Aku seorang pendidik yang sudah agak berusia. Banyak makan garam bak kata orang. Dan aku dah banyak tangani kes dan isu sepanjang dalam bidang pendidikan ni.
Tapi aku fokus dalam bidang pendidikan swasta bukan kerajaan. Jadi, aku banyak travel dan lihat pelbagai ragam mak ayah besarkan anak-anak mereka.
Sebelum ini, aku banyak buat kajian tentang pendidikan secara umum sahaja. Tapi selepas 10 tahun aku cuba fokus dalam pendidikan awal kanak-kanak, aku rasa seperti dah tak boleh tahan lagi.
Tahun ini, 2025 aku melihat isu penggunaan gajet (phone) oleh kanak-kanak bawah 12 tahun keterlaluan. Apatah lagi mak ayah yang benarkan kanak-kanak bawah 5 tahun guna gajet lebih 1 jam sehari.
Bilangan kanak-kanak masuk ke Pendidikan Khas peringkat sekolah rendah makin meningkat. Siap pakej slow, cakap bukan dalam ayat penuh dan tak boleh urus diri dengan baik.
Kalau tadika swasta pula, kanak-kanak bawah 5 tahun ramai sangat delay. Pegang pensel tak boleh, lemah otot tangan, eye contact tak ada, cakap bahasa Inggeris konon padahal mengulang skrip Youtube. Nak urus diri, lagilah gagal. Makan pun nak kena suap, baru telan. Tak suap, mak ayah mengamuk kata cikgu tak bagi makan.
Realiti yang harus aku sebut disini, cikgu-cikgu peringkat pra sekolah & sekolah rendah melihat kes ‘zombie’ semakin meningkat. Kanak-kanak makin ramai tak pandai bergaul, berbual dalam bahasa kebangsaan dan kemahiran hidup makin lenyap. Seolah-olah hidup mereka 100% diurus mak ayah ketika dirumah.
Langsung tak ada ‘common sense’ macam nampak sampah, kutip. Nampak rakan sebaya, pergi berkawan. Nampak guru, bagi salam dan hormat. Macam-macam lagi perikemanusiaan yang sepatutnya ada pada kanak-kanak itu, aku lihat semakin terhakis pada mereka.
Dan aku yakin puncanya adalah gajet. Come on la, kita dah pasca Covid dah pun. Pembelajaran dah tak banyak secara atas talian. Tak perlu bagi alasan bagi anak menghadap phone untuk belajar.
Sebagai orang dalam bidang pendidikan, aku nak beritahu, kalau rasa tak nak anak ‘jakun’ dengan gajet cukup lah penggunaan 1 jam sahaja sehari.
Anak kita tak bijak pun setakat tengok lambakan maklumat dari reels, tik tok dan youtube tu. Mereka hanya dapat lambakan maklumat yang biasanya anak tak proses pun dalam kehidupan realiti mereka. Mereka cuma akan bazirkan masa mereka yang sepatutnya mereka banyak didedah dengan aktiviti ‘hands on’.
Kanak-kanak sepatutnya banyak berlari, bermain untuk tingkatkan kognitif mereka, berkarya dalam dunia realiti dan bergaul dengan rakan sebaya mereka.
Mereka perlu ada skill ‘survival’ supaya apabila mereka dewasa nanti, mereka bukan macam ‘zombie’. Mak ayah tak petuk, tak gerak. Apa-apa keputusan yang baik, tak boleh buat sendiri. Sampai ke tua lah mak ayah kena pantau & tunjuk jalan untuk mereka pilih. Itu kalau umur mak ayah panjang, kalau pendek ???
Aku luah kat sini sebab aku yakin ramai akan luah rasa tak puas hati. Biasanya akan back up diri sendiri, tak duduk dalam situasi memanglah mudah kata jangan bagi anak gajet dan phone.
Aku bukan tak faham situasi, tapi isu ni dah jadi makin berat. Bila anak tu addicted dengan gajet, anak tu akan ketagih, rasa bahagia dengan gajet sebab hormon dopamine mereka dirembes masa dengan gajet tu. Anak jadi tantrum, jadi asyik minta gajet sebab mereka rasa seronok kesan hormin dopamine tu.
Sebagai mak ayah, koranglah kena corak anak korang. Aku cuma luah untuk terus terang.
Aku sedih tau tengok kanak-kanak zaman sekarang terutama kalangan kanak-kanak kaum M. Sebab aku nampak mak ayah kaum C dan kaum I lebih sedar dan mereka kawal penggunaan gajet anak. Kaum C dan I pun bukan jenis beranak ramai sampai tak mampu kawal penggunaan gajet.
Aku bukan nak salahkan anak ramai atau tak, tapi kalau anak ramai kena lah lagi bijak mak ayah tu urus. Sebab aku dari kaum M, pendidik dari kaum M dan korang semua nampak kan negara Malaysia makin lama macam makin tergadai.
10 tahun lagi, kalau mak ayah leka masih biar anak-anak sekarang hanyut dengan game, reels, youtube dan gajet tak berfaedah.. kaum M akan hanya jadi minoriti dalam memegang kuasa. Tergadai habis tanah pusaka. Generasi baru pun jadi macam ‘zombie’ je. Tak reti nak bertindak apa-apa sebab sejak kecil asyik kena suap saja.
Tak payah bagi alasan, anak duduk asrama jadi Sabtu & Ahad biar mereka main gajet sampai malam. Elok anak tu duduk asrama, korang rosakkan mereka dengan dunia khayalan berlebihan tu pada hujung minggu. Penat cikgu mengajar, ilmu mereka dapat tak dapat apply hujung minggu tu.
Tak payah bagi alasan, dah seharian anak di taska tadika, bagilah phone supaya anak enjoy. Tengkorak kering korang. Sebab anak dah seharian kat taska tadika lah,
Maka korang sebagai mak ayah kena ‘spend time’ dengan anak sepanjang ada dengan mereka, bukan bagi phone. Anak perlu berbual, perlu dirangsang proses komunikasi dan kasih sayang mak ayah kepada mereka.
Tak payah bagi alasan, mak ayah penat kerja. Jadi nak elak jadi garang, marah anak, elak rumah bersepah bagilah gajet tu. Baru tenang keadaan rumah ye. Memang akan tenang dalam beberapa tahun ni, tapi korang akan mendapatlah bila mereka dewasa nanti. Jadi insan atau jadi manusia tak berperikemanusiaan.
Tak payah bagi alasan, duit tak banyak, jadi hantar kat atok nenek mereka. Jadi, atok nenek sebab dah tua dan tak larat jaga cucu, bagi je cucu tu main phone dan gajet pagi hingga petang. Manjakan cucu.
Cukuplah alasan, carilah solusi sebab tujuan korang beranak bukan untuk lahirkan ‘zombie’. Penat sebagai mak ayah itu lumrah. Kalau rasa tak boleh memanusiakan anak, pandai-pandai lah korang rancang bilangan anak.
Aku harap sangat Raya kali ni, aku dah tak tengok suasana kanak-kanak pegang phone. Ajarlah anak korang adab beraya. Bagi salam, jaga adab, raikan tetamu, berbual dengan tetamu. Pergi ziarah dari rumah ke rumah. Bagi kanak-kanak erti Raya tu.
Mak ayah patut rasa malu, sebab kecil-kecil lagi dah penjarakan anak dengan gajet. Anak patut diberi kebebasan untuk hidup dalam fitrah kanak-kanak membesar. Jangan 10 tahun lagi, korang mengeluh tengok nasib anak.
Korang pening dengan keputusan pelik anak-anak. Padahal mak ayah yang perlu disalahkan sebab sejak kecil lagi tak bagi mereka membesar dengan fitrah tapi awal-awal korang dah kurung dalam penjara gajet. Bentuk mereka dalam acuan salah.
Aku minta maaf kalau ada mak ayah yang terasa. Tapi ini je jalan paling mudah untuk aku kongsi dengan masyarakat umum terutama kaum M, bahawa generasi kita makin tenat dan bertambah jadi ‘zombie’.
Pandai-pandailah mak ayah bentuk semula hidup anak sebelum terlambat. Tak payah nak soft parenting sangat kalau korang tak ada bibik 1-2 orang tolong urus rumah. Tolong lebih tegas dan garang asalkan korang jaga bahasa dengan anak & jangan pukul teruk anak.
Tolonglah mak ayah, generasi menggadai tanah pusaka Malaysia semakin ketara ni. Perlu tindakan semua mak ayah.
– Cikgu Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak dinafikan kaum M suka susukan anak kecik dgn fon ..aku tahu sbb dpn mata tgk anak2 sepupu aku tiap org ada fon sendiri.Kita dtg rmh dorg..dorg buat x reti je sbb khusyuk main fon.
Adab dah takde sbb salah mak pak.
Sama la dgn sepupu2 lain yg masih bersekolah.Lau dah pegang fon wassalam lah..
Mak aku sendiri kalau dah main what apps dgn kwn2..baca cerita dlm fon dan buka you tube politik..aku nak sembang dgn dia pun dia bolayan je..last2 aku yg jd mcm org bodoh.Sama dgn adik beradik sendiri pun..
Adik ak dr awl buka mata smpai nk tido mlm hidup dgn fon.1 kerja rmh pun xnk buat.Lps je bg salam lps solat bkn baca zikir ke doa tp..trs layan tiktok.
Rosak dah generasi manusia zmn skrg dh jd zombie.Lps tu fitnah org yg dah vaksin jd zombi..pdhl yg x vaksin la jd makin bengap sbb dlm darah kuman covid duk bermutasi.
Aku ni 1 je.kalau nmpk org yg lbh ralit layan fon berbanding aku..aku akan skip trs drp dia..kwn sendiri pon aku akan cantas buang.P la ko telan telefon tu msk mulut.
Generasi zmn skg makin menuju kerosakan sebab fon