Hidayah Milik Mu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya buat confession ni khas dari pengalaman ibu saya. Saya harap admin terbuka hati untuk approve confession saya ni. Terima kasih.

Peristiwa ni berlaku semasa saya dilahirkan, lebih kurang 19 tahun dulu. Nak dipendekkan cerita, ibu saya terus dimasukkan ke dalam labour room walaupun dia baru saja sampai ke hospital. Alhamdulillah, tak sampai satu jam, saya selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi. Dan ayah saya lah yang menemani ibu saya sepanjang saat kelahiran (thanks papa ehehe). Selepas ibu selamat bersalin, saya dan ibu ditempatkan di dalam wad biasa. Dan disitulah bermulanya titik pertemuan antara ibu saya dengan wanita india yang tidak disangka sangka.

Ibu dan wanita india itu ditempatkan di katil sebelah menyebelah. Kemudian, ibu terlihat wanita itu menangis dan meraung sambil memegang kepala katil sebab menahan sakit yg teramat sangat. Kata wanita itu, dia sudah berada di wad itu selama 2 hari tetapi masih juga tidak boleh bersalin. Sambil menangis, wanita itu meluahkan rasa dekat ibu saya, “dengki saya tengok adik sebab senang je bersalin. Masuk2 wad terus bersalin. Saya pulak dah 2 hari tahan sakit tapi still tak boleh bersalin. Doktor bagi tempoh masa sampai malam ni, kalau tak bersalin juga, saya kena bersalin secara pembedahan dekat hospital besar”. Walaupun ibu saya teramat letih lepas melahirkan saya, dia tetap melayan keluhan wanita itu tadi kerana dia berasa terlalu kasihan. Ibu saya pun tak tahu nak buat apa untuk meringankan rasa sakit serta menenangkan wanita itu.

Kemudian ibu saya pun terfikir cara macam mana nak tolong wanita itu. Suddenly, timbul satu idea dalam fikiran ibu saya. Ibu saya memegang perut wanita itu sambil berkata, ” macam ni lah, awak doa dengan tuhan awak, saya pula doa dengan tuhan saya. Kita sama-sama minta dengan tuhan kita semoga awak bersalin dengan selamat. Lepastu ibu saya ambil minyak selusuh yg ibu saya buat sendiri dengan mencelupkan jari manis wanita itu ke dalam minyak selusuh. Lalu ibu meminta wanita itu menitikkannya ke dalam mulut sambil berdoa. At the same time, ibu saya pun turut berdoa. Yang selebihnya, ibu saya menyapu minyak itu di perut dan belakang badan wanita itu sambil diperhatikan oleh suami wanita tersebut. Ops, lupa nak bagitau (hehe)yang suami dia juga turut menangis semasa ibu saya cuba menenangkan wanita itu.

Malam itu, selepas ibu saya mengurut wanita itu, ibu saya pun tertidur bersebelahan dengan saya sebab terlalu letih. Lebih kurang jam 4 pagi, ibu saya terjaga sebab saya menangis. Kemudian, ibu saya pusingkan badannya menghadap katil sebelah dan ternampak wanita itu tersenyum sambil merenung ke arah saya. Dan yang paling mengejutkan ibu saya, ada baby boy di sebelah wanita tersebut. Rupa-rupanya wanita itu sudah bersalin di malam itu ketika ibu saya tertidur kepenatan. Esoknya, ibu saya sudah dibenarkan keluar dari wad. Sebelun keluar, mereka bersalaman. Dan suami isteri itu mengucapkan terima kasih yg tak terhingga.

Selang beberapa bulan, ibu saya dikejutkan dengan satu berita yg tak disangka sangka. Ayah saya beritahu bahawa ada orang kirim salam kepada ibu saya. Lalu ibu tanya, siapa orang tu. Kemudian, ayah saya pun cerita semuanya. Ada orang datang dekat tempat kerja ayah saya iaitu sepasang suami isteri india. Mula2, suaminya memberi salam “assalamualaikum”. Ayah saya pula menegur ” jangan buat main dengan salam”. Lalu suami wanita itu pun membuka topi keledar yg dipakainya. Dan barulah ayah saya nampak suami wanita itu memakai kopiah. Lalu terpandang isterinya yg memakai sari sambil kepalanya ditutup dan tak ada sebarang tanda didahi dan dikepala yg melambangkan agama mereka. Jujur ayah saya kata, wajah mereka teramat bersih dan tenang. Lalu kedua dua mereka cerita yang mereka sudah memeluk Islam.(ya Allah indahnya caturan Mu). Ibu saya yang mendengar cerita itu berasa amat terharu dan rasa macam mimpi. Ibu saya amat bersyukur di atas perkhabaran itu.

Dengar cerita, mereka sekeluarga dah berpindah and kami lost contact dengan mereka. Ibu saya amat berharap agar dapat berjumpa semula dengan kedua dua insan istimewa ini.

Maaflah kalau confession saya ni agak panjang, sebab saya ni suka menulis ehehee. Kesimpulan dari story ni, saya harap kita as muslim dapat saling membantu antara masyarakat even though tidak sama agama atau berbeza warna kulit sebab Allah dah menjanjikan keindahan yg tersendiri di sebalik kebaikan kita. In shaa Allah .

Thanks sebab sudi meluangkan masa for this short confession from me (or too long??ehehe) maaf kalau ada tersalah kata ya. Kosong kosong.

– Syaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *