Hidayah Dari ‘Kelantan’

Assalamualaikum semua. Aku Min, seorang perempuan bujang berumur 20-an dari selatan tanah air dan sedang bekerja di KL. Cerita aku ni tak panjang sangat, harap sudilah baca ye.

Semasa menyewa di KL, aku dapat roommate dari Kelantan. Nur namanya. Cantik, baik, rajin, peramah.

Senang citer sepanjang sebilik serumah dengan dia langsung takde masalah. Lagi ceria ada laa lepas dia masuk rumah tu. Memang berbeza 200% dari cerita-cerita pasal orang Kelantan yang aku selalu dengar.

Serba sedikit pasal Nur, bagi aku dia seorang yang menjaga agama.

Hari pertama dia masuk bilik tu dia ajak aku solat jemaah. Aku cakap aku tak solat. Dia tanya period ke. Aku cakap malas. Nampak berubah sikit muka dia. Sombongnya aku dengan Tuhan masatu hurm.

Nur ni kalau bab aurat memang jaga, tiap hari dia akan baca quran 10-20ms, solat dhuha sebelum pergi ofis, malam-malam selalu hilang pergi jemaah kat masjid, suka bagi aku dan budak rumah makan.

Tiap pagi aku nampak dia kadang taruk seringgit kadang lebih dalam tabung. Bila aku tanya dia cakap tu sedekah subuh. Hidup dia nampak sangat smooth and happy. Kalau kita tengok dia kan sampai kita pon rasa tenang

Lagi satu kalau dia tegur kita kan, teguran dia tu gaya bersahaja dan lembut buatkan hati kita terbuka tau. Aku pon suka tengok dia dan rasa macam nak jadi baik macam dia.

So aku tekad nak berubah! Sampai bila nak jadi jahil macam ni. Tahu tapi tak amalkan, berdosa nya aku ya Allah!

Aku start ikut dia solat sekali, bukak al-quran mintak dia ajar yang mana aku dah lupa. Slow-slow. Susah tapi aku kuatkan!!

Seriously aku rasa life aku lagi tenang and happy, walaupun ada problem dah tak pening macam dulu. Rezeki pon mudah alhamdulillah.

Nur ada share kat aku beberapa tips and aku nak share kat korang.

1. Sebelum minum air, kau niat dulu. Lepastu setiap kali sebelum teguk baca bismillah habis teguk alhamdulillah ulang dua tu sampai lah habis air segelas tu.

Nur cakap dia dengar ustaz share kalau buat camtu insya Allah lama-lama kita akan tinggalkan maksiat. Aku macam serious lah? Skeptical. Tapi aku try jugak mintak,

“Ya Allah, aku tak nak dah mencarut dan tengok p0rn tolong lah aku”.

Aku ni nama je pompuan tapi banyak mencarut and memang kadang aku tengok p0rn tapi tak sampai tahap ketagih.

And surprisingly weh!! Menjadiiii!!! Happy nya aku alhamdulillah dah lama tak tengok p0rn and mencarut. Kalau tercarut (jarang sangat) rasa berdosa gila cepat² bilas lidah dengan astaghfirullah.

2. Sedekah subuh. Ni raaaaamai dah share kat iium confession. Nur cakap hari-hari bagi seringgit pon dah boleh kalau lagi banyak lagi bagus. Kalau tak sempat subuh buat je bila-bila asalkan sehari tu sedekah

3. Tiap kali pakai skincare depan cermin baca doa tengok cermin dulu pastu baca surah yusuf ayat 4 dalam 3 kali.

Niat ya Allah sembuhkanlah masalah muka, serikanlah dengan cahaya di dunia dan akhirat, niat bagi orang senang tiap kali pandang kita dan moga kat akhirat nanti Rasulullah akan kenal muka kita dan bagi syafaat.

4. Awal-awal aku nak start solat dulu Nur ajar baca doa “Rabbi ja’alni muqimas solah wa min zurriyati rabbana wa taqabbal du’a”. Mintak nangis² dengan Allah supaya dijadikan orang yang menjaga solat.

5. Baca sirah nabi. Sedih betul aku baca Rasulullah dengan sahabat sungguh-sungguh naikkan islam tapi aku jadi camni, rasa bersalah sangat.

6. Doa, doa dan doa! Nak jadi orang baik, mintak diberi hidayah berpanjangan dan m4ti dalam islam insya Allah.

Terima kasih Nur, terima kasih Allah. Kadang aku rasa macam Allah hadirkan Nur tu sebagai salah satu jalan hidayah kat aku. Alhamdulillah sekarang aku dah berjaya solat penuh tiap hari baca quran pon dah boleh.

Itu saja perkongsian aku, harap bermanfaat untuk semua. Doakan aku istiqamah untuk terus jadi baik dan moga kita semua berubah ke arah lebih baik. Keep spreading positivity gaiss.

– Min (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *