Assalamualaikum and hi warga net. Saya Miss S, umur 35, single, bekerjaya, alhamdulillah mempunyai rumah sendiri walaupun masih berhutang dengan Bank, kereta & paling penting mak ayah & adik beradik masih ada & sihat hendaknya.
Walaupun da masuk tahun 2020 an, masih ada mentaliti & diskriminasi terhadap golongan single even dari generasi muda millennial & gen Y.
Kalau di tempat kerja, suatu ketika dahulu sis antara selalu kene stay back buat keje lebih la, diminta tolong cover rakan sekerja la alasan sebab sis single & tak ada komitmen (masa tu mental awareness dikalangan masyarakat kita masih rendah lagi).
Kalau sis defend diri nak balik on time memang kene pangkahla dengan management, so nak tak nak terpaksa la follow culture masa tu.
Setakat kene tegur bila nak kahwin la, apa la oleh makcik pakcik yg dari 60an 70an tu sis boleh tahan hati dan telinga lagi. Tapi bila golongan level ‘adik2’ sis pula yang tegur status single sis ni umpama ambil alih tugasan makcik pakcik tu pula.
Kalau ikutkan hati yang memang terasa sejak dari sis umur 20 tahun lagi dengan orang sekeliling asyik tanya bila nak kahwin, rugilah umur makin meningkat terutamanya dari ayah sis.
Yang single & da lewat umur macam sis ni mesti da fahamkan situasi yang selalu kita alami. Kesabaran sis pun ada hadnya juga. Let me tell you those yang judge single people ni, bahawasanya, tiada salah & tak salah pun jadi single.
Memang di dalam agama Islam sangat mengalakkan perkahwinan. Saya pun seperti anda juga ada keinginan nak berumahtangga, nak ada darah daging sendiri.
Saya juga da pernah berusaha & berikhtiar & pernah juga in relationship tapi nak buat macam mana kalau belum ada jodoh.
Mari saya ingatkan anda & “adik2” sekalian yang dah kahwin tu & judge kami yang single ni (bukan semua la) , jodoh tu di Tangan Allah ya, jadi apa hak anda untuk judge & kata orang2 yang single macam sis ni tak berusaha la, rugilah tak kahwin2, memilih sangat la & bla bla.
Lepas tu senang2 je cakap orang single ni hidup senang takde masalah sebab tak gaduh fikir pasal suami & anak2. Seolah2 kami ni takda life lain, takda komitmen lain yang perlu difikirkan.
Saya cuma nak pesan especially “adik2” ya, jaga percakapan & perlakuan anda kerana mungkin harini kita mengata orang tapi di masa akan datang anak-anak kita pula yang akan mengalami situasi yang sama macam orang yang kita dok mengata tu.
Let me enlighten those yang kononnya rasa kesian pada sis ni tak kahwin2 lagi ni.
Walaupun orang macam kami ni single tapi alhamdulillah, kebanyakan orang macam kami yang single ni diberi peluang untuk membantu mak ayah & adik beradik kami,
Serta peluang untuk berbakti pada golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim & warga emas yang lain terutamanya yang ditinggalkan/diabaikan oleh anak2 mereka sendiri.
Sehingga kini pun, sis masih mencuba & tak lupa berdoa untuk diberikan jodoh yang terbaik. Ikhtiar, usaha & tawakal. Sis percaya pada takdir & sis terima apa jua ketentuan Nya.
Kalau dulu memang sis agak sedih juga sebab umur makin lewat tak kahwin2 lagi & kadang2 cemburu tengok rakan2 yang da berkahwin & ada anak.
Kalau dulu pegi mall mesti lalu bahagian baby & kanak2 sebab teringin nak beli baju untuk anak2 sendiri. And siap beli la baju toys & barang kanak2 serta baby utk kawan2 & saudara yang da ada anak sebagai mengubat hati selain dari niatkan sedekah.
Tapi makin lama makin sedar akan hikmahnya being single ni. Ketahuilah tanggunjawap membesarkan anak2 & menjadi isteri tu amat berat & mencabar. Mungkin kita rasa kita dah bersedia tetapi Allah lebih mengetahui.
Sekarang ni setiap hari ada je kes penceraian. And isu2 bayi serta kanak2 dimana banyak kes anak2 yang kurang kasih sayang la, dipukul, didera & paling sedih kene dera sampai meninggal dunia disebabkan ibu bapa stress depression.
Tapi ini tak bermakna sis dah tak nak kahwin disebabkan hal2 ni. Sebab bagi Sis apa-apa pun minta tolong dari Allah. Kita mampu berusaha tapi Allah yang menentukan. Sis pun kalau ada jodoh nak jadi seorang isteri yang baik & ibu yang bole menjaga & membimbing anak2 sis.
Jangan kerana nak ikut culture budaya & society, tapi kebajikan anak2 terabai. Sis tak nak macam tu.
Sis tak kisah bila orang kata sis memilih pasangan. Bagi sis tak salah pun memilih kerana untuk bahagia kita juga.
Dan sis pun tak judge kalau lelaki memilih nak isteri yang macam tu macam ni sebab itu adalah pilihan masing2 kan. Takkan nak main ambil pasangan tanpa memeriksa asal usul pasangan kan.
Tak perlu risau la jika tiada pasangan atau zuriat nak jaga kita bila kita sakit & da tua nanti. Lihat aja da berapa ramai anak2 yang mengabaikan ibu bapa sendiri bila da senang lenang.
Ada pula tu sanggup buang mak ayah sendiri. Berapa ramai suami & isteri yang tidak menjalankan tanggungjawap mereka, mengabaikan pasangan masing2.
Sebab tu antara prinsip hidup sis sekarang adalah tidak berharap pada manusia termasuklah ahli keluarga sendiri tetapi berharap pada Allah.
Baru-baru ni sis kene Covid, & sis duduk sorang2 masa tu. Jadi bayangkanlah sis takde suami, keluarga terdekat untuk jaga sis yang masa tu demam teruk nak bangun pun terpaksa gagah nak ambil makanan & sediakan makanan sendiri.
Dulu pun pernah kene hospitalize dia kali. Masa tu pun sorang2 ja takda orang nak jaga pegi balik sendiri je naik teksi. Memang kene berdikari bila dah dok jauh dari family.
So those yang dah berkahwin & judge kata single ni untung la senang, anda patut bersyukur sekurang-kurangnya anda ada pasangan atau anak2 untuk jaga anda bila anda sakit.
Bila difikir balik, sis masih hidup & survive hingga sekarang pun sebab Allah. Jadi tak semestinya kene ada pasangan atau anak-anak untuk jaga. Ingat anak-anak bukan investment kita jadi jangan jadikan perkahwinan tu sebagai ticket & investment kita di masa tua.
Jadi, dari dok kata something yang merendahkan golongan single macam sis atau mempergunakan kami yang single ni untuk cover kerja-kerja anda, apa kata doakan je semoga kami beroleh jodoh yang baik ataupun doa yang baik2 sudah.
Bagi saya tak salah nak cover keje atau tolong kawan2 atau saudara mara yang da berkerluarga ni jika ada masalah yang melibatkan keluarga, sebab sis pun pernah jaga adik2 sis dari mereka bayi lagi & pernah mengasuh budak.
Dan sis memang selalu bantu kawan2 yang ada masalah ni. Tapi janganla sampai mengambil kesempatan. Berpada-pada la.
Kalau nak bagi alasan sis tak ada keluarga tak ada anak tak ada suami tak kan faham. Habis tu, ramai juga sis tengok yang da berkahwin dan ada anak tapi masih mampu menjalankan tanggunjawab bekerja dengan baik walaupun mereka ada masalah keluarga.
Setiap masalah ada penyelesaian & jalan keluar, nak dengan tak nak je untuk berusaha dan berikhtiar.
Orang single pun ada life dia juga. Sis dulu sampai stress sebab perbezaan layanan yang diberikan antara yang single dan dah berkahwin. Sampai merendahkan kami lagi.
Awat hina sangat ke kalau tak kahwin lagi. Pada mereka mungkin gurauan tapi gurauan yang berunsur hinaan.
Being single tak bermakna we are lonely. Itu bergantung atas individu tu sendiri. Kerana bagi sis, sis makin lama makin banyak muhasabah diri & semakin hari cuba mendekati pada Pencipta dengan memperbaiki diri sendiri.
Sis masih belajar dan berusaha. Perbanyakkan sedekah, kumpul duit nak pergi Mekah, bagi duit tiap2 bulan kat mak ayah. Bantu adik2 dan saudara mara apabila mereka perlukan.
Sekarang ni, matlamat utama hidup sis nak yang tu je, mendekati pada Dia, pergi Mekah & diberi peluang untuk lebih banyak beribadah pada dia & kekuatan.
Soal jodoh bukan lagi keutamaan sis seperti dahulu tapi usaha mencari tu masih diteruskan dengan niat untuk dapat pahala & syafaat di akhirat. Kalau ada jodoh di dunia ni adalah.
Sekian terima kasih.
– Miss S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit