Henti Kongsi Konspirasi Mengarut

Semenjak dua menjak ni, tular kat facebook pasal teori-teori konspirasi Covid ni. Ramai betul yang share termasuk sedara2 aku. Kalau benda betul aku tak kisah, tapi ni hanya berdasarkan ASSUMPTION.

“Korang tak rase ke… korang tak perasan ke…” ni contoh dialog2 nya.

Kalau benda tu cuma kemungkinan, kenapa berani keluarkan, up kan dekat social media? Mencetuskan panik kepada semua orang.

Yang kata Covid tu tak betul, saja di adakan sebab nak runtuhkan ekonomi, nak bagi orang tak pegi masjid/ rapatkan saf.

Kalau Covid tu tak wujud, why not orang2 yang yakin dengan teori2 mereka ni keluarlah tak payah pakai mask, kalau boleh pergi hospital peluk2 patient covid tu.

Kau ingat orang2 yang kat hospital ambil swab test semua tu berlari2 pergi dari lab ke wad saja2 ke nak berjoging? Kat Semporna tu. penuh patient sesak nafas sebab apa? Sebab saja2 ke?

Okay, memang tak dinafikan mungkin juga Covid ni man-made? Who knows kan? Tapi perlu ke kita kongsi kalau tiada bukti yang kukuh? Rujukan yang reliable? Rujukan berdasarkan Al-Quran?

Adakah anda betul2 seseorang yang taddabur dengan Al-Quran? Al-Quran ni bukan boleh suka-suka nak interpret macam tu je.

Kalau tak belajar betul2, pengajarannya boleh bawa maksud ke lain. Tak boleh juga ambil sekerat2 je ayat pastu kaitkan dengan teori anda, kadang kena ambik satu cerita tu baru betul maksudnya. Jangan spin maksud ayat.

Bila tengok background si pengongsi teori pun, Allahu… aku ingat adalah background Islamic, usuluddin, tasawwuf, sains islam ke apa… takat SPM je.

Bukan nak hina yang hanya ambik SPM ye tapi kalau nak keluarkan sesuatu teori, kena lah ada rujukan yang boleh orang anggap, “Ok memang betul apa dia cakap.” Kalau takat korang rase korang rase korang tak perasan, tak payahlah…

You are creating unnecessary panic among people. Kau tak fikir benda yang kau share tu kalau tak betul macam mana? Tak ke sama jatuh fitnah macam yang kau gembar-gemburkan?

Dahlah benda tak betul, kalau orang yang ada panic, anxiety disorder baca… dorang tak boleh tidur sebab overthinking. Kau tak rasa berdosa ke?

Aku kesian kat orang lain yang jenis terima je all the information tanpa fikir betul salah. Macam pakcik aku, dia boleh kata Covid ni saja ja sebab nak laku kan mask.

Mask kan banyak orang tak beli sebelum covid. Haha pakcik… orang ramai tak beli pun, mask tetap laku sebab hospital perlukan.

Pastu satu lagi, yang kata kalau dah ada vaccine, dia letak microchip dalam tu. Sampai semua sedara aku panik tak nak kena cucuk vaccine.

Daripada mana kau dapat sumber info tu? Microchip tu punya lah besar (untuk kulit) kau ingat boleh masuk dalam jarum pastu inject masuk dalam badan manusia?

Sekecik2 microchip kau carilah sendiri macam mana besar benda tu. Logiknya, bendalir je boleh masuk through injection sebab jarum tu halus woi.

Pastu yang suruh beranak kat rumah, belajar gentle birth, home birth sebab nanti dia buat swab test, nanti test tu dikumpul untuk buat klon manusia?

App MySejahtera tu pun kata untuk kumpul data supaya tahu kewujudan orang and dorang ambik data tu untuk control orang? What nonsense are these people?

Kalau dorang nak data kau, dorang boleh beli je dengan mana2 company, dealer even social media ni pun dorang boleh lah tahu kewujudan korang… tak perlu pun app Mysejahtera tu ya rabbi.

Contoh korang dapat mesej dari scammer, korang ingat daripada mana scammer tu dapat no korang?

These scammers beli la dari orang lain yang ada data korang contoh kedai phone ke apa. So korang boleh bayang tak kalau organisation yang lebih besar? Bukan ke senang dia nak benda tu daripada susah2 buat app?

Bab swab test, korang tahu ke procedure kat hospital macam mana once specimen tu dah tahu resultnya, apa dibuat dengan specimen tu? Korang tahu apa jadi?

Ada try tanya assistant2 lab kat hospital? And korang lebih percaya entah siapa-siapa yang kongsi teori2 ni seolah2 pakar dalam sistem/ prosedur di hospital?

Kalau ‘orang2 pandai’ ni korang boleh jumpa kat fb, takkan assistant2 lab tak boleh jumpa?

Tolonglah berhenti kongsi benda-benda macam ni. Ye memang kita berada di akhir zaman dan Nabi pun dah kongsi kan apa yang patut dibuat. Dalam Al-Quran pun ada.

Daripada sibuk kongsi benda2 mengarut, benda yang tak kukuh, cetus panik kat semua orang, Allah dah cakap nak elak fitnah, lazimi Surah Al-Kahfi, Hafal ayat 10 awal dan akhir surah tu.

Ni dengan pemikiran macam ni lagi menyusahkan orang. Dengan tak nak bersalin di hospital (menyusahkan doktor, nurse, anak, boleh bawa maut),

Tak nak cucuk vaksin (boleh sebar penyakit kepada orang lain) sebab lagi percaya entah orang siapa2 kat fb ni berbanding orang yang lebih professional.

Minta maaf admin kalau ayat terlalu berseloroh. Sebab geram sangat dengan orang-orang macam ni. Nak bagi kesedaran pada orang lain juga jangan cepar percaya dan panik dengan cerita2 begini.

Ada baiknya kita fokus nak kurangkan, cegah covid ni dari merebak lebih banyak, fokus ibadat juga.

Sekian.

– Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *