Assalamualaikum, terima kasih Admin kerana mensiarkan coretan basiku.
Anggaplah namaku Hidayah, moga hidayah juga kuperoleh untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik.
Aku bukan budak sekolah aliran agama, tapi aku bercita-cita nak lihat biah solehah dalam kalangan masyarakat Malaysia sebelum aku mati. Bila dengar ni mesti orang kata aku bajet lebih. Tapi itulah yang aku nak.
Dan aku yakin, ini harus bermula dari individu itu sendiri. Aku, kau, dia dan kita semua. Aku bukan budak baik pon, cuma aku yakin, Islam itu syumul. Aplikasikan Islam dalam seharian hidup kita, InsyaAllah pasti indah di akhirnya.
Hakikatnya, zaman awal remajaku, aku hanya seorang atlet cikai yang masih mencari visi hidup. Masaku terisi dengan latihan, pertandingan dan kem selain pergi ke sekolah. Hujung minggu di tempat latihan, waktu sekolah pula aku akan siapkan kerja sekolah sampai siap dan akan pulang ke rumah adakala jam 6.30 petang, saing pelajar sesi petang balik. Namun aku bukanlah pelajar A penuh dalam kertas keputusan pon.
Aku ambil STPM sebab aku hanya dapat tawaran dari politeknik sahaja, sebab SPM aku cukup semua huruf ABCDE, Alhamdulillah tiada yang gagal. Aku tolak (tak pergi) politeknik kerana aku ikut tradisi abang dan kakak2 aku yang ambil STPM dan aku nak hadiri latihan. Tiada sebab lain.
Masa STPM inilah aku tersedar, aku sangat tak jaga batas pergaulan semasa hadiri kem sukan (anjuran majlis sukan negeri). Aku tertanya sendiri kenapa seorang jurulatih sukan lain (lelaki) tak terima salam kami yang perempuan. Dan pasukan di bawah jagaan jurulatih tersebut, manis-manis ja yang perempuannya bertudung labuh berbaju longgar hatta kami pakai baju tajaan, mereka memilih saiz yang lebih besar! Malah pasukan mereka cemerlang dalam tugasan yang diberikan.
Namun aku masih aku selepas itu. Habis STPM aku dapat tawaran ke UiTM buat sarjana muda. Sebenarnya aku doa sangat aku dapat A untuk subjek sains sukan, siap kirim doa daripada cikgu subjek tersebut yang menunaikan umrah. Alhamdulillah aku dapat, namun aku tak sambung jurusan sains sukan pon, sebab aku rasa aku tak mampu jaga diri sendiri jika ambil jurusan tersebut.
Bila aku dapat tahu aku dapat tawaran UiTM, aku jadi berfikiran negatif, sangat risau aku tak mampu jaga diri. Mesti korang pelik, tak kan umur dah 20 tahun, tak tahu jaga diri. Sejujurnya aku belajar berdikari agak lewat, itupon sebab duduk asrama di sekolah perempuan masa STPM. Ohya, lupa nak cakap aku ambil STPM di sekolah yang lain. Masa tingkatan 1 hingga 5 aku sekolah harian biasa. Sekolah tersebut tak ada tingkatan 6. Jadinya, pindah sekolah lain.
Masa daftar UiTM,aku melangkah masuk dengan sedikit doa agar aku dapat kawan2 yang baik, sebab aku nak jadi baik juga. Masa di UiTM lah aku mengenali kakak2 yang baik, ajak hadiri program universiti yang baik (ceramah agama dan halaqah).
Alhamdulillah masa itulah aku mula belajar agama semula. Malah, di UiTM jugalah visi hidupku terbentuk, dan aku percaya ia pasti berlaku pada suatu hari nanti.
– Hidayah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit