Asalammualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Mesti ramai henna artist diluar sana pernah selalu jumpa pengantin yang macam2 jenis perangai dan spesis. Hari ni saya nak kongsikan sedikit untuk persediaan bakal pengantin di malam berinai nanti. WAJIB AMBIL TAHU!! .Pengantin mungkin tidak faham, tapi kami sebagai henna artist yang merasainya dengan penuh kesabaran.
Pengantin.
1.Uruskan diri
Pengantin haruslah mandi dan makan terlebih dahulu sebab proses berinai mengambil masa yang lama untuk siap.Terkena pula kalau design hok ke siku.hihihi memang akan makan masa berejam dik oi..Jangan berlapar ketika berinai sebab penginai/henna artist tidak menyediakan perkhidmatan suap menyuap.
2.Handphone
Sebelum berinai,selesaikan lah segala urusan telefon anda.Bagitahu ahli keluarga dan kenalan anda terlebih dahulu bahawa anda ada majlis berinai,agar mereka tidak terkena virus’’krik krik’’ ketika anda sedang berinai.Bermain handphone ketika berinai boleh membuat ukiran anda comot.Percayalah! .Jangan pula salah kan henna artist atas kecuaian anda sendiri
3.Barang-Barang keperluan
Letak lah barang keperluan utama anda di tempat yang senang di cari / di capai.At least henna artist boleh la tolong ambilkan barang tersebut untuk anda jika anda memerlukan .Pergi stor,naik atas almari,masuk bawah katil,selongkar almari juga tidak termasuk dalam perkhidmatan berinai.
4.Ahli Keluarga / Kenalan
Ahli keluarga / kenalan boleh turut serta melihat pengantin di inaikan,tapi jangan la menyakat si pengantin.Sebab sedikit gegaran pun boleh menganggu proses inai.Proses menginai ni memerlukan fokus dan perhatian yang lebih. Jangan Terlalu buat lawak / membahan si pengantin.paling penting, kalau pengantin jenis yang melatah,please !please !jangan kejutkan atau buat apa sahaja yang membuatkan pengantin melatah.Please take note ,Emosi pengantin juga memainkan peranan yg sgt penting ketika berinai.
5.Jurugambar
Jurugambar selalunya tidak bermasalah dalam proses berinai sebab kerja dia memang tekan2 kamera je.Tapi jangan pula si tukang gambar pergi suruh si pengantin buat action yang itu ini sehingga menganggu proses berinai.
6.Tempat
Seboleh-bolehnya,berinai la di tempat yang selesa,jauh dari kanak2 yang berlari/bermain,tempat kenalah tempat yang terang. Suasana juga memainkan peranan penting ketika berinai.Semolek-moleknya di dalam bilik.
– cik henna artist
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit