Hidup

Assalamualaikum dan selamat membaca. Seperti tajuk yang aku beri, aku nak confess sedikit mengenai hidup aku, kau dan kita semua. Untuk yang pertamanya, tujuan hidup setiap dari kita yang beragama Islam adalah satu. Hanya untuk beribadat kepadaNya.

Namun dari sudut lain, sudah pasti kita harus bijak membahagi keperluan hidup antara dunia dan akhirat. Kita tak boleh sesekali tinggal akhirat untuk dunia tetapi ianya bukan bermaksud kita harus meninggalkan segala kebajikan dunia dan hanya menumpu pada akhirat semata-mata. Belajarlah untuk seimbang dalam hidup ini.

Akhirat A. Dunia juga A. Pasti kita bahagia, bukan? Namun untuk memperolehi kesemua itu, ianya bukan satu hal yang mudah. Kerana wujudnya manusia yang bijak dalam pelajarannya, namun jahil dalam aturan hidupnya dan ada yang kurang bijak dalam pelajarannya namun skill hidupnya sungguh cemerlang! Inilah dinamakan keistimewaan dan kekurangan individu itu sendiri.

Aku mula dengan kisah hidup sendiri. Aku ni merupakan anak bongsu dalam bilangan adik-beradik yang sedikit. Sewaktu disekolah, aku memang dikenali sebagai seorang sahabat yang funny, suka bergurau, cool dan peramah so aku memang ramai sahabat. Sangat ramai. Hinggakan sahabat dari kelas atas hingga kelas bawah, semuanya aku boleh dijadikan mereka sebagai sahabat aku. Pelajaran? Hmm. Not bad. Aku memperolehi 5A dalam SPM walaupun selalu tidur dalam kelas dan ponteng kelas tambahan yang cikgu adakan.
Hoho. Ingat lagi, lepas aku dapat result tu, aku rasa bangga dan rasa mampu untuk masuk ke mana-mana universiti. Lepas aje konvo nanti aku bolehla bekerja di company abang aku memandangkan aku ambil satu course yang sama dengannya dan hasilnya, yes. Aku memang berjaya masuk ke universiti namun perancangan Dia lagi hebat dari kita yang bernama hamba.

Sewaktu berada di semester kedua, aku disahkan mengidap ibd. Penyakit yang sering buat si pesakit muntah darah dan mengalami anemia yang menyebabkan diri menjadi pitam atau pengsan. Disebabkan keadaan tubuh yang teruk, aku terpaksa quit dari universiti. Yelah. Bila kau dekat uni ni, semua benda memang kau kena buat sendiri. Kau sakit? Kau hadaplah sorang-sorang sebab di universiti, masing-masing sibuk dengan urusan test, fyp, quiz and etc. Sebab takde orang yang urus aku dan keadaan aku sendiri yang selalu skip kelas, menyebabkan aku terpaksa quit dari universiti.

Bermulalah hidup aku yang sewaktu itu hanya berumur 19 tahun dan sudah terpaksa berdepan dengan bau ubat, sakitnya endoscopy dan sering keluar masuk hospital. Bila dah jadi macamni, walaupun aku dah pulih sedikit aku perasan sesuatu, tubuh ni dah tak macam dulu. Aku cepat penat kalau buat kerja terlalu lama. Cepat nak pitam bila kena panas dan tak boleh terlalu sejuk sebab badan aku memang sudah terlalu kurus.

Tahun lepas aku cuba lagi apply kemasukan ke sebuah universiti biarpun umur dah meningkat ke angka 21. Bagi aku umur itu bukan penghalang walaupun ramai sahabat aku yang sudah pun menghabiskan diploma masing-masing. Tapi seperti yang dijangka, bila aku dapat masuk ke sesi second intake, aku pengsan sewaktu minggu orintasi disebabkan kekurangan darah dan mengalami hypo. Aku pun dah start tawar hati masa tu. Aku quit lagi dan kali itu aku nekad, aku dah malas nak sambung belajar. Aku rasa nak marah semua orang. Aku rasa nak marah diri sendiri sebab lemah sangat. Orang lain boleh cakap, pelajar oku boleh belajar, orang takde kaki boleh belajar kenapa aku sakit sikit pun tak boleh nak kawal diri. Sebabnya, pelajar oku yang mengalami kecacatan kaki masih bertenaga dan fizikalnya masih sihat walau dirinya tak sempurna tapi pesakit macam aku, kena panas lama sikit, dah pengsan. Nak makan pun tak boleh sembarangan. Cepat penat dan bila stress aje, aku bakal mengalami pendarahan teruk. Macam mana aku nak teruskan?

Waktu tu memang aku rasa teruk. Rasa tak berguna. Abang-abang aku kedua-duanya bekerja disyarikat besar dengan gaji diangka 5-6k. Kakak aku pulak merupakan seorang ahli X-ray dihospital kerajaan tapi aku? Di usia 22 ini masih menganggur tidak bekerja dan hanya memegang sijil spm semata-mata.

Family aku ada tanah dan cuba usahakan tanah tu dengan upah orang dan hasilnya nak beri pada aku. Aku rasa macam lifeless. Aku tak boleh nak cari duit melalui hasil usaha sendiri. Sekarang ni aku cuba jinakkan diri dalam bisnes polaroid. Aku taktahu sama ada aku seorang aje ke yang rasa lifeless macam ni. Aku rasa aku tak pandai nak atur hidup ni. Tapi aku bersyukur walaupun hidup aku sering diuji dengan sakit, tapi Dia tak pernah tinggalkan aku sendirian. Family aku sangat memahami dan aku ada ramai kawan yang selalu support aku. Itu pun dah cukup pada aku. Cuma sekarang memang rasa buntu taktahu nak buat apa.

Ramai orang cakap, perempuan ni senang. Kahwin je nanti suami sara. Masalahnya, takkan kita nak bergantung pada suami semata-mata? Andai kata suami buat hal, kita nak merempat ke mana? Tak aku nafikan, family aku mampu tanggung aku tapi ini ketika diorang masih ada, kelak tika Allah ambil mereka? Lalu kita bagaimana?

Dalam hidup kita tak boleh terus bergantung pada orang kerana mati nanti pun, kita bakal sendiri. Dan tiap kali diri ini diuji, aku akan pandang yang ada dibawah. Ada yang merempat, ada yang hidupnya musnah dirogol si perogol. Ada yang hidupnya hancur disebabkan kes-kes jenayah yang dilakukannya sendiri. Saat aku tengok orang lain lagi susah dan melarat hidupnya, timbul rasa insaf untuk merungut dalam kehidupan.

Hidup ni tak boleh kita bandingkan dengan orang lain. Ada yang graduate diusia muda tapi menganggur hingga tua. Ada yang graduate di usia tua tapi mudahnya dia di alam pekerjaan. Aku percaya, setiap dari kita diuji dengan cara yang berbeza namun ganjarannya tetap sama.

Pahala menanti bagi yang sabar. Tepuk dada, pejamkan mata dan ucaplah alhamdullilah kerana kita masih hidup.

– Ara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit