Terima kasih jika confession aku disiarkan .
Aku baru jejak alam universiti . Apa yang aku nak sampaikan ni untuk memberitahu bahawa hidayah itu akan diperoleh jika kita usaha .
Masa form 3 dulu kan ada ujian besar , aku lah first batch untuk PT3 . Dulu aku dgn family solat terabur gila . Solat bila sakit teruk , bila susah , bila sempit , bila stress . Tapi jika dilihat dari zahir , family aku tutup aurat (even tak perfect) , kalau bercakap pun lembut , baik , pemurah , benda haram memang tak sentuh langsung . Kiranya , kalau kami ckp kami tak pernah solat , orang takkan percaya .
Kalau jumpa dengan sedara mara , pergi balik kampung , barulah aku jumpa telekung . Barulah ibu bapa aku solat . Baru lah “aku disuruh untuk solat”.
Jujur aku cakap , masa aku form 3 baru aku pandai solat . Baru hafal doa qunut , takhiyat awal dan akhir .
Seingat aku , semua ni mula sebab ustaz aku . Dia selalu pesan kat kami untuk sentiasa baca surah Kahfi setiap hari jumaat . Ada satu hari , aku rasa stress , kecewa dan sedih . Tiba-tiba teringat pesan ustaz aku . Aku pun cari Al-Quran , jaket(untuk tutup lengan) , dengan tudung sarung . Aku masuk bilik , lepastu kunci . Aku cari surah kahfi , lepastu baca dgn perlahan sebab takut parents aku dengar . Since then , setiap hari jumaat , aku akan baca surah Kahfi.
Tak lama lepastu aku perasan , apa sahaja yang aku nak atau hati aku terdetik , mesti aku dapat . Contoh , hati aku tiba-tiba terdetik “Dah lama tak makan KFC” . Lepastu , suddenly bapak aku bawak satu family makan KFC untuk dinner . Padahal aku tak minta kat bapak aku . Benda-benda mcm ni buat aku untuk terus baca surah kahfi setiap hari Jumaat . Mulanya , bacaan aku tunggang langgang . Tapi entah mcm mana aku tetap bersungguh baca .
Next step , aku mula google cara-cara untuk solat . Mula hafal surah , hafal bacaan dalam solat . Lepas aku dah yakin , aku mula solat . Tapi dulu aku solat maghrib je . Subuh , Zohor , Asar , Isyak semua tinggal . Bila aku dah konsisten Maghrib , aku try untuk konsisten untuk solat 5 waktu. Aku ingat lagi dulu aku sumbat earphone masa solat untuk hafal doa qunut . Aku record bacaan doa qunut , lepastu aku dgr masa solat . Aku cari buku panduan solat untuk perempuan dalam rumah . Aku baca dan hafal . Sendiri . Sorang . Dalam bilik yang dikunci .
Lepas aku solat , mcm biasa aku doa . Amazingly , hampir 90% doa aku dimakbul oleh Allah SWT . Padahal solat aku belum sempurna , Subuh masih tinggal , doa qunut tunggang langgang . Aku sedar , aku nampak semua tu . Facebook , Twitter , Instagram aku pun mula penuh hal-hal berkaitan Islam . Hati aku mula rasa lapang , hubungan dengan manusia(keluarga dan kawan) makin erat . Alhamdulillah . Even Ibu bapak aku pun mula untuk solat , ajak berjemaah sama-sama . Aku rasa sebab aku doa , ataupun mereka nampak aku solat ? Aku tak pasti .
Nak berubah sebenarnya senang , nak KONSISTEN itu payah . Result PT3 aku tidak seperti yang aku harapkan . Aku mengaku aku kemurungan about 2 weeks . Sebut je result , aku menangis . Tapi ibu bapa aku tak nampak yang aku sedih . Aku menangis pun sorang , dalam bilik . Aku bukan jenis orang yang boleh menangis depan orang ramai . Aku sejenis pemalu . Sakit aku , aku tanggung sorang . Allah duga aku masatu . Solat aku mula terabur . Al-Quran tak pegang dah . Lepas aku okay , mula aku sedar . Aku sepatutnya lebih dekat dgn Allah , bukan aku jauh dari DIA . Aku kena bersyukur sebab result aku tak teruk mana . Most of my friends , dpt banyak A , tapi gagal dlm certain subject . Tapi aku ? Tiada fail langsung . Aku bersyukur juga sebab ibu bapa aku sejenis yang support.
Alhamdulillah dengan result PT3 , aku layak masuk aliran sains . Kelakar kan ? Aku punyalah kemurungan , sedih lama-lama , Allah makbul jugak doa aku sebenarnya . Daripada itu , aku mula konsisten dalam solat . Family aku pun sama . Aurat aku jaga sikit-sikit . Aku minta kat ibu bapa untuk beli stokin , baju lengan panjang , Al-Quran aku sendiri and banyak lagi . Aku ada adik , dia kecil lagi . Aku ajar dia solat dengan baca Al-Quran dari kecik lagi . Aku tak nak dia jadi mcm aku . Aku dulu tiada siapa nak ajar melainkan cikgu kat sekolah . Itu pun aku tak reti solat jugak . Tak lama lepastu , ayah aku mula ambik alih untuk ajar adik untuk solat . Alhamdulillah .
Masa aku nak SPM , aku hari-hari doa ” Ya Allah berilah aku result yg baik , dan dpt membanggakan kedua orang tua ku” . Akhirnya aku dpt membanggakan ibu bapa aku sendiri . Walau pada aku , result yang aku dpt tak hebat mana . Anugerah sekolah pun tak dapat , tapi aku dpt rasakan yang ibu bapa aku bangga . Mereka sangat bangga . Ibu aku menangis masa aku bagitau result aku . Aku juga sedar sebenarnya apa sahaja yang kita nak , kita kena usaha dan doa secara berterusan . Hari-hari ulang doa sama . Bila kena waktunya , Allah bagi . Kita jugak kena SENTIASA BERSANGKA BAIK TERHADAP ALLAH SWT . Allah tak bagi , mesti ada sebab . Tak pun , mungkin dosa aku banyak sangat , sebab tu Allah tak layan permintaan aku . Benda ni yang aku selalu set kat otak .
Bila aku fikir balik , banyak dugaan yang kita kena tempuh untuk mencapai sesuatu yang baik . Aku dulu masa percubaan SPM , result aku ada yang gagal jugak , padahal classmate aku semua lulus je . Tapi aku teruskan beribadah dan memohon kepada Allah . Aku tak kisah apa nak jadi , asalkan aku konsisten beribadah . Allah jaga aku .
So sekarang aku berjaya masuk Universiti dalam course yang aku minat . Padahal course tu punyalah payah gila nak masuk . Disebabkan aku tak henti doa , aku dapat . Nampak tak sebenarnya Allah sayang kita ? Jangan sombong dgn Allah . Dia dengar sebenarnya , luah je segala apa dalam hati tu . Aku harap berterusan lah aku solat . Konsisten lah hendaknya . Begitu jugak dengan family aku . Seronok tengok orang buat umrah mcm Nabil , Vivy , dgn Zizan Razak . Harapnya aku dijemput juga ke sana , begitu juga dengan korang yang baca confess aku ni .
Doakan aku dgn family konsisten , beribadah dengan lebih baik dan aku berjaya di alam universiti ini . Thanks :)
Biar nadi ku terhenti , demi ke syurga .
– Peminat FT
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit