Hide and Seek

Nama aku Fiqah, aku nak minta pandangan teman teman disini. Maaf aku luahkan disini, sebab hati aku sedih dengan perkara yang berlaku dan aku minta sokongan positif dan doa kalian..

Beberapa bulan lepas aku ada masuk 1 pertandingan ni. Melibatkan pertandingan game dan aktiviti cabaran lasak. Pertandingan ni melibatkan beberapa kumpulan yang berdaftar dan berbayar.

Setiap 1 kumpulan ada empat orang ahli. Mulanya, kami fikir memang nak menang sebab kami berusaha keras untuk capai kemenangan ini.

Kalau aku bagitau secara detail pertandingan ini macam mana nanti jadi isu pula jadinya aku namakan Pertandingan ni “Hide and Seek” peringkat negeri,

Memang kami masuk sebab satu tujuan nak berjaya untuk dapatkan rezeki disamping kami betul betul nak usaha sehabis baik untuk dapatkan tempat teratas.

Seminggu sebelum pertandingan, debaran kian terasa. Alhamdullilah kumpulan kami sangat sepakat dan kerjasama yang baik. Banyak kami kongsikan impian dan harapan serta perbincangan untuk berusaha.

Hadiah yang ditawarkan agak lumayan dan kami juga membayar pendaftaran pertandingan pun agak mahal untuk satu kumpulan dan seperti biasa yang diberinya adalah baju tshirt kumpulan, goodies dan lain lain lagi. Hal ini kami tiada masalah.

Antara doa dan impian kami nak sedekah duit menang, hendak belikan anak anak mainan, kawan pula nak sedekah makanan di tempat kerja dan macam macam la perancangan kami.

Maka kami betul2 berusaha sungguh untuk menang. Doa tanpa henti harapkan Allah permudahkan urusan kami kelak.

Hari pertandingan tiba, seawal subuh kami berjemaah dan seusai berdoa kami terus bergerak awal ke tempat pertandingan. Ketika ini, kami diberikan beberapa tugasan dan perlu disiapkan dalam tempoh beberapa jam.

Dari mula pertandingan kami sepakat untuk bersama. Aktiviti yang dijalankan agak mencabar dan setiap masa dan detik sangat berharga sampai kami nak makan pun terkejar untuk siapkan tugasan hike and seek ni.

Dari satu tempat ke satu tempat, dari ujian cabaran minda sehingga ujian lasak.

Dari jam ke jam, kami tanpa putus asa usaha sehabis baik sebab dalam fikiran kami Allah akan makbulkan doa orang yang berusaha padaNya. Dalam fikiran kami juga ada wajah wajah yang akan kami kongsi rezeki.

Selepas beberapa jam, hampir 6 jam selepas semua tugasan kami buat dan sampai ke penamat akhir.

Disitu jelas nama kumpulan kami tempat ke tiga teratas. Dengan nafas yang panjang dan masih mencungap cungap. Kami merasakan berbaloi perjalanan panjang dan usaha keras kami..

Dalam fikiran pasti ada tempat, urusetia menyuruh kami berehat dan keputusan akan diumumkan selepas 1 ke 2 jam bagi menunggu perasmian dan penyampaian hadiah ketibaan exco kerajaan negeri. Maka, kami ambik keputusan untuk solat zohor dan makan serta berehat.

Selepas solat kami ke meja urusetia semula dan kami dapati masih terdapat baki kumpulan yang baru hadir dan ada yang belum hadir.

Perbezaan masa sampai kumpulan baru tiba dengan kami hampir sejam lebih. Maka kami fikir mungkin kumpulan lambat sampai ini memang tiada tempat sebab syarat terutama adalah kumpulan siapa sampai dahulu dan melengkapkan tugasan dengan baik.

Masa yang dinanti tiba, sesi penyampaian hadiah bermula. Bermula dari tempat ke tiga kedua dan pertama. Pasukan yang menang bersorak.

Dan kumpulan lain mula rasa tidak puas hati termasuk kumpulan kami kerana markah tidak diadili dengan baik,

Kumpulan 1 dan 2 yang menang tidak lengkap pada antara syarat utama dan kumpulan ketiga menang pula jauh menang dari syarat utama iaitu kumpulan yang paling lewat sampai sedangkan kumpulan kami sampai dahulu.

Ketika ini belum bermula ketidak puasan hati kerana penyampaian hadiah masih diteruskan oleh urusetia dan yang berhormat.

Kumpulan yang menang bersorak girang dan masih terkejut dengan keputusan juri. Mana tidaknya menang beribu ribu ringgit tanpa keadilan. Kumpulan lain dibawah terkebil mata memandang. Tepukan tangan pun tiada.

Ada beberapa ahli kumpulan lain suarakan ketidak puasan hati atas pemarkahan juri dan semestinya mereka geram kerana melibatkan perit jerih dan tenaga orang.

Ini bukan pertandingan sukaneka yang percuma pendaftarannya. Tetapi dihalang oleh beberapa urusetia, katanya apa masalah boleh diajukan pada urusetia selepas ini. Maka, pemenang bergambar dahulu dan secara tidak langsung mereka bersurai dan seronok.

Semestinya mereka tidak kisah tentang ketidak adilan ini janji mereka sudah menang walaupun ramai kata tidak layak.

Dalam postur juga kata ada cabutan bertuah bernilai dua ribu ringgit tetapi bila tiba penyampaian cabutan bertuah hanyalah hamper yang berharga rm100 untuk lima hamper. Duit selebihnya kemana. Di dalam postur tunjuk lain.

Yang lain tidak puas hati dan berjumpa ketua urusetia program dan menyuarakan cara pemarkahan bagaimana dilakukan.

Ketika ini, urusetia maklum atas ini dan berjanji akan menyelesaikan masalah ni. Hadiah dah diberi pemenang. Nama dah diumumkan. Alasan mereka. Tetapi yang tidak puas hati ni ada sehingga ugut untuk suarakan ke atas.

Maka urusetia saling tuduh menuduh sesama urusetia. Dan no telefon diambil untuk urusan minggu hadapan katanya ahad cuti. Isnin baru pejabat buka.

Muka orang yang berjanji lelaki ni kami ingat mukanya sehingga sekarang. Begitu manis mulut dan takut riak wajah disitu. Angguk sahaja dan mengakui kesalahan. Kami masih berbahasa elok dan terus terang kami katakan peringkat negeri pertandingan pemarkahan tidak adil dan tidak telus.

Kami minta senarai markah tapi tidak diberi alasan pegawai lain dah bawa. Kami semua penat tapi jangan layan kami begini. Anda nak pilih kasih untuk memilih kroni anda menang jangan libatkan tenaga kami. Kami kecewa tapi bahasa kami masih dijaga walau kami penat dengan balasan penat letih.

Ini bukan hal tiada rezeki tapi kalian yang buatkan kami rasa kecewa. Bukan 1 2 kumpulan kalian aniaya kami ber jam jam lamanya. Akhirnya, pemenang kalian dah pilih tanpa keadilan yang jitu.

Urusetia tadi berjanji akan selesaikan masalah ini. Kami berharap begitu. Esoknya group message kami urusetia setting tiada lagi hantaran mesej oleh kami selepas malam kejadian ramai persoal bagaimana kumpulan tadi menang sedangkan syarat tidak ditepati dengan baik.

Maka, ada yang beritahu jangan sampai naik ke atas isu ni. Malangnya, urusetia tadi yang muka nampak suci bersih hari kejadian konon memahami keadaan kumpulan kumpulan ini memberitahu walau ada silap tapi keputusan muktamad maka tiada lagi isu berbangkit tetapi masa kami jumpa dia berjanji akan selesaikan masalah ni.

Dan group disetting only admin sahaja beri ayat. Tiada lagi perbincangan dan hantaran balas mesej dari kumpulan kumpulan lain tadi. Senang kerja urusetia ini.

Kecewa, penat, berasa tidak adil oleh kami beberapa kumpulan ni. Saya teringat muka lelaki urusetia ni.

Kami tidak mendoakan bukan bukan tapi andai kata satu hari nanti jika rezeki encik tiba tiba Allah potong, sekat atau ditarik disebabkan encik tidak amanah dan tidak berlaku adil dengan amanah kerja Allah beri. Menjawab la. Allah tidak tidur.

Seharusnya beliau ambik inisiatif berbincang sesama urusetia dahulu tapi ini dia ambik langkah mudah untuk tidak endah semua ini.

Kami faham ada hikmahnya. Ya hikmahnya jumpa manusia tidak adil mengadili sesuatu pertandingan, kami korbankan masa, tenaga.

Andai kata memang kumpulan kumpulan tadi sepatutnya tidak layak menang kami faham tetapi kami antara tempat teratas dengan tugasan yang disiapkan dengan baik. Dan kumpulan lain juga aku nampak bertungkus lumus nak menang tapi tak menang.

Aku tidak tahu dah nak tulis apa, sedih. Kecewa. Aku minta tolong kalian doakan rezeki kami pula lepasni.

Tolonglah pihak agensi atau mana Penganjur tolong la adil dalam mengadili sesuatu pertandingan. Bayangkan kita berusaha sedaya upaya tapi rupanya nama pemenang kroni anda juga. Anda betul betul mengecewakan. Doakan kami pula ya kawan kawan dan moga kami bangkit semula.

– Afiqah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Kisah ini mngingatkan aq kod satu ‘pertandingan’ jugak di peringkat opis (jabatan) kmi, (tapi aq x terlibat sbg peserta, tp hanya hadir utk mnyokong pasukan opis kmi), di mana pertandingan itu melibatkan kepantasan akal & juga fizikal.. mmg pd dasarnya persaingan adalah ‘sengit’, dan kemenangan telah berpihak kod pasukan yg sepatutnya tidak ‘layak’ utk menang.. kbetulan ramai peserta yg muda2 dlm pasukan tersebut & ada yg mempunyai ‘hubungan istimewa’ dhn salah seorang ‘pengadil’ pertandingan.. apalagi, peserta yg ‘kalah’, tp mmg sepatutnya ‘menang’ tu protes habis2an, dan berlaku lah sedikit ‘kekecohan’, sehingga ada ‘campur tangan’ pihak atasan.. pd mulanya pihak juri kta nt perkara ini akn ‘disiasat’, dan majlis penyampaian hadiah patut diteruskn.. tp pihak yg ‘kalah’ tersebut mahukan keadilan pd mse itu jugak.. (sbb mrk kta, klaw ditangguhkn tindakan, mngkin ianya akn ‘dilupakan’ begitu shj..) so, mahu x mahu, pihak atasan telah mengarahkn utk diadakn semula pertandingan, tp pd hari yg lain, dan barisan juri juga telah dipinda.. ternyata kemenangan berpihak kpd pasukan yg ‘kalah’ pd awalnya td.. tp ‘perselisihan’ antara mrk tetap berterusan selepas itu.. tetapi ‘keadilan’ telah pon ditegakkan.. kdg2 pertandingan yg bertujuan memupuk ‘perpaduan’ juga pon akn ‘meruntuhkn’ hubungan yg telah terjalin.. wslm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *