Assalamualaikum readers IIUM Confession.
Ini first confessionku, maaf kalau kisahku ni bercampur bahasa. Plan asal nak ceritakan saja di personal page social media tapi aku takut ianya akan membuka aib mana2 pihak.
Let me introduce myself, seorang wanita berkerjaya umur lewat 20-an dan mempunyai 2 cahaya mata. Aku dibesarkan di kawasan elite Selangor dan dibesarkan serba sederhana.
Ibu ku menjadi tulang belakang family dari dulu sampai sekarang, seorang wanita berkerjaya dalam Umur lewat 50-an. Sangat dikenali dengan gaya nya yang rugged dan free hair. Masih memakai seluar dan skirt atas lutut kemana sahaja sehingga kini.
Tapi ibu ku seorang yang sentiasa solat, tidak tinggalkan puasa dan membayar zakat. Begitulah diriku 7 tahun lepas, bagaimana ibuku bergaya, begitulah aku.
Ayah ku pula seorang yang bekerja sendiri sehingga ke harini, kejap biz okay kejap tak. Aku tak pernah lihat ayah ku solat mahupun puasa sepanjang hidup ku.
And aku paling benci bila di bulan puasa tengok ayah ku beli makanan dan selamba makan di depan kami di siang hari.
And most of the time masa aku masih bersekolah, ayah akan memaki ustaz/ ustazah di dalam TV dan mempersoalkan kewujudan Allah.
So semua boleh agak kan macam mana didikan agama di dalam keluarga ku?
Ibu ku memang pernah hantar aku dan adik lelaki ku ke sekolah agama dan class mengaji tetapi bagi ku, dengan hantar ke class saja tanpa practice membaca di rumah, menjadikan amalan. Ianya agak susah?
Back to my story, aku mula explore dengan dunia luar dari sekolah pada umur 15 tahun. Dah mula pandai untuk ber couple dan mingle around.
Pergaulan macam mat salleh laga pipi, peluk sesama lelaki perempuan itu biasa bagi ku and my parents caught me doing that with my ex boyfriend but they can’t say anything sebab itu juga la gaya mereka bersosial dgan rakan2 mereka.
Aku masih menjaga solat walaupun gaya hidup dan pakaian ku sangat lah sexy. Sampai ada satu masa ex boyfriend ku pernah suggest untuk aku pakai tudung and guess what i said? I won’t wear it because of somebody. Dan dia diam saja lepastu.
Kawan baik ku sendiri pernah cakap ‘kau mesti pakai tudung bila kahwin nanti’ and aku reply ‘aku takkan pakai tudung sebab husband aku’. Dan aku percaya Allah itu Maha Mendengar, setiapa kata2 ku masa itu Allah makbulkan.
So bermula la kisah penghijrahanku yang tak ramai yang tau even my bestfriend. May 2014, masa tahun kedua degree. Aku decide untuk berbuka puasa di masjid Uni, puasa sunat atau ganti pada hari Khamis.
So aku decide untuk pakai tudung saja untuk ke masjid sebab nak berbuka dengan bertelekung nanti kotor pulak kan.
Aku hanya ada tudung sarung untuk buat backup saja sebelum ni so aku decide nak pinjam tudung roommate ku. Dia la yang mengajarku cara pakai tudung masa tu.
Lepas berbuka di masjid aku ada class ganti malam tu and aku rasa macam janggal untuk buka tudung pula masa tu so aku continue pakai ke class ganti.
Fitrah seorang perempuan, kalau ada yang memuji mesti rasa seronok kan? Ada la beberapa kawan perempuan dan lelaki class yang memuji aku bertudung malam tu. But ofcourse, that is not the main reason to continue.
Esoknya hari Jumaat, class bermula agak lambat dan aku masih memikir untuk continue pakai tudung atau tak. Whether just to wear occasionally ke tapi rasa macam confusing pulak kalau kejap pakai kejap tak.
So I decided to continue pakai tudung untuk ke class Jumaat tu dengan meminjam tudung roommate ku lagi.
Selepas memakai tudung beberapa hari, aku pun decide untuk share gambarku bertudung dengan parents. Memang terkejut dorang berdua.
Ibuku sangka kan aku memakai kerana seorang lelaki (padahal aku single masa tu) and even worse, aku dituduh join kumpulan agama extreme, ajaran sesat. Nauzubilah.
Memang sangat awkward, sedih dan confusing sangat masa tu. Aku ditentang menutup aurat oleh kedua ibu bapaku. Sampai la cuti semester, parents datang untuk ambil ku pulang ke rumah aku pon they treat me very cold.
Little did they know, aku pakai tudung ni sebab aku rasa dah banyak dosa yang aku buat and Ayah yang kena tangung. Kakak kesian dekat Ayah nak tanggung dosa kakak tak tutup aurat ni.
Alhamdulilah dalam masa 2-3 bulan baru ibu ayah ku dapat terima keadaanku. Dan dalam tahun yang sama aku berkenalan dengan suamiku dan bernikah selepas 3 bulan perkenalan.
Tiap hari, tiap masa aku doakan kedua dua ibu bapa ku dikurniakan hidayah Allah, menjalankan tanggunjawab sebagai hambaNya dengan lebih baik tapi walaupun sudah bergelar atuk dan nenek, mereka masih yang sama.
Even masa aku kecik, aku doakan supaya aku pergi dulu supaya aku tak dapat tengok bagaimana keadaan ayah ku ketika meninggal sebab aku takut Allah buka aib nya di saat ajalnya nanti, aku tak nak saudara yang lain tau pendirian agama ayah.
Aku pernah juga bertanya pada ibu ku kenapa tak nak pakai tudung. Dia suka tengok wanita ber turban. So i said, why not, you can always start slowly. Tapi dia mendiamkan diri.
Aku pernah mengajak ibu ku untuk menunaikan umrah bersama keluargaku tetapi ditolak di saat akhir. Mungkin belum rezeki ku lagi untuk membawa ibu ku ke Tanah Suci.
Memang orang akan pandang serong bila aku keluar bersama dengan ibu ku, we are very close. Tapi siapa lah kita untuk judge kan?
Mungkin hidayah yang Allah beri padaku ini asbab dari rakan2 atau mereka yang menyindir ku bila melihat diriku solat tetapi free hair 7 tahun yang lalu. Aku bersyukur atas doa2 kalian.
Di bulan Ramadhan yang mulia, di penghujung Ramadhan ini aku memohon semua pembaca IIUM Confession untuk mendoakan hidayah buat kedua ibu Ayahku. Dan semoga kalian juga sentiasa dikurniakan hidayah dan berada di dalam rahmat Allah.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit