Hentikan Perbandingan!

Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan hati saya.

Assalamualaikum & salam ceria. Semoga semua pembaca IIUM Confession sentiasa dilimpahi segala kebaikan di dunia & akhirat.

Saya perkenalkan diri sebagai Puan Kay. Berasal dari negeri tanah serendah, sekebun bunga. Menetap di bandar. Sudah berkahwin dan baru sahaja menimang seorang cahaya mata perempuan yang comel beberapa bulan lepas.

Ingin saya kongsikan serba sedikit tentang masyarakat kita yang suka buat perbandingan dari segala aspek waima baby.

Syukur alhamdulillah, dikurniakan baby yang senang dijaga, tak banyak kerenah tapi satu je yang tak memuaskan hati pihak lain iaitu anak saya suka menangis dengan high pitch.

Anak saya bukan kategori high demand baby cuma dikurniakan Allah suara yang amat deep sehingga bergema alam semesta.

Tapi, saya dan suami tak pernah merasakan benda tu sebagai kekurangan, kami okay sahaja. Orang nak culik pun tak berani dengar suara dia.

Dia tak banyak ragam, cuma akan menangis bila lapar, tak selesa atau mengantuk. Baby saya ni kalau nak menangis, takde signal apa dah, terus high pitch.

Bila orang luar dengar, terus cop or judge anak kami ni jenis yang meragam. Dan bermulalah episod membandingkan anak saya dengan anak si polan polan yang tak menangis yada yadaaa.

Kadang² rasa sedih dengan mentaliti segelintir masyarakat kita. Suka sangat nak bandingkan perkembangan anak, peel anak.

Setiap anak, ragam dia lain-lain. Kita tak payah nak bandingkan or terus judge baby tu. Baby kot. Dia bukan tahu apa pun.

Lebih elok kalau mulut yang Allah kurniakan tu, kita doa elok² untuk anak orang. Doa kita yang baik², insyaAllah one day akan berbalas untuk anak cucu kita pula.

Yang paling sedih, bila baby kita ni kena judge dengan family sendiri. Bukan orang luar pun.

Kadang² bila tengok anak tidur, menitis air mata saya. Dia takde salah apa pun. Hanya dikurniakan suara yang kuat. Bila menangis, satu semesta bergema.

Sometimes, saya rasa malas nak balik kampung suami atau kampung sendiri disebabkan isu ni lah. Family asyik label anak saya ni suka menangis disebabkan suaranya yang high pitch.

Padahal, bila suami kerja, saya boleh masak, boleh basuh & jemur kain, kemas rumah. Anak saya okay je main² sendirian. Memang kategori jenis senang jaga.

Jadi pada sesiapa kat luar sana, stop comparing each other especially baby atau kanak². Setiap baby or budak ada ragam masing masing, ada fasa perkembangan masing².

So, kalau tiada benda baik nak diucapkan, better shut up your mouth!

Bukan bebel tapi sekadar luah perasaan. Salam sayang dari Puan Kayy..

– Puan Anak Seorang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Hidup ni kita yg uruskan segalanya ttg kita.

    Knp perlu nak bergaul dgn mnusia2 yg boleh buat awk insecure?

    Boleh je awk kecilkan circle pergaulan.Jgn banyak main medsos dan baca segala group wasap famili kan

    Cut off semua.Mental pun sihat.

  2. Minta maaf, tp saya pon kdg2 x bule thn bunyi yg ‘high-pitch’ ni, x kira la dari budak2 or org dewasa, or dri suara2 yg lain.. so, salah satu cara nk ‘prevent’ suara yg tinggi tu ‘terkeluar’ or berbunyi, sya rse maybe puan bole buat sstu, sbg ‘precaution’.. cth nya, puan notice yg dia akn mnangis n kluarkn suara ‘tinggi’ dia tu bila lapar or sakit or maybe x selesa.., so utk ‘precaution’, puan kna pastikan dia mkn sbelom dia minta (mnangis tu..), klaw utk sakit, maybe bule sapu perutnya dgn mnyak angin or mnyak kayu putih yg xpanas tu, sebelom dia sakit or ‘kembung perut’.. klaw dia x selesa, bila dia nmpak ‘resah’ atau mula nk mnangis, cepat2 angkat n ‘pujuk’ spya dia xjd mnangis, or at least, x la berpanjangan dgn suara yg kuat.. perkara ini bole diatur, dan lma kelamaan dia akn ‘tahu’ bila dia patut mnagis or ‘dduk diam2’, so nt senangla klaw awk nk urus perkara2 yg lain plak.. wallahu a’lam

    • Saya sokong cadangan di.atas. sbb sekarang ni semakin ramai org ada sakit mental dan bertindak diluar batasan. Selalaukan baca berita, baby kena cekik, ditutup dgn bantal oleh pelaku. Sbb apa?. Mereka tak tahan dgn tangisan baby yg menangis berterusan, high pitch, meragam dan pelaku tak tertahan dgn bunyi bising tersebut.
      Bayangkan jika awak dalam flight berhadapan dgn situasi anak menangis at high pitch? Boleh faham kaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *