Hemophobia: Fobia Darah

Assalamualaikum W.B.T. Tujuan aku menulis ni atas saranan kawan aku apabila mendengar cerita aku tentang fobia darah ni. Aku cuma nak mencari persamaan dengan penyakit aku ni.

Aku dapat tahu fobia darah ni dari kecil lagi. Start dari sekolah rendah lagi aku tahu.

Aku tak tahulah ni normal ke tak tapi setiap kali aku tengok darah yang keluar tiba-tiba dari badan aku macam terluka di jari ke, jatuh dan cedera di lutut ke atau hidung berdarah ke, aku automatik akan pengsan atau pitam.

Pengalaman aku banyak terjadi semasa aku sekolah rendah dulu. Lama dahlah. Tahun 1998-2000.

Hidung aku berdarah dan masa tu aku pergi ke tandas. Kelas aku di tingkat atas dan tandas hanya ada di tingkat bawah. Sekolah rendah aku ada 2 tingkat sahaja.

Sewaktu aku menuruni tangga tu, aku macam rasa pening-pening sebab tengok darah kat hidung dan selepas tu aku tak ingat apa jadi.

Sedar-sedar je aku dah jatuh tangga dan aku dalam keadaan seperti jatuh tertumuih macam tu.

Alaa, tak reti pulak nak gambarkan keadaan aku. Yang syioknya aku pengsan agak lama dan orang tak sedar yang aku jatuh tangga sebab semua dalam kelas.

Dipendekkan cerita aku dibawa ke bilik rehat pelajar yang mana jatuh sakit ke apa selepas tu.

Banyak jugak kejadian yang sama berlaku di sekolah tetapi ada yang nampak aku pengsan so tak apalah sebab ada yang tolong.

Di rumah pun kalau jari aku luka ke apa confirm aku tumbang tiba-tiba. Kejadian yang aku tak boleh lupakan aku jatuh dalam kuali sambal yang tengah panas.

Mak aku ni dulu jual nasi lemak nak sara aku dan adik beradik. Hantar di tempat kerja ayah aku.

So, petang-petang mak aku akan masak sambal dulu. Aku kebetulan nak potong telur ayam kat singki sebelah dapur.

Sekali terhiris jari aku sekali. Aku tengok darah je, aku cuba nak lari kat mak aku. Tapi, aku tak sempat.

Aku pengsan tersembam dalam kuali sambal tu dan aku jatuh ke belakang. Sedar je pedihlah mata aku bagai. Mak dan ayah aku bawak masuk bilik air dan jirus untuk hilangkan sambal di badan.

Seriously, kalau korang nampak aku ni macam mengada-ngada tapi aku sendiri tak tahu macam mana nak buat dengan tak boleh tengok darah tu.

Bila aku dah semakin dewasa, aku dah start boleh kawal sedikit.

Aku tahu kalau aku tengok je automatik nak tumbang tapi bila dah makin dewasa aku macam boleh hold sekejap dan cari tempat selamat untuk duduk atau baring ataupun kalau darah terlalu banyak,

Aku perlu duduk terus di tempat tu supaya tak tumbang macam tu je. Kalau ada orang lain tak apalah tapi kalau sorang-sorang memang agak bahaya.

Disebabkan hal ni, aku memang tak suka memasak sangat. Sebab maybe aku selalu careless dan boleh cederakan diri sendiri so memang bab masak aku ‘fail’.

Maybe sebab tu jugaklah aku tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang. Dah masuk 3 series dah tapi still tak kahwin.

Eh, tiber lari topik pulak. Maybe aku kena cari chef kot atau doktor ke sebab penyakit aku ni.

Mesti korang tertanya-tanya, darah haid setiap bulan tak pengsan pulak kan? Ya, yang tu je aku tak pengsan sebab maybe datang tiap-tiap bulan.

Aku akan pitam atau pengsan bila yang tiba-tiba je keluar dari badan aku. Aku akan rasa sakit, jantung aku berdegup laju, pening dan terus tumbang kalau aku lambat duduk.

Aku dimaklumkan mak saudara aku pun tiba-tiba jadi macam aku jugak.

Rupanya arwah Opah aku sebelah mak aku memang selalu pengsan dan pitam jugak bila tengok darah. Jadi, aku tahulah yang aku ada keturunan Hemophobia ni.

Aku cuba mencari persamaan ada ke tak orang yang macam aku dan apa yang korang buat bila jadi macam tu.

Yang peliknya hanya darah yang tib-tiba keluar dari badan aku sahaja. Kalau aku tertengok darah dari badan orang lain ke apa. Aku just pening je tapi tak sampai pengsanlah.

Aku pun tak tahu apa cara penyelesaian hal ni. Mungkin ada hikmahnya jugak aku tak kahwin lagi sebab mungkin tak dapat nak tahan sakit bersalin ke ape ke kan.

Wallahualam bisawab. Aku pun tak tahulah kan.

Tapi, kalau aku cerita hal ni kat orang lain mesti tak percaya sebab aku ni penulis jugak cuma taklah penulis novel yang terkenal ke apa kan. Cuma kebanyakan genre yang aku tulis semua thriller dan crime.

Semuanya ada darah dan sampai berbunuh-bunuhan dalam story aku. Tapi, realitinya aku adalah si fobia darah yang walaupun darah itu hanya sedikit sahaja aku boleh menyembah bumi.

Huhu… kalau korang ada yang sama pengalaman dengan aku bolehlah share sama-sama.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Assalamualaikum.

– SI FOBIA DARAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *