Hidup Seorang Suami Doktor & Pelajar Medik

Assalamualaikum. Isteri saya seorang doktor. Masa aku kahwin dengan isteri aku around 2016 dulu isteri aku masih student tahun akhir medic. Masa tu, aku seorang eksekutif kat satu syarikat which is makan gaji dan background aku kewangan Islam. Of course kalau ambik course medic mesti jadi doktor punya.

Dan waktu aku baru kahwin dengan isteri aku tu dia menghitung hari untuk ambil pro exam which is final exam dia sebelum grad. Alhamdulillah dia berjaya walaupun repeat paper. Waktu dia tahu yang dia gagal memang rabak gila emosi dia. Jenuh gak nak pujuk.

Fast forward 3 bulan berikutnya isteri aku mengandung 3 Bulan dan dia dapat panggilan interview untuk housemanship (baca: probation period 2 tahun untuk jadi doktor). Yang peliknya, interview session dia bagus atau haprak, still dapat jadi doktor. Tapi cepat atau lambat jela.

Fast forward 5 bulan berikutnya kami menimang cahaya mata permata. Wow, aku bergelar seorang ayah. Memang merubah kehidupan aku totally. Masa tu aku quit kerja dan berjinak2 dengan kerja sales.

Fast forward 6 bulan berikutnya iaitu Julai 2017, tiba detik bersejarah isteri aku sebab dia dipanggil untuk melanjutkan careernya di Hospital Kuala Pilah. Masa tu dia still berpantang dan gagahkan diri pergi orientasi. Dan di saat itu, benda yang disebut-sebut oleh pak dan mak mertua aku sebelum kahwin menjadi kenyataan.

Pak mertua aku pernah cakap “menjadi suami doktor ni kena give & take. “. Mak mertua aku pulak kata anak dia/isteri aku kenal ayahnya dulu dari mak dia sebab maknya doktor. Begitulah gambaran kasar life seorang doktor, pengorbanannya sampai jarang ketemu anak dan sangat sibuk.

Beberapa hari kemudian, isteri aku dapat jadual kerja dia. OMG mengejutkan!waktu bekerja dia sehari at least 14 jam. waktu normal bekerja 18 jam!Dan yang dahsyatnya dia still berpantang dan anak aku start minum susu formula umur sebulan. and then dah tentu2 dia spend masa banyak di hospital compare dengan rumahnya. Waktu tu aku terkesima dan disebabkan isteri aku sangat sibuk, I’m the one yang kena banyak buat kerja rumah dan jaga anak.

Sejujurnya Aku anak orang senang dan tak biasa buat kerja rumah. Semuanya mak aku buat masa kecik2 dulu. Dan kini aku si sang suami dan sang ayah kena buat segala kerja rumah termasuk mengemas rumah, menyapu, basuh bilik air dan memasak. Tang memasak tu paling epik la sebab sebelum isteri aku jadi doktor tak penah2 aku ketuk2 kuali. Sekarang aku bangga jugak la yang aku dah boleh masak macam2.

Teringat waktu mula2 isteri aku jadi doktor, aku rasa dunia tak adil. Kenapa aku kena uruskan rumah sensorang while isteri aku tak buat apa2pun. Anak pun aku yang uruskan banyak, wife aku kadang2. Ada satu hari tu aku scroll kat FB news feed dan aku ada ramai kawan dan kenalan yang isterinya doktor. What they do ialah diorang terus memberi dan memberi. Ustaz Hasrizal pun suami seorang doktor gak, dan dia pun banyak laungkan slogan memberi. Dan memang betul pun. . mindset aku pun bertukar untuk fokus memberi sampai hari ni.

Dan kita sebagai suami doktor kena faham career doktor. Basically kalau kita kerja tak sungguh2, profit company akan turun malah boleh rugi. Tapi kalau doktor tak kerja betul2, nyawa orang tergadai. So penting untuk kita yang suami doktor untuk menyediakan dan memberi yang terbaik pada pasangan yang duktur ni supaya duktur boleh beri yang terbaik pada masyarakat. Dan jugak, aku perhati anak aku lagi rapat dengan ayah dia berbanding ngan mak dia sebab dia kurang luangkan waktu ngan mak dia. Yang bagusnya, peluang untuk memberi pada anak aku sebanyak mungkin tu banyak Di situ.

So pada yang rasa dia kurang memberi, cepat2 pinang anak doktor. Anda akan rasa satu perubahan yang mendewasakan anda inshaaAllah.

Wallahu a’lam

– Shark

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *