Baru-baru ini tular tentang Permohonan maaf Puan NA secara terbuka tentang post viral berkaitan kes #justiceforbella di profilenya.
Posting asal beliau bertarikh 19 April 2022 berkenaan “Update Kes Bella” telah dipadam dan diperbetulkan melalui hantaran terbaru bertarikh 20 April 2022
Namun ia telahpun discreenshot dan diviralkan meskipun beliau cuba membetulkan keadaan kurang dari 24 jam.
Difahamkan fakta yang benarnya adalah saksi ada mengatakan Bella disimbah air panas menggunakan cawan ikea yang diambil dari mesin C.
Namun pada ketika itu mesin C rosak semasa kejadian yang dikatakan dan pada waktu itu PKP, jaditu servis penapis air itu dihentikan/ ditangguh sementara.
Tetapi Puan NA ini membuat hantaran yang Peguam kata Bella tergelincir dan tarik picu penapis air ini sampai tersimbah air panas.
Jaditu Peguam H itu yang menerima kritikan dan tohmahan dari orang awam.
Pelbagai hantaran dibuat berkenaan isu ini yang sangat tak logik dibuat di Tiktok, terutamanya dan sehingga hari ini ia masih belum dipadamkan.
Beliau kemudiannya dengan rendah hati memohon beribu kemaafan khususnya kepada team SB, pihak Peguam OKT, pihak Mahkamah, pihak penapis air C, ahli keluarga yang terkesan dan seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dengan hantaran tersebut.
Menurut hantaran beliau lagi, beliau memohon ampun dan maaf serta mengambil langkah untuk belajar dari kejadian ini iaitu orang awam tidak boleh mengulas di media sosial berkenaan sesuatu kes yang sedang berjalan di Mahkamah apatah lagi jika OKT masih belum disabitkan bersalah.
Lihat, betapa besarnya kesan jika kita menyebarkan sesuatu yang kita tidak pasti atau fakta yang salah atau juga fitnah kerana ia mudah tersebar dengan cepatnya tanpa terkawal.
Pengajaran Untuk Renungan kita.
1- Fikir dahulu sebelum kongsi. Tiada sesiapa pun yang setuju dan menyokong sebarang bentuk penderaan ke atas kanak-kanak terutamanya kanak-kanak istimewa dan tiada ibu/bapa namun ia tidaklah bermakna kita terima bulat bulat setiap apa yang sampai ke pada kita tanpa usul periksa.
2- Bukan mudah untuk kawal sesuatu yang tersebar dengan lajunya. Terutamanya ia boleh discreenshot walau tanpa tekan butang “share”.
3- “The damage has been done.”Permohonan maaf ini barangkali mampu menghentikan fitnah itu dari tersebar namun tidak mampu membetulkan reputasi/imej seseorang yang telah tercalar/tercemar olehnya.
4- Allah meletakkan akal kita di bahagian kepala untuk kita manfaatkan terlebih dahulu melebihi mulut dan tangan.
5- Dosa menfitnah ini lebih besar dari membunuh. Jika kita melakukan dosa kepada Allah SWT, ia boleh diampunkan melalui pintu taubat.
Tetapi apabila kita melakukan kesalahan atau dosa sesama manusia, kita perlu bersemuka dengan pihak yang difitnah. Selagi pihak yang difitnah tidak memafkan dosa tersebut masih ada.
6- Disebabkan oleh hantaran itu, orang awam dari awal telah jatuhkan hukuman kepada Peguam SB, sampaikan Hakim pun kena fitnah juga kerana dianggap berat sebelah.
7- Rasulullah SAW bersabda : “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah” (HR- Bukhari dan Muslim)
8- Lebih baik kita menjadi neutral. Beri peluang kepada kedua dua belah pihak sampai habis prosiding. Barangkali telahan kita betul, namun tidak mustahil jika telahan kita salah.
9- Masih ada banyak lagi saksi belum memberi kenyataan di Mahkamah. Setakat pemahaman saya baru 6 orang sedangkan jumlah keseluruhan adalah 46.
10- Kita tidak berada di tempat kejadian, melihat kejadian dengan mata dan kepala kita sendiri, kita tidak juga mendengar perbicaraan di Mahkamah sepenuhnya. Jaditu sumber yang kita perolehi bukan secara first hand, ataupun second hand malah third hand.
11- Besederhanalah dalam menerima dan meninggalkan komen.
12- Apa jua berita yang dibaca di media sosial ini, anggaplah ia maklumat mentah yang perlu diproses untuk disahkan terlebih dahulu. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyemak, siasat supaya dipastikan kesahihannya.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda :
“ Seseorang yang menuturkan satu perkataan yang diredhai Allah SWT dengan menyangka ia remeh, namun di sisi Allah ia sesuatu yang amat diredhai-Nya. Nescaya Allah memgangkat darjatnya dalam syurga.
Manakala, seorang lain yang menuturkan perkara yang disangkanya remeh namun menimbulkan kemurkaan Allah SWT, nescaya Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam neraka.”
(Riwayat Bukhari).
Justeru marilah bantu untuk hentikan penyebaran fitnah tersebut dan usah panjangkan lagi.
Semoga kita pelajari sesuatu.
– Shada Mazan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit