Hidayah Untuk Aku

Assalamualaikum wbt. Baru2 ni negara sedang digemparkan dengan insiden seorang aunty india terjatuh dalam tanah jerlus tu kan.

Ada la saya baca di media sosial, salah seorang lelaki disitu memeluk islam selepas insident tu. Tak pasti kesahihannya.

Cuma bila dengar pasal tu, tiba2 saya rasa macam nak cerita pengalaman saya memeluk islam melalui cerita tamil.

Cumanya cerita saya sangat panjang, harap pembaca tak bosan baca.

Apa pun saya dahului dengan ucapan terima kasih buat admin IIUM Confession andai sudi siar cerita ini. Dan terima kasih buat yang sudi baca.

Orang kata hidayah ni datang tak disangka2 kan. Ajaib sangat hidayah ni. Dari sekecil scene dari cerita tamil buatkan kepercayaan saya pada Allah meningkat.

Untuk pengetahuan pembaca, saya ni memang kaki tengok movie. Dan yang kerap saya tengok adalah cerita tamil.

Tak kira cerita lama ke baru ke, asal cerita tamil apa pun saya layan ja. Kira saya ni memang gila movie tamil la senang cakap.

Bagi yang selalu tengok cerita tamil, mesti anda faham, negara india ada orang islam banyak jugak.

So kadang2 tak terlepas scene2 dalam masjid ka, atau scene berkaitan orang dan agama islam.

Dari movie tu saya belajar, orang pandang tinggi pada wanita islam di negara tu berdasarkan scene dalam movie.

Contohnya wanita islam di sana pakai jubah hitam dan purdah. So yang pakai purdah, lelaki2 macam respect. Tak berani nak dekat2. Actually ada banyak scene dalam movie buatkan saya tahu sikit2 pasal islam.

Then ada satu cerita lakonan arya kalau tak silap saya. Tak ingat tajuk. Dia cerita dua zaman.

Satu zaman dulu, dan satu lagi zaman sekarang. Cerita tu pasal conflict agama dan perang tak salah saya.

Ada satu scene dalam movie tu, kira scene zaman dulu. Di kampung tu ada indian dan muslim.

Geng muslim ni masa tu baru balik haji kot. Zaman tu kena naik kapal laut. Masa tu tentera british dapat serang kapal tu dan tangkap semua orang islam tu.

Kemudian, telinga mereka dipotong dan dijahit telinga babi. Bagi tujuan untuk menghina agama.

Masa tu orang2 india di sana rasa sangat marah. Mereka maki2 dan memberontak. Dan satu orang ni cakap,

‘Tahu tak dalam dunia ini, orang yang pergi haji adalah orang yang sangat suci. Tergamak mereka menghina orang yang pergi haji tu dengan jahit telinga babi’

Dialog dalam movie tu ada tinggal kesan dalam hati saya. Sebab ia buat saya percaya, orang yang pergi haji adalah orang yang paling suci dalam dunia.

Masa tu saya tak tahu kenapa. Tapi lepas tu baru saya tahu. Rupanya pangilan haji ni tak semua orang dapat walaupun dia islam atau kaya.

Rupanya yang pergi haji tu Allah jemput. Yang bertuah saja dapat pergi.

Tapi saya tahu, saya mana boleh pergi haji. Tempat tu terpelihara hanya untuk islam. Dan tempat tu tempat paling suci dalam dunia.

And ada banyak lagi scene2 menarik berkaitan islam dalam movie tamil. Kalau saya nak mention terlalu banyak.

Sebab ada jugak scene azan dalam cerita lama lakonan visu dan director visu jugak. Saya tak ingat tajuk pulak. 90s movie.

Tapi dalam scene tu, orang tu macam diam bila ada azan dari masjid tu. Lepas habis azan orang sambung gaduh.

Kira islam sangat di hormati. Orang diam bila azan, walaupun orang itu lain agama.

Sebenarnya scene azan dalam cerita tamil ada dalam banyak movie jugak. Ada satu cerita, polis tu terdengar suara azan. Then dia kata Allah akan bagi dia petunjuk berkaitan kes dia tengah siasat.

Kemudian scene2 dalam masjid, cara mereka solat dan sebagainya. Ada jugak cerita lelaki tu nak belajar pasal islam.

Then dalam cerita bashah rajikhan, cerita prabhu deva ada tiga agama. Dua ni ada scene solat dan doa.

Masa tengok scene orang solat, saya rasa tenang sangat. Sebab mostly orang lelaki dalam scene solat tu berpakaian putih.

Tapi saya nak mention pasal dua scene dalam dua buah cerita tamil yang agak famous jugak. Yang akhirnya buatkan saya mengucap shahadah.

Cerita pertama, tajuk thirupachi. Lakonan vijay. Cerita pasal hubungan seorang adik dan abang.

Kalau yang pernah tengok cerita ni mesti tahu kan. Ada satu scene, vijay dan kawan dia pergi ke satu kampung.

Actually scene tu scene komedi ja. Masa tu sekumpulan orang indian nak sembelih kambing.

Vijay dan kawan dia pergi buat kacau bilau masa tu. Kemudian group tu tangkap vijay dan kawan dia nak sembelih mereka berdua.

Masa tu vijay tiba2 cakap Allahuakbar. Terkejut la kumpulan indian tu. Sebab mereka ingat vijay dan kawan dia tu agama islam.

Padahal vijay spontan terkeluar kalimah tu kerana panik nak kena sembelih. Dalam cerita tu dia agama hindu.

So kumpulan tu tak jadi nak sembelih mereka berdua. Kerana dalam kampung tu, hindu dan islam hidup macam adik beradik. Kalau bunuh orang islam nanti jadi isu.

So terselamat la vijay dan kawan dia tu. Masa tu vijay cakap dekat kawan dia, Allah dah selamatkan kita.

Scene kedua. Dari movie bertajuk jackpot. Lakonan revathi dan jothika. Ada satu scene dalam movie tu, dua orang ni terperangkap dengan orang jahat.

Masa tu revathi dah risau. Dia cakap mati la kita. Tapi jothika cakap, jangan risau Allah akan selamatkan kita.

Kenapa saya cakap dua scene ni sangat bermakna untuk saya. Sebab dua scene ni menekankan pada saya, bahawa Allah sentiasa akan selamatkan manusia dari bahaya.

Secara tak langsung saya yakin dan percaya Allah tu ada. Saya percaya Allah akan keluarkan kita dari kesusahan.

Satu hari macam tu la, malam dekat 11 lebih. Saya kena lalu satu lorong untuk ambik kereta. Masa tu ada beberapa anjing liar.

Saya sangat takut sebenarnya. Sebab anjing tu nampak sangat garang dan berbahaya. Dah la saya seorang masa tu.

Masa tu automatic saya teringat dua scene tu. Kemudian saya cakap dalam hati, jangan risau Allah akan selamatkan saya.

Kemudian saya ulang2 cakap, Allah selamatkan lah aku. Sampai la saya sampai ke kereta dengan selamat. Anjing2 tu tak buat apa la. Just pandang2 menyalak, tapi tak serang.

Kemudian lama jugak la saya guna kalimah Allah selamatkan la aku dalam apa2 situasi menakutkan.

Contohnya semasa naik flight, semasa cuaca buruk, semasa saya tak sihat. Sampai benda tu dah jadi rutin dalam hidup saya.

Nak keluar rumah ja terus saya akan sebut Allah selamatkan la aku. Saya sebut tu berulang2.

Sampai satu hari saya balik kerja dekat 10 malam macam tu. Masa tu saya lalu satu kawasan ni.

Tiba2 saya nampak ramai orang2 islam keluar dari masjid. Lelaki dan perempuan. Yang perempuan banyak pakai telekung kat kepala. Mostly warna putih.

Masa tu bulan puasa. Mereka tu habis solat terawih. Di hadapan masjid tu ada 7e. Saya masa tu pergi 7e nak beli barang.

So ramai jugak orang islam pergi 7e tu jugak. Tapi deret tu ada kedai mamak jugak. And ada tealive.

So untuk segenap masa, kawasan tu penuh dengan orang islam yang berpakaian sopan la. Ada lepak kedai mamak, ada beli2 air.

Budak2 pun ramai ja. Seronok la tengok mereka bersuka ria. Gelak2 happy2.

Masa tu saya perhati mereka2 ni, hati saya rasa sejuk sangat. Kemudian masjid tu masih ada sembahyang. Saya dengar bacaan2 tu. Cuma saya tak faham.

Tapi hati saya rasa macam bestnya. Saya terdetik kalau la saya pun dapat jadi macam mereka ni..

Sebab saya dapat rasa satu ketenangan luar biasa. Muka semua di situ orang nampak tenang saja. Nampak bersih dan berseri.

Akhirnya 2022, saya official become a muslim. Perasaan tu tak reti nak cakap macam mana. Air mata ni menitik tak berhenti.

Sekarang saya tulis ni pun rasa sebak bila terkenang saat saya ucap shahadah tu.

Tapi sampai sekarang doa ‘Allah selamatkan la aku’ tak pernah henti dari mulut saya. Tu dah jadi doa wajib dalam hidup saya.

Allhamdulilah, Allah bagi saya pekerjaan yang baik. Pendapatan yang selesa. Dengan izin Allah, saya dah pergi umrah dua kali dengan rezeki yang Allah bagi.

Cumanya saya belum dipangil untuk mengerjakan haji. Doakan saya dapat sempurkan rukun islam kelima.

Macam saya cakap, ada duit pun belum tentu dapat jadi tetamu Allah yang suci. Saya pernah mohon melalui swasta, tapi belum ada rezeki. Sebab kuata dah penuh.

Oh ya, last sebelum penutup saya nak share satu lagi scene dari movie. Tajuk dia farhana.

Opening cerita ni ja dia tunjuk scene orang tu solat tahajud.

Sekali lagi scene tu memberi satu ketenangan yang mendalam dalam hati saya. Ambik wuduk, solat, doa. MasyAllah betul2 rasa nikmat.

Tapi saya masih belum mampu nak buat tahajud setiap hari. Tengok dalam movie rasa best. Tapi2 kadang tewas jugak nak bangun gara2 kepenatan. Moga Allah ampunkan saya.

Apa2 pun doakan saya sentiasa dalam istiqamah ya. Akhir kata, mohon maaf andai ada tersilap bahasa atau tersalah ayat.

Ingat, Allah pasti akan selamatkan kita. Assalamualaikum..

– Mulk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Semoga confessor diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, syurga yang terbentang luas kelak. Amin.

  2. Alhamdulillah. Semoga kita semua dikurniakan hidayah dan dipermudahkan menunaikan ibadah kepada yang Maha Esa. Semoga kita semua mendapat jemputan oleh Allah S.W.T untuk menunaikan ibadah umrah dan haji.

  3. Alhamdulillah.
    Benar lah HIDAYAH MILIK ALLAH. JOM BERSAMA SAMA kita BERDOA agar Allah kurniakan kpd kita istiqomah dlm melakukan ibadah kpd Allah.
    Jom amalkan doa Nabi bacakan kpd Anas : bermaksud :Ya Allah bantulah aku supaya dpt selalu Menyebut nama Mu, Mengingati nama Mu, bersyukur kpd Mu & Membaguskan ibadah ku kpd Mu.

  4. Alhamdulillah syukur, awk dpt hidayah utk memeluk agama Islam, walau pon melalui cerita2 Tamil.. macam2 cara, klaw Allah nk bagi hidayah tu.. betul kta awk, kdg2 saya terfikir juga, untung jadi ‘hamba’ Allah ni, kita sentiasa dalam peliharaan-Nya.. walau pon kita diuji, tetap ada ‘hikmah’ di sebalik semua itu, cuma kita perlu ‘bersangka baik’ dgn semua ketentuan dari-Nya.. bila kita rasa ‘sukar’ dlm hidup, kita mohon pertolongan dari-Nya, paling tidak pon, klaw katakn lah semua org tidak mnyukai kita, sbg seorang islam, kita masih mempunyai Allah sbg ‘teman’ dan pelindung kita, sampai bila2.. semoga kita sentiasa bersyukur & istiqomah selalu.. wallahu a’lam..

  5. Alhamdulillah. Allah telah beri anda hiidayah dan anda adalah manusia pilihannya. Allah yg pilih jalan kehidupan kita dan anda salah seorg yg bertuah. Teruskn muhasabah diri dan istiqamah ke jalan Allah.

  6. Subhanallah alhamdulillah Allahuakbar..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yg tersirat dan tersurat.amib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *