Hero Yang Tidak Didendang, Namun Sering Tak Dipandang

First of all, aku nak ceritakan pengalaman aku sendiri sebagai seorang Peruqyah,

Dan aku juga ambil kisah & pengalaman Peruqyah lain untuk memantapkan lagi kefahaman korang berdasarkan tajuk.

Peruqyah atau istilah lain Pengamal Perubatan Islam merupakan Perawat yang menggunakan kaedah membaca ayat Quran & doa doa yang thabit dari hadis sebagai asas utama dalam kaedah perawatannya,

Tidak kisah sama ada bacaan tersebut ditujukan terus kepada pesakit atau ditiup kepada air atau bahan-bahan herba lalu diminum atau dimakan oleh pesakit.

Dan ramai orang ingat Peruqyah ni rawatan berkaitan alam Jin atau alam mistik sahaja.

Sebenarnya tak, sakit-sakit fizikal juga ada kaedah yang menggunakan ruqyah / doa dan sembuh.

Cuma masyarakat hari ni ingat ruqyah ni main “baca baca macam tu dan lepas tu boleh jalan”.

Di sini lah aku nak highlight kan pemikiran masyarakat betapa “second class” nya anggapan tersebut kepada Peruqyah.

Macam kes yang aku jumpa, pesakit menjemput Peruqyah, selesai rawatan, hanya “terima kasih” yang diucapkan.

What? Minyak mereka? Masa mereka? Tenaga mereka?

Bagi yang meremehkan Peruqyah ni, atau salahfaham tentang Peruqyah ni, mereka anggap “baca macam tu je” so dia boleh anggap free.

Ramai tak perasan, kos yang ditanggung oleh Peruqyah untuk melakukan rawatan.

Kos paling tinggi bagi seorang Peruqyah ni ialah “masa” mereka.

Kalau kau order Grab / Maxim pun, kau dah lambat beberapa minit tertentu, kau dah kena cas harga lain pula tau!

Tetapi kenapa berkira sangat kepada Peruqyah sedangkan mereka dah lepaskan kos masa mereka hanya kerana mereka rawat anda.

Bayangkan masa mereka yang sepatutnya mereka boleh luangkan untuk keluarga mereka, atau buat kerja kerja lain, tapi mereka gunakan masa tersebut untuk rawat orang lain.

Tetapi dihargai dengan sekadar ucapan “terima kasih”? Eh?

Benda ni aku nampak isu yang sama dengan guru mengaji atau guru Quran, ada yang dibayar terlalu rendah, contohnya RM30 sebulan,

Harga TopUp sebulan lebih mahal dari bayaran yang dibayar kepada guru mengaji untuk memandaikan anak anak untuk membaca Quran dengan betul!

Tapi sayangnya ramai masih anggap “alaaah, ajar mengaji je” “ajar gitu je” kalau begitu, Sila ajar sendiri atau untuk kes Peruqyah, Sila rawat sendiri keluarga!

Kita tidak setuju dengan mereka yang meruqyah namun meletakkan harga sehingga membebankan pesakit,

Namun janganlah memberi peruqyah dengan nilai yang terlalu rendah sehingga tidak setimpal dengan usaha, masa, tenaga, wang yang mereka korbankan untuk datang kepada anda untuk merawat.

Aku juga nak kongsikan terdapat risiko-risiko yang diperoleh dari seorang Peruqyah walaupun dibayar dengan nilai yang tidak setimpal.

Antaranya ialah, Peruqyah berkemungkinan diserang oleh makhluk-makhluk yang mengganggu termasuk keluarga Peruqyah kemungkinan akan diserang. Sama ada dari penyihir atau makhluk yang mengganggu pesakit.

Jadi, inilah antara harga yang dibayar oleh seorang Peruqyah untuk merawat pesakit.

Antara yang lain ialah kesan kesan sampingan yang perlu ditanggung oleh Peruqyah ialah pada masa yang sama ialah diibaratkan telah campur tangan atau istilah lain menjaga tepi kain orang lain,

Khususnya apabila kes kes gangguan yang melibatkan keluarga dengan ahli keluarga lain seperti kes Saka ataupun sihir.

Seorang Peruqyah akan dibenci oleh golongan-golongan yang dengki kepada ahli keluarga yang disakiti.

Rasanya banyak lagi risiko risiko yang perlu ditanggung oleh Peruqyah. Namun masih ramai menganggap tugas mereka ni macam baca doa ketika majlis , atau taraf second class.

Soalnya, berapa yang kita sanggup bayar di atas pengorbanan mereka?

Masihkah kita menganggap ia hanya sekadara “baca-baca doa gitu je”? Adakah kita menganggap pengorbanan yang mereka lakukan seolah seolah “second class”?

Semoga penilaian kita kepada mereka selama ini berubah dan tidak merendahkan bakti mereka.

Namun tulisan ini TIDAK berNIAT untuk membela mereka yang mengaku ngaku sebagai Peruqyah namun melanggar syarak ataupun golongan yang meletakkan harga yang terlalu membebankan pesakit.

Kita sebagai manusia yang prihatin, hargailah pengorbanan Peruqyah. Kerana sepatutnya mereka yang menjadikan KALAMULLAH iaitu Quran sebagai asas rawatan sepatutnya dari sudut & nilai harga, tak ternilai harganya.

Mereka adalah hero yang tidak didendang, namun sering tak dipandang.

Itu saja. Sekian. Terima kasih kerana membaca.

– Mr Z – Yang Meluah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Jazakallah atas article Tuan.
    Sungguh masyarakat kebanyakkanya bukan sahaja menggangap perawat sebagai “second Class” bahkan tanpa segan silu kurang berakhlak berdepan dengan perawat contoh :
    1.Hadir ke tempat rukyah dengan baju yang tidak menutup aurat dengan sempurna,
    2.Hadir beberapa minit lagi waktu maghrib dengan alasan pergi kenduri
    3.Demand diruqyah perawat yang senior dengan beralasan perawat muda kurang ilmu
    4.Marah marah dikaunter pendaftaran kerana menunggu lama

    – Sebahagian Pengalaman sebagai Peruqyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *