Hentikan Kebencian Terhadap Penjawat Awam

Assalamualaikum. Aku harap confession aku ni akan di post.

Aku Hakim (bukan nama sebenar). Aku dibesarkan dalam keluarga yang majoritinya penjawat awam. Ayah aku seorang doktor manakala ibu aku seorang jururawat.

Bila aku dewasa, aku bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat swasta dan dipertemukan jodoh dengan seorang guru, juga penjawat awam seperti mak ayah aku. Jadi, dari kecik sampai besar, akulah saksi bagaimana komited nya orang sekeliling aku terhadap kerja masing2.

Masa aku kecik, geng2 makcik sangat sanjung orang yang kerja kerajaan. Katanya kalau kerja kerajaan masa depan terjamin. Kalau ada anak yang kerja kerajaan, mau satu kampung dia canang.

Sampailah hari ni, ramai orang2 tua masih lagi sanjung penjawat awam. Jadi, aku rasa dari sinilah lahirnya rasa benci dan iri hati orang ramai dekat penjawat awam.

Sebabkan makcik setitik, habis rosak penjawat awam sebelanga. Sebabkan rasa iri hati dalam diri, orang kita makin galak mengutuk penjawat awam. Sampaikan kalau seluar dalam dekat rumah tak kering pun nak salahkan penjawat awam juga. Okay gurau2.

Aku tergerak hati nak tulis confession ni lepas terjadinya satu kejadian ni. Hari jumaat haritu hari penjawat awam dapat gaji beserta bonus. Malam tu aku tengok wife aku sorang2 scroll social media. Aku pulak duduk je sebelah dia sambil main game.

Tiba2 wife aku bersuara. “Yang, pada yang salah ke orang kerja kerajaan dapat bonus?”.

Aku jawab kenapa pulak salah. Bonus RM2k tu penghargaan majikan dekat pekerja yang dah penat2 kerja. Sama je konsepnya dengan company swasta. Bonus akan diberi tiap tahun untuk tingkatkan semangat pekerja.

Lepastu terus dia bagi phone dia kat aku. Terkejut aku baca post2 di social media. Terlalu banyak sangat post2 negatif tentang penjawat awam.

Katanya “kami susah2 bayar cukai, last2 duit tu dapat dekat penjawat awam. Kami bukan dapat apa pun”. Itu bahasa yang aku dah sopankan. Post asalnya sangat kasar bahasanya. Ada carutan lagi.

Dia macam ni tau. Kau kerja dekat mana2 pun, majikan akan bagi benefits. Tau tak benefits tu apa? Benefits tu apa yang company offer khas untuk pekerja2 dorang sebagai tanda penghargaan atau pun salah satu cara nak tarik orang kerja dgn company dia.

Jadi sama juga dengan penjawat awam. Penjawat awam pun ada benefits. Contohnya, rawatan percuma di hospital kerajaan, discount percutian, pencen dan sebagainya.

So, sama dengan pekerja swasta, penjawat awam ni memberi untung kepada majikan. Jadi sebahagian keuntungan yang penjawat awam dah salurkan, dipulangkan semula dalam bentuk bonus.

Jadi kenapa korang nak ungkit kononnya korang ada hak keatas duit yang penjawat awam dapat? Korang tiada hak.

Penjawat awam dapat ganjaran untuk usaha mereka selama ni. Kalau korang nak bonus mintalah majikan korang, kenapa minta majikan orang lain?

Itu baru satu. Kemudian terbaca post berbunyi “memang patut pun pencen dibatalkan, orang kerja kerajaan ni pemalas. Kerja 3 jam, 5 jam pergi minum2 dan lepak.”

Senangnya korang menuduh penjawat awam macam tu. Aku sendiri saksi macam mana ibu ayah dan wife aku bertungkus lumus bekerja.

Sebelum ayah aku pencen, dia kerap tak balik rumah. Kerap kerja 24 jam. Sampai kadang2 aku yang datang hospital just nak makan dengan ayah aku sebab lama gila tak jumpa dia. Tu pun dia rushing2 makan.

Penat jangan cakap. Dah 3 kali accident sebab microsleep. Remuk kereta. Tapi Allah pelihara nyawa dia.

Mak aku pun sama. Dah tak serupa orang aku tengok. Dan wife aku pun sama, berat kerjanya. Pagi mengajar. Petang datang untuk latih budak. Malam buat worksheet dan alat bantu mengajar. Hujung minggu pun bawa budak berkhemah.

Belum lagi kena maki dengan mak bapak tiap hari. Anak kencing dalam seluar pun marah bini aku kenapa tak ingatkan anak dia pergi tandas. Otak letak mana tak tau.

Jadi korang rasa wajar ke korang nak samakan semua penjawat awam?

Aku dah 10 tahun kerja swasta. Macam2 orang aku jumpa. Yang datang lambat tiap hari ramai. Yang melepak time kerja ramai. Yang curi2 balik awal ramai. So, boleh tak aku cakap orang kerja swasta ni pemalas? Tak boleh. Sebab tak semua macam tu.

Sama juga dengan penjawat awam. Korang kerap nampak penjawat awam yang tak okay sebab korang kerap berdepan dengan penjawat awam.

Nak buat lesen? Pergi kaunter kerajaan. Nak buat passport? Kaunter kerajaan juga. Kena ragut? Balai polis kerajaan. Bayar bil? Pun kaunter kerajaan.

Jadi sebabtu korang rasa penjawat awam ni teruk. Padahal yang kerja swasta pun sama banyak pemalasnya. Cuma orang tak tau sebab orang jarang berurusan dengam company swasta.

Penjawat awam yang malas ada tak? Ada. Wife aku sendiri dilayan teruk oleh nurse dan doktor kerajaan masa dia bersalin. Tapi boleh ke aku cakap semua penjawat awam malas? Tak. Penjawat awam yang rajin lagi ramai.

Bila mak bapak korang nazak, sapa kelam kabut tolong dekat hospital kerajaaan tu? Penjawat awam. Bila korang hantar anak ke sekolah dengan zero ilmu, sapa yang bantu didik? Penjawat awam.

Rumah terbakar, rumah masuk ular, sapa tolong? Penjawat awam. Kereta kena curi, sapa tolong? Penjawat awam. Ya, memang tu kerja dorang. Tapi kalau semua orang malas, susah hidup korang.

Bayangkan semua penjawat awam malas macam apa yang korang cakap, pergi hospital bawa anak demam, semua doktor tidur/main phone. Pernah ke terjadi macam tu? Pernah ke korang datang hospital, satu hospital tu santai tak buat kerja.

Jadi jangan melulu tuduh orang. Aku ada comment macam ni dekat post budak kutuk penjawat awam pemalas tu. Budak tu kelam kabut cakap “eh saya tak maksudkan golongan professional”.

Dia macam ni tau. Perkataan penjawat awam tu merangkumi semua penjawat awam. Tak kisah la orang tu cikgu ke, peguam ke, guard ke, kerani ke.

Once kau tuduh penjawat awam pemalas, kau menuduh SEMUA penjawat awam. Tak kisah golongan professional atau tak. Semua penjawat awam akan makan hati.

Dan tak kisah la golongan professional ke bukan ke, malas tu tak kira pekerjaan. Manusia ni memang ada yang malas ada yang rajin.

Lepastu, aku baca lagi comment lain. Kalau comment2 yang aku bincangkan tadi tu aku boleh faham la. Mungkin dorang comment macam tu sebab kurang kefahaman. Tapi comment yang seterusnya ni memang jelas sangat iri hati tu.

Ni kalau budak tadika baca pun boleh tau orang dengki je tulis macam tu. Comment dia macam ni “orang kerajaan ni miskin. Buat pinjaman pun pakai pinjaman penjawat awam. Dah la kaki buat personal loan”.

Abang aku pegawai bank. Personal loan ni tak kira la kerja kerajaan ke swasta ke ramai je yang buat. In fact, kawan sekerja aku sendiri buat personal loan sampai tak makan anak bini nak membayarnya.

Lepastu apa yang korang nak marah sangat penjawat awam senang buat loan? Itu salah satu kelebihan kerja kerajaan.

Kerja swasta macam aku pun banyak kelebihan yang orang kerja kerajaan tak dapat. Tapi takda pulak orang nak buat post dengki dengan aku. Semua kelam kabut nak buat post kutuk penjawat awam je.

So, kesimpulannya aku boleh cakap sebenarnya yang benci sangat dengan penjawat awam ni dia sebenarnya ada masalah hati.

Mana tak panas member tiap kali balik raya makcik dia canang anak kerja kerajaan lepastu rendah rendahkan dia sebab tak kerja kerajaan. Orang macam tu akan sentiasa ada.

Kalau kau tak suka apa yang dorang buat, kau tegur dorang. Bukannya kau pergi maki semua penjawat awam sebab kau tak suka makcik kau agungkan penjawat awam.

Aku tiap kali raya ramai2 makcik2 yang aku tak kenal pun sibuk persoalkan kenapa aku tak kerja kerajaan macam mak ayah aku. Katanya nanti aku senang2 akan kena buang kerja. Aku sound balik makcik tu. Terdiam member.

So, kalau marahkan orang lain, jangan libatkan orang lain. Aku bercakap berdasarkan apa yang aku nampak. Mungkin ada banyak lagi yang aku tak tau sebab aku bukan penjawat awam.

Tapi apa yang aku tau, manusia ni memang ada yang perangai tak elok ada yang perangai elok. Jadi tak kisah la kerja mana2 pun kau tetap akan jumpa orang tak guna.

Jadi tak payahlah hari2 nak luahkan kebencian dekat penjawat awam. Banyak benda yang kita pekerja swasta dapat tapi mereka tak dapat.

Jadi apa perlunya rasa iri hati tu? Bersihkan hati. Banyakkan zikir. Kalau hati bersih, semua benda kau akan nampak positif. So, bawak2 la berubah.

– Hakim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. dik yg komen negatif tu mungkin sbb dorg tk dpat ape2 dari company dorg, saya pon pernah ada pengalaman bekerja ofis kerajaan (tk pyah kita mention jabatan mne) dan sekarang saya bekerja swasta, percayalah bukan takat bonus satu habuk imbuhan pon tk dpat pastu kerja 6 hari seminggu kadang 7 hari tmbah OT kerja smpai malam itupun OT yg tk berbayar, benefit yg bagi pon tk bnyak dan bersyarat. saya pon akan cakap benda yg sama mcm dorg sbb kita nmpak ape yg berlaku. parents dgn isteri dik tu wajar dpat bonus tu sbb kita nmpak mcm mne doktor2, jururawat dan guru bekerja tp yg selain tu dari tu yg ktorg persoal. saya tk benci penjawat awam tp tk salah jika bersikap adil pada semua rakyat malaysia sbb kesemua rakyat malaysia membayar cukai bukankah adil jika kerajaan juga menghargai pekerja swasta tk banyak sikit pon okey. bukan tk nk dan tk pernah mintak kerja kerajaan tp tk pernah dpat yg pelik tu dalam jabatan kerajaan tu bnyak pulak kosong (based on pengalaman saya)

  2. Well said confessor! Benda ni dah lama menular dalam pemikiran rakyat jelata Malaysia ni. Yang iri hati tu menabur fitnah pada yang bodoh, so jadi lah satu budaya kecam mengecam saat penjawat awam dapat bonus tiap tahun. Di kalangan keluarga sendiri pun ada spesis yang macam ni. Padahal korang penjawat swasta banyak benefit yang dapat, contoh beranak hospital swasta, banyak lagi benefit yang dorang dapat (tak bole nak list kan nanti orang tau keje apa) hahaha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *