Hidayah Untuk ‘Hidayah’ II

Untuk part I, boleh baca di sini, (https://iiumc.com/hidayah-untuk-hidayah/).

Assalamualaikum. Anggaplah namaku Hidayah, walaupun seakan hidayah yang dihilangkan diri sendiri. Habis UITM, aku kerja. Aku kerja macam-macam. Pembantu jualan, juruwang dan paling lama pelayan kedai makan sebelum aku menyambung pengajian di universiti berlainan.

Aku tidak pasti kerana apa aku rasa jiwaku mula kosong. Mungkin jauh dengan sahabat, majlis ilmu atau terlalu mengejar dunia. Boleh jadi kesemuanya. Aku mula hanyut dari hidayah yang aku peroleh. Banyak amalan yang aku tinggalkan.

Apabila aku mendaftar diri sebagai pelajar sarjana, aku seakan hilang terus bayang hidayahku. Visiku seakan bukan visiku. Aku mula menjadi robot. Rutin aku mula berkecamuk, walau aku dah tak terlibat dengan sukan, aku tak pasti dengan apakah aku menyimpan masa. Sujud wajib sahaja tertunai. Amalan sunnah terus sepi. Sehinggalah..

Aku terperasan seorang kawan bilikku sedang sujud di hujung minggu yang sepi taktala jam 9 pagi. Aku sedar, subuh tadi dia solat sebelum aku. Ohya kawan aku tu, aku namakan dia Manis, sebab senyuman dia manis walau dia budak sukan yang agak lasak dan berotot. Dia perempuan ya. Takkanlah aku nak sebilik dengan lelaki kan.

Manis sedang Dhuha, aku pasti. Aku tertanya diri sendiri. Ya, aku sudah lama tak Dhuha. Entah mengapa, laju sungguh mulutku bertanya kepada Manis walhal aku sudah pasti.

“Manis solat Dhuha kah?” Tanyaku yang masih berselimut di atas katil.

“Aa, Hidayah. Mama Manis kata amalkanlah solat Dhuha sebelum ke kelas atau belajar. Ilmu itu rezeki juga. Ayuh menjemput rezeki.” Ujar Manis sambil melipat telekungnya dan terus ke meja belajarnya.

“Oo..” Aku pura-pura baru tahu fadilat solat Dhuha, walhal aku telah tahu. Tiba-tiba aku jadi malu dengan diri sendiri. Namun aku bangkit dari tilamku terus menuju ke meja belajar menyambung semula tugasan yang perlu disiapkan.

“Hati kau keras, Hidayah.” Suara itu aku biarkan. Aku menyambung menaip tugasan malam tadi yang tertangguh kerana mengantuk.

Hujung minggu tiba. Semua pulang ke kampung sejak khamis hari itu. Aku suka pulang awal sebab yang lain belum pulang. Aku boleh kemas barang yang dibawa dengan tenang tanpa gangguan.

Selesai mengemas, aku menghidupkan suis laptop. Namun aku jadi terkaku. Aku rasa kosong. Aku rasa tak tenang. Aku rasa serba salah. Aku rasa nak sujud tiba-tiba. Aku ke bilik air dan mengambil wuduk. Aku bertelekung. Sejadah dibentang menghadap kiblat.

Hari itulah aku mula semula mengamalkan solat dhuha. Semoga aku istiqamah. Doakan aku.

– Hidayah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *