Hidayah Keluarga

Assalamualaikum. Terima kasih jika tersiar. Saya Aimi, hampir menjangkau 30-an. Saya nak kongsi rasa sikit pasal confession yang saya baca, tentang keluarga tak sempurna.

https://iiumc.com/cemburu-dengan-keluarga-yang-sempurna-ibadah/

You are not alone sister. And i know betapa peritnya rasa bila kita malu hakikat keluarga sendiri.

Mungkin keadaan saya tak serumit sis, tapi saya faham rasa sis. Saya anak bongsu dari 5 beradik. Keluarga saya bahagia, dari kecil mak hantar kami mengaji di masjid, sekolah macam biasa.

Mak ayah pun orang kampung, mak macam biasa pakai tudung, baju kurung. Kami pun adik beradik perempuan, dah besar pakai tudung macam orang kampung yang lain.

Cuma kami tak pernah diajar tutup aurat sempurna. Maksud saya mak tak pernah larang pun, pakai sua ketat ke apa.

Kami takda la sexy sangat, tapi pakaian kami tak sempurna. Sekadar asas, pakaian orang melayu. Bukan pakaian muslimah. Panjang background family saya. Sekadar gambaran.

Saya nak kongsi kisah saya dan hidayah. Dari kecil saya dapat kasih sayang yang sempurna dari mak. Mak la segala-galanya. Saya rasa saya bertuah, Allah bagi kefahaman lebih sikit.

Masa umur 6 tahun saya dah pandai mengaji quran, darjah 1 saya dah tamat mengaji di masjid dekat kampung. Mak ayah saya tak pandai mengaji. Mak saya tak sekolah. Tapi berkat mak hantar saya belajar ngaji, saya jadi pandai.

Fast forward, bila saya dah sekolah menengah ada abang ipar duduk serumah dengan kami. Mak tak pernah suruh kami pakai tudung dalam rumah. Jadi tak ada kebiasaan begitu dirumah kami.

Bila saya dah masuk U, saya macam dapat hidayah, saya suka baju muslimah, tudung besar, saya pakai stokin, handsock. Saya rasa cantik jadi muslimah sejati. Alhamdulillah.

Tapi bila balik rumah, mana ada orang pakai tudung dalam rumah kami. Saya rasa berdosa tak pakai tudung dan malu juga nak mula begitu. Timbul rasa sayang pada mak ayah, kesian ayah tanggung dosa saya.

Tiba satu tahun tu,saya akan sambut Ramadan di rumah. Cuti sem. Jadi saya nekad, nak mulakan perubahan diri. Nak jadi berani, dan saya berjaya.

Mulanya, waktu sahur, abang saya tanya, kenapa pakai tudung pepagi hari ni? Saya senyum jer. Lama² orang faham. Dan paling best, kakak2 saya yang lain pun ikut sama pakai tudung dalam rumah yang ada abang ipar. Syukur ya Allah.

Dipendekkan cerita, saya dilamar seorang ustaz di tempat kerja saya.

Saya tak baik, tapi Allah anugerahkan sesuatu diluar jangkaan saya. Saya memang beperwatakan muslimah, tapi keluarga saya bukan orang “soleh”. Saya tak mampu nak terima lamaran tu.

Saya tak nak ustaz tu, berjodoh dengan orang macam saya. Saya takut dia terkejut tengok keluarga saya. Memang la mak saya bukan free hair, tapi saya ada rahsia keluarga yang saya tak pernah cerita pada sesiapa.

Saya maklum pada ustaz tu, saya bukan dari keturunan yang baik2. Dia kata takpa, dia suka pada orang yang nak jadi baik. Akhirnya kami kahwin.

Saya rasa sangat bertuah bersuamikan dia. Dia imam sempurna untuk saya. Kami jemaah dan ngaji sama2 setiap hari. Lebih kurang seminggu lepas saya kahwin, usai solat maghrib, saya bagitahu suami saya ada sesuatu nak share.

Kami tak bercinta sebelum kahwin. Jadi banyak benda yang suami tak tahu pasal saya apatah lagi keluarga. Susah untuk saya jelaskan, air mata asyik nak mengalir. Suami tenangkan dan bagi semangat

“Abang terima isteri abang secara keseluruhannya, baik buruk, ini isteri yang Allah anugerahkan pada abang. Ceritalah, abang tunggu” sambil senyum.

Allah. berderai lagi air mata ni.

Saya berbelah bagi nak kongsi apa yang dah lama terbuku di hati, rahsia yang tak pernah saya cerita pada orang dan lepas kami kahwin, penat saya cover line. Tapi saya dah tak mampu, hakikat ni perlu diketahui suami saya. Saya mula bicara dalam linangan air mata,

“Seumur hidup saya, saya tak pernah tengok ayah solat”.

Terhenti disitu, dan saya tak dapat teruskan bicara. saya tak tahu apa yang suami fikir tentang saya dan keluarga. Saya terus menangis semahunya.

Memang dari kecil mak dan kami jer yang solat. Tapi ayah memang tak pernah solat. Sampai saya menangis masa kecil2 bila ada majlis solat hajat di sekolah. Tapi saya tak pernah ada kekuatan nak tanya mak kenapa ayah tak solat.

Saya tahu ayah bukanlah yang paling buruk, ada lagi ayah orang lain lagi terok. Tapi sejujurnya saya malu.

Bukan tu saja sejak saya pandai puasa masa sekolah rendah, kami semua adik beradik puasa, tapi tidak ayah. Ayah makan dirumah seperti hari biasa. Lauk sahur kami, mak akan tinggal sikit untuk ayah. Terok kan. Dari kecil hati saya membentak-bentak tengok semua ni.

…….

Suasana sepi menyelubungi kami selepas perkongsian itu seberapa ketika. Suami dakap saya, saya menangis semahunya.

“Takpa. Kita doakan hidayah untuk ayah, insyaAllah. One fine day”

Allah. Hebatnya Allah. Terima kasihnAllah lapangkan hati suami terima saya seadanya.

Tapi, surprisingly, lepas 2 bulan kami kahwin kami adakah majlis baca yasin masa birthday ayah. Kami solat sama2 dirumah. Saya cuma maklum pada mak suami saya nak buat majlis untuk ayah.

Haritu ayah solat. Saya terkejut, menangis dalam gembira. Tapi saya fikir ayah buat sebab malu kat menantu ustaz. Mungkin harini jer ayah solat. Tapi saya silap, selepas hari tersebut ayah wajib ke masjid setiap kali maghrib.

Allahuakbar. Ini adalah hadiah paling besar dalam perkahwinan kami.

Sahabat semua, hidayah itu milik Allah. Mintalah padanya. Orang yang tak duduk dalam family macam ni tak akan faham, hanya yang ada dalam kasut yang sama akan faham.

Do our best, and Allah will do the rest.

Akhir ramadan ini, doakan moga Allah kurniakan hidayah untuk kita semua.

Kini usia perkahwinan kami sekitar 7 tahun. Dan saya istiqamah dengan hidayah asbab hari tersebut. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih atas nikmat ini.

Doakan kami dikurniakan anak soleh. Masih menanti dalam Ramadan mulia ini.

Syukurlah, nanti Allah tambah.

– Aimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *