Uiii.. baca tajuk macam kontroversi kan. Saja letak title ala-ala kulit depan akbar Metro untuk attract netizen baca. Haha. Min jangan pandai-pandai tau ubah title tu, biar je panjang berjela. Baru Letup. Gittew.
Ok post ni aku tulis bertujuan untuk buat pembaharuan kepada negara kita untuk kebaikan masyarakat bersama.
Aku tak pasti sama ada benda ni pernah dibuat dalam mana-mana dasar negara ataupun pernah dibincangkan dalam parlimen tapi masih belum diimplimentasikan.
Aku tak mahu semberono beri idea, tapi kalau aku tak suarakan, benda ni asyik bermain-main saja di fikiran. Kalau min benarkan post ni disiarkan, min hensem. Gagaga.
Actually aku baru hadiri satu program yang hampir keseluruhannya adalah warga emas. Ada berapa ketul je warga yang tak berapa emas yang join program tu termasuk aku.
Aku tak nak bagi tahu nama program tu apa. Tapi apa yang buatkan aku terkesan adalah, kata-kata dari salah seorang dari peserta warga emas tu. Sampai sekarang terngiang-ngiang.
By the way, kebanyakan peserta dalam program tu adalah dalam kalangan VVIP ye. Semua ada pangkat Dato, Prof, Dr, Tn Hj dll. Kiranya yang ada status dan pangkat la. Of course ada connection yang ramai.
Tapi, apa yang keluar dari mulut dia adalah sesuatu buat lidah aku terkelu. Bila anak-anak dah besar, beliau rasa sunyi walaupun ada segala-galanya.
Bayangkan kata-kata tu keluar dari mulut seseorang yang ada segalanya. Bayangkan tahap kesunyian mak ayah kita dan orang tua yang ada di kampung saat ni?
Dari level kita yang biasa-biasa, tak punya segalanya ni. Ibu ayah yang kurang connection dengan masyarakat ni agak-agak bagaimanalah kesunyian dan kesedihannya.
Aku faham, orang akan cakap.. memang itu fasa mereka. Fasa yang mana kita jugak akan alaminya satu hari nanti. Fasa anak-anak membesar, sudah ada kehidupan sendiri, struggle bekerja untuk menafkahi kehidupan berkeluarga.
Kadang hingga terabai untuk tanya khabar ibu ayah di kampung. Aku tulis untuk muhasabah diri aku jugak. Aku juga ada parents yang sedang struggle melalui fasa mereka sendiri.
Dulu masa aku masih belajar, aku selalu doa supaya Allah rezekikan aku nikmat untuk jaga parents di usia tua. Allah makbulkan doa aku. Tak sampai setahun aku jaga ayah aku yang sakit, aku pulak yang jatuh sakit. Sebab terlalu burnout.
Masa tu aku baru sedar drama-drama anak derhaka yang aku tengok dalam TV tu is real. Anak derhaka yang bertempik tu akuuuu.
Sejujurnya, antara banyak-banyak ujian yang aku hadap dalam hidup ni, ujian dengan mak ayah la ujian yang paling terbesar sekali. Kerenah orang tua la yang paling menduga iman. Tertinggi suara sikit, terus rasa bersalah ya amat, ibarat nerakalah tempat anak derhaka macam aku.
Bak kata kawan baik aku, memang tak adil kalau nak samakan tahap kesabaran ibu ayah jaga anak-anak ketika kecil, jika nak dibandingkan tahap kesabaran anak-anak ketika menjaga mak ayah di usia tua. Memang tak adil kata dia.
Sebab kalau anak-anak buat sesuatu yang mencabar level kesabaran, mak ayah boleh marah, cubit, pukul, tinggi suara, rotan. Mereka tak boleh dicop mak ayah derhaka.
Sebaliknya, kalau mak ayah buat sesuatu yang mencabar level kesabaran anak-anak, anak tu tak boleh marah, cubit, pukul, tinggi suara mahupun rotan ibu ayah. Kalau buat jugak, memang derhaka la jawabnya.
Bila aku dengar member aku cakap macam tu, barulah rasa kurang bersalah sangat sebab aku tertinggi suara. Aku terima yang aku ni manusia yang ada batas sabar yang turun naik.
By the way, kawan aku yang cakap ni, dia jaga mak dia yang sakit dan buta ni sejak dia darjah 4. Dia tetap jaga mak dia even dia dah grad & layak keluar cari kerja yang lebih baik di luar sana. Betapa level sabar dia sangatlah tinggi.
Setiap kali aku jenguk ke rumah dia, aku belajar makna syukur. Bertahun-tahun aku belajar sabar dengan dia. Tapi aku tak mampu jadi sehebat dia.
Sekarang ni mak dia dah meninggal dah pun, di malam Jumaat, 27 Ramadan, yang aku dapat rasakan malam tu jatuhnya malam Lailatul Qadar. Aku tak nampak di mana kehebatan amal ibadah beliau, melainkan ibadah sabar dan redha. Matanya ‘dibutakan’ sementara dari nikmat dunia untuk selamat dari dosa mata di akhirat kelak.
Berbalik pada tajuk, aku mewakili para anak-anak yang sedang berjuang untuk tidak jadi anak derhaka, ingin mencadangkan kepada kerajaan atau mana-mana badan zakat/wakaf untuk mendirikan institusi warga emas yang ‘well-established’.
Based on my observation, banyak pondok warga emas dan rumah orang tua-tua yang didirikan oleh badan-badan NGO di negara kita yang kebanyakannya kurang fund untuk sustain, sehingga terpaksa meminta sumbangan dari orang ramai.
Iklan pulak paparkan wajah warga emas pulak yang sakit, yang merintih rindukan anak. Sorry to say, for me, it’s a very sick phenomenon to show to public walaupun itu realiti yang berlaku dalam masyarakat.
Bertambah-tambah stigma anak derhaka yang tumbuh macam cendawan tumbuh selepas akhir zaman ni. Aku tulis artikel ni untuk kita sama-sama buka mata. Baik dari gen X,Y mahupun Z sekalipun. Kalau ada generasi Alpha, Beta, Gamma sekalipun, kalian dengar sini.
Kita semua tak dilahirkan dalam keluarga yang taraf sosialnya sama. Taraf pendidikan juga berbeza. Ada orang lahir dan membesar dalam persekitaran keluarga yang baik dan harmoni, membawa attitude yang baik hingga hujung nyawa.
Ada juga anak-anak yang diberi ujian dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda yang attitude buruknya terbawa-bawa hingga ke hujung nyawa. Itupun dah ada jurang kesabaran yang besar.
Belum lagi sentuh soal kemiskinan & survival anak-anak yang perlu berjuang untuk mencari rezeki tapi dalam masa yang sama terbeban kudratnya untuk menjaga mak ayah yang sudah uzur dan terlantar sakit.
Dunia sudah terlalu keras dengan pelbagai ujian dan rintangan kehidupan, jangan ditambah pulak dengan stigma Anak Derhaka bila dihantar ibu ayah ke rumah orang tua.
Ada juga anak-anak yang berjuang dengan mentalnya sendiri untuk terus survive hidup. Jadi, tak wajar untuk digeneralisasikan setiap anak itu derhaka tanpa melihat cabaran yang dilalui oleh seorang anak itu.
Secara ringkasnya, penulisan ini adalah untuk membuka mata pihak kerajaan dan badan zakat/wakaf supaya wujudkan institusi warga emas agar dapat mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat buat ibu bapa yang perlukan pantauan khusus dan extra.
Walaupun tak dinafikan, sudah ada inisiatif yang diletakkan dalam salah satu kpi di kementerian pembangunan masyarakat, saya sebagai rakyat merasakan usaha itu masih perlu diperhalusi lagi.
Sepertimana transformasi kerajaan lalu mewujudkan UTC untuk memudahkan pelbagai urusan rakyat, kenapa tidak wujudkan institusi penempatan warga emas yang mempunyai fasiliti yang baik dan terjaga.
Soal dana, jika kerajaan tidak mampu menampung sepenuhnya, saya kira badan zakat atau wakaf juga memainkan peranan besar. Melihat binaan masjid-masjid yang gah disumbangkan oleh para pewakaf sangat besar nilainya setiap tahun. Belum termasuk kutipan zakat negara.
Pada hemat saya, dari ditambah rumah ibadah yang belum tentu penuh penghuninya setiap masa, lebih baik dana itu disumbangkan ke arah yang lebih baik dan rahmah.
Lagipula, rakyat juga membayar cukai kepada kerajaan, melalui barangan yang dibeli, dan pelbagai cukai yang lain, bukankah lebih baik disalurkan semula untuk membayar gaji pekerja amal di rumah orang-orang tua?
Secara tak langsung, usaha ini dapat menambahkan peluang pekerjaan rakyat marhaen, mengurangkan pengangguran dan menambahkan rasa tanggungjawab kepada masyarakat. *Dah kenapa tiba-tiba aku buat karangan ni?Β Ok sambung..
Dengan usaha ini, anak-anak muda yakni golongan rakyat yang struggle untuk bekerja untuk bagi pulangan pada pendapatan negara dapat beri fokus kepada usaha memajukan ekonomi negara tanpa terlalu risau dengan ibu bapa yang sakit di rumah.
Ia dapat meningkatkan mental wellness pekerja untuk bekerja lebih baik. Selain itu juga, usaha ini dapat membantu mengurangkan kadar jenayah scammer dalam kalangan warga emas yang kurang dipantau aktivitinya.
Untuk merealisasikan lagi usaha ni, majikan swasta ataupun gov boleh buat potongan bulanan secara tetap dari hasil pendapatan pekerja seperti potongan EPF untuk disalurkan ke Tabung Institusi Warga Emas supaya institusi ini dapat terus sustain.
Potongan berjadual mengurangkan rasa bersalah si anak yang kurang mampu menghulurkan nafkah ihsan kepada ibu bapa.
Saya yakin kebanyakan dari golongan warga emas ini juga mahukan pengisian untuk mengisi masa masa mereka. Jaringan kawan-kawan seusia mereka dapat membantu memberi sokongan sosial yang diperlukan seterusnya membantu mengurangkan kesunyian yang dirasai jika bersendiri di rumah.
Anak-anak pulak bebas melawat ibu ayah mereka pada bila-bila masa seperti waktu lawatan di hospital-hospital kerajaan. Saya yakin jika usaha ini dijalankan, ia dapat mengubah perspektif masyarakat dari pada Rumah Orang Tua adalah sesuatu yang hina dan menyedihkan bertukar menjadi Rumah yang amat diperlukan.
Kita juga semua bakal tua. Maka, mari kita sama-sama mengurangkan dosa si anak. Jangan ditambah lagi beban dosa anak derhaka. Mohon.
Saya berharap ada dalam kalangan warga iium yang mungkin dalam kalangan pekerja badan kerajaan boleh membawa suara saya ini ke badan kerajaan mahupun institusi wakaf/zakat.
Saya yakin jika masyarakat bersatu dan berfikiran terbuka untuk melaksanakan cadangan ini, ada banyak manfaat dan kebaikan yang diperoleh dari penubuhan institusi ini.
Wallahualam..
– Lobak Oren (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit