Hi. Aku seorang pelajar di sebuah universiti dan berumur 23 tahun. Aku merupakan anak sulung daripada 2 orang adik beradik dan adik aku seorang perempuan. Kiranya seorang lelaki dan seorang perempuan la. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Ibuku seorang peniaga dan ayahku pula seorang pesara polis. Keluargaku boleh dikatakan agak bahagia la juga.
Kisahku bermula apabila ayahku mula jatuh sakit dan dia hilang ingatan tapi tak sepenuhnya. Dia tak kenal siapa pun aku kecuali ibu dan adikku sahaja. Dia tak anggap aku sebagai anak. Sepanjang aku belajar, dia tak pernah bagi duit. Ibuku pula jatuh sakit. Kiranya ayah dan ibuku sakit serentak. Setiap kali balik ke rumah, memang semua pekerjaan dalam rumah aku yang buat dari mengemas rumah sampailah memasak.
Ayahku juga tidak memberi ibu dan adikku wang untuk perbelanjaan. Bayangkan hidup kami sekeluarga macam mana. Hilang semuanya. Terpaksa jual semua barang kemas untuk tampung kehidupan. Aku pula terpaksa kerja sambil belajar untuk sara hidup aku sendiri. Penat. Tersangatlah penat sehinggakan aku rasa putus harapan untuk hidup. Sampaikan aku berdoa supaya Allah tarik nyawa ayahku. Derhaka kan aku?
Semua harta warisan ayahku, dia tak letak nama aku. Aku ni bukanlah hamak sangat ke harta dan duit dia tu. Adik beradik ayah aku dah macam pinggirkan dia. Lansung tak bertanya khabar. Aku juga dah malas nak ambil tahu pasal keluarga belah ayah aku lepas diaorang pinggirkan ayah aku. Bagi aku, ayah aku tak ada adik beradik lain. Ye la. Masa senang dulu semua pakat baik dengan ayah aku tapi bila dia dah jatuh sakit, semua lari. Itulah fitrah sifat manusia.
Ibuku selalu call dan mengadu pasal hal ayahku. Kau bayangkan masa aku tengah final exam, ibuku call aku semata mata nak mengadu pasal hal ayah aku. Bertambah stress aku. Aku menangis sepuasnya sebab tak tahan dengan ujian yang Allah beri pada aku.
Kereta aku terpaksa aku gadaikan dekat anak saudara mak aku sebab masa tu kami memang tersempit sangat. Aku pasrah gila serahkan kereta tu sebab aku terlalu sayangkan kereta tu tapi nak buat macam manakan. Keluarga lagi penting.
Setiap hari Isnin hingga Jumaat aku pergi kelas dan sabtu ahad pula aku kerja katering angkat angkat pinggan dekat rumah orang kahwin. Pernah sekali tu aku kena hina dengan satu perempuan ni “muka handsome tapi kerja katering angkat pinggan. ni mesti tak habis sekolah. malas.” Aku cuma tersenyum walaupun hati aku remuk. Aku kerja cari duit untuk tampung belajar aku tapi tak sangka la pula sampai kena hina macam tu. Tangan aku bengkak dan merah teruk. Kaki melecet. Tapi aku tetap kuatkan semangat.
Hingga ke harini ayahku masih belum berubah dan ibuku pula dah beransur ansur pulih. Walaupun keluargaku tidak sebahagia seperti keluarga orang lain tapi aku tetap bersyukur masih diberi peluang untuk melihat wajah kedua orang tuaku. Keadaan ayahku dan ibuku buatkan aku bertambah tabah untuk teruskan kehidupan. Kalau dulu aku memang patah semangat dan selalu salahkan Tuhan atas ujian yang diberikan. Kini aku hanya mampu tersenyum bila ingat balik semua ujian tu. Penat dengan kerja dan belajar tapi bagiku itu pengalaman berharga dan juga sebagai persediaan untukku jika nyawa orang tuaku dijemput Ilahi.
– Anon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit