suami yg berumur lingkungan 29tahun. Kami baru sahaja mendirikan rumah tangga 5 bulan yg lepas. Seperti tajuk di atas, suami saya mengalami masalah sperm bercampur darah selepas 1 bulan menikah. Dan itu membuatkan suami sy dingin sepanjang masa, dan lack of confident level untuk berdepan dengan semua orang.
Pada awalnya, kami fikiran hanyalah masalah UTI (urinary tract infection) pada suami, namun setelah urine test dibuat, ternyata urine bersih dari sebarang darah dan ujian sperma pula akan dibuat. Akan tetapi, appointment dengan doktor mengambil masa lebih kurang 2 bulan daripada sekarang. Pada awal-awal stage, darah tidak begiru banyak. Akan tetapi semakin lama, masalah ni menjadi lebih teruk apabila semua yang keluar hanyalah darah yang berwarna merah kecoklatan.
Kami ada juga cari inisiatif lain seperti google dan tanya pada kawan-kawan yg ada ilmu dalam medical line. Sumber google kata masalah ini memang common pada lelaki di lewat 40-50an. Dan tiada treatment diperlukan. Cuma jika berlajutan sehingga 3 bulan, haruslah mendapatkan nasihat doktor. Tapi, takkan kami nak tunggu 3 bulan baru nak refer ke hospital. Lagipun suami belum lagi cecah 30tahun.
Saya berharap ada pihak yg boleh memberikan solution, suggestion atau share experiences ke supaya saya boleh menaikkan semula keyakinan suami saya. Lately ni, suami saya terlalu sensitive even dalam hal yang remeh temeh. Penat saya berikan moral support, tapi dia cuma cakap,
“Kalau saya sakit kronik tak boleh nak di ubat, saya takkan terus seksa awak. Awak fahamkan?”
Allahuakbar. Hati isteri mana yg tak sedih dan luluh.
Maaf jika confession ni tidak sesuai untuk disiarkan, saya hanya mencuba nasib. Ini pun salah satu inisiatif untuk saya tahu tentang penyakit ini dengan lebih mendalam. Terima kasih IIUM.
– Sang Isteri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit