Assalammualaikum.
Terima kasih admin kerana siarkan confession saya. Saya merupakan pelajar di salah sebuah Universiti Awam.
Sebagai seorang pelajar U, saya juga tak terkecuali daripada menerima kritikan daripada rakan-rakan lama dan orang sekeliling. “Belajar tinggi-tinggi, tapi belum tentu akan dapat kerja”. Ayat ni dah lali saya dengar. Malah rakan-rakan sekelas yang dah bekerja pernah melemparkan kata-kata tersebut sambil memberikan pandangan yang sinis.
Terutama rakan-rakan yang dah kerja hasil tawaran daripada SPA. Bekas rakan-rakan sekelas saya dulu ramai yang dapat kerja melalui SPA. Ada yang kerja Bomba, Imigresen, Polis, MA, pembantu tadbir dan banyak lagi. Setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan lama ni, mesti mereka akan ‘siasat’ hala tuju hidup saya selepas konvo nanti. Sejujurnya saya pun tak pasti. Bagi saya, sekarang ni saya akan berusaha untuk dapat keputusan yang cemerlang. Selepas konvo nanti, saya tak kisah pun kerja apa asalkan halal. Jika dapat kerja yang setaraf dengan pendidikan saya, Alhamdulillah. Jika tak dapat, apa boleh buat. Apabila saya cakap macam tu, mulalah mereka membandingkan masa depan saya dengan mereka.
Saya bukan cemburu dengan mereka. Masing-masing ada rezeki. Tak perlulah nak pertikaikan rezeki orang.
Buat masyarakat yang di luar sana, tolonglah jangan jatuhkan semangat kami yang masih menuntut ilmu ni. Ya, kami tahu ada ijazah sarjana muda tak menjanjikan pekerjaan yang bergaji tinggi. Tapi sekurang-kurangnya kami berusaha menuntut ilmu. Kami berusaha mencapai cita-cita. Malah ada banya quote “kerja X lebih tinggi gaji daripada gaji pekerja kelulusan degree”. “Orang yang berkelulusan SPM jauh lebih berjaya daripada orang ada degree”. Apa motif buat quote macam tu? Kamu nak suruh kami berhenti belajar dan kerja terus? Kamu nak semua anak muda belajar setakat SPM, tak perlu ambil degree sebab tak menjamin masa depan pun. Begitu?
Jadi, tolonglah para pembaca. Hentikan budaya mengkritik rezeki orang lain. Hentikan saling dengki mendengki ni.
Maaf jika ada terkasar bahasa.
~Sekian.
– Aku Si Mahasiswi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit