assalamualaikum. hi. aku tak tau la post aku ni akan disiarkan atau tak. tapi kalau terpilih terima kasih la pada admin. post aku ni simple je. bukan nak luahkan apa-apa just nak share sesuatu yang aku rasa menarik untuk pembaca sekalian. first time post ni rasa nervous pula. tajuk tu macam takde kaitan. sebenarnya aku takde idea pun nak tulis tajuk apa lol.
dua tiga minggu lepas aku perasan banyak juga post mengenai introvert extrovert ni. aku sebenarnya ada belajar pasal introvert extrovert ni dan aku perasan ada beberapa ciri-ciri yang disenaraikan dalam post tu kurang tepat. pada pendapat aku lah, nak tau kita introvert extrovert ni bukan boleh main teka teka. kena ambil test untuk tentukan kita tergolong dalam kategori apa. so untuk memudahkan pembaca semua, aku share link untuk salah satu test inrovert extrovert ni.
kalau korang google, memang ada banyak test yang disenaraikan dari pelbagai page. tapi semua pun lebih kurang sama je. test yang aku share ni aku rasa yang simple dan mudah difahami lah.
so ini link untuk test introvert dan extrovert tu:
https://www.lifehack.org/articles/communication/like-introvert-extrovert-ambivert.html
dah alang-alang aku share test inrovert extrovert tu, aku nak share sekali beberapa personality test yang aku rasa menarik. korang try lah.
ni adalah antara personality test tu.
nama test ni “the 5 love languages”:
so test ni adalah tentang macam mana korang memberi dan menerima cinta tu. faham tak? senang cakap macam mana korang tafsir cinta tu la. dia ada lima kategori antaranya ialah receiving gifts dan word of affirmation. kalau yang receiving gifs ni contohnya macam cara kau tunjukkan kau sayang seseorang tu adalah melalui hadiah dan kau rasa kalau orang tu sayang kau, dia kena buktikan kasih sayang dia kat kau melalui hadiah. haa faham tak?
word of affirmation ni senang cakap suka puji-pujian la. kalau word of affirmation kau tinggi (result test ni dia akan papar dalam bentuk ranking), maknanya kalau kau sayang orang tu kau akan puji puji dia dan sama juga kalau orang tu sayang kau, dia kena puji kau untuk buktikan cinta dia kat kau. yang lagi tiga kategori tu korang baca la nanti masa ambil test ni.
boleh juga korang suruh pasangan korang ambil test ni so nanti kau tahu la macam mana pasangan kau ni tafsir makna cinta tu. lepas tu boleh la korang memahami pasangan korang dengan lebih mendalam dan tiadalah istilah “you ni langsung tak faham i” haha.
personality test yang seterusnya ialah:
nama test ni “16 personalities”
https://www.16personalities.com/free-personality-test
so dalam test ni korang kena jawab beberapa soalan (agak banyak). jawapan soalan ni dalam bentuk agree to disagree. nama test ni 16 personalities kan so ada 16 kategori personaliti yang dia bagi. melalui test ni nanti korang tau la korang tergolong dalam kategori mana. dan untuk setiap kategori dia akan explain secara detail melalui beberapa aspek contoh macam percintaan, keluarga, etc etc.
untuk test ni, elakkan untuk jawab terlalu banyak jawapan neutral (bulatan yang tengah tengah warna putih tu). sebab kalau terlampau banyak jawapan neutral ada kemungkinan result akhir test ni kurang tepat.
TIPS untuk jawab semua test ni adalah, bila korang baca soalan kemudian baca setiap jawapan, masa korang baca jawapan tu kalau korang rasa itulah jawapan yang paling tepat, terus pilih jawapan tu. jangan ragu-ragu jangan teragak-agak nak pilih. kiranya korang baca soalan lepas tu baca jawapan dan terus pilih jawapan. jangan fikir lama-lama sebab ni boleh menyebabkan result test jadi kurang tepat.
sekian itu sahaja yang aku nak kongsi. harap bagi manfaat kat korang. ciao!
– jeeo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit