Salam. Hari tu ada confession sorang adik complain akak abang dia berakad masa bagi duit pada dia. Dear golongan adik-adik, memang kita semua mesti jaga sensitiviti orang lain tapi ketahuilah itu cuma gurauan kami sebagai akak abang. Itu je gurau-gurau pembasah lidah yg kami boleh tunjuk pada adik-adik. Nak cakap sweet nanti awkward pula. Jadi belajarlah jangan ambil hati dengan kata-kata yg selalunya berbunyi kasar atau membahan. Kecuali lah kalau akak abang awak tu memang perangai negatif.
Sebagai anak sulung yg juga belajar di universiti, sy nak kongsi cerita kami sebagai akak abang pula. Kebanyakan kawan saya biasanya anak bongsu atau ada akak dan abang. Selalu juga dengar dieorg ni gembira dapat minta duit atau diberi duit dengan rela dari akak abang. Selalu juga tengok dieorg balik rumah sewa/hostel bawa barang-barang makan. Selalu terdetik dalam hati satu hari aku nak buat macam tu juga pada adik-adik aku sebab faham sendiri pengalaman sebagai student. Biarlah aku yg tolong orang walaupun masa zaman aku takde siapa tolong aku.
Hidup sebagai akak abang bukan sesenang yg awak nampak. Awak cuma nampak kami pointer bagus, belajar bidang itu ini, graduate konvo, berkerja dapat gaji setiap bulan, ada family je. Masa kami ke hulu hilir bawa borang masuk universiti, mohon bantuan belajar, tanya cikgu,kaunselor atau kawan macam-macam awak tak nampak. Mak ayah tak boleh guide semua benda sebab mak ayah pun tak tahu buat, tambah lagi kalau mak ayah tak pernah belajar uni. Kami anak pertama, kami lah eksperimen. Kami yg kena ada satu semangat untuk push diri buat benda yg kami tak pernah tahu langsung, kena ketepikan sikap malu tanya soalan bodoh, kena berani bertanya stranger. Kalau awak rasa semua tu lumrah biasa belajar berdikari, ketahuilah akak abang awak rasa lagi susah berbanding awak sebab dia buat tanpa guide. Masa saya nak masuk uni dulu, peringkat pengajian pun saya tak tahu, dik. Apa beza diploma dengan foundation, degree tu bila pula? Apa option selain PTPTN? Orang kata PTPTN tu teruk tapi apa yg teruk tu, kalau ambil kena apa? Tu semua saya tak tahu dik. Dari minda budak mentah, kita kena take on the lead. Bila time awak, parents awak boleh membantu sebab dieorg dah faham dah masa pengalaman uruskan akak abang awak dulu. Lagi untung bila akak abang awak murah hati nak kongsi tips urusan kemasukan, atau struktur sistem dekat uni, atau pengalaman. Sesetengah benda ni die tak cakap dekat awak pun tapi terus cakap dekat parents awak.
Bila kami sesak, kami takde akak atau abang yg boleh minta bantuan. Berat sekali hati nak minta duit dekat parents. Masakan tergamak nak minta duit sedangkan dah nampak mak ayah ke hulu hilir pinjam duit dan mohon bantuan sana sini untuk bayar yuran kemasukan universiti kita sendiri. Sebelum dapat pinjaman, pernah beberapa bulan guna duit mak ayah. Betapa sedihnya hati setiap kali terima duit dari tangan mak. Rasa terlalu kecewa dengan diri sendiri sebab terpaksa bergantung pada mak bapak. Sebagai anak atas, dari kecil mak ayah bercerita kesusahan hidup dekat kita. Mak mengadu penat dekat kita, mengadu tak cukup duit dekat kita, adik buat salah kita yg kena marah atau dituduh menghasut. Mana-mana pasangan berkahwin pun beberapa tahun awal dalam perkahwinan belum stabil dik. Masih berhutang, bertukar kerja. Kami dah wujud masa-masa mak ayah tengah susah tu. Bila sampai masa awak, mak ayah dah tua dah stabil sikit. Takde dah nak maki atau pukul awak macam kami kena. Duit pun dah mula cukup.
Dulu parents berniaga pindah-pindah tepi jalan kena halau dengan orang majlis saya ada, angkut stok banyak-banyak saya ada, parents meniaga malam raya saya lah yg duduk belakang van tu panas-panas, dengar mak ayah kena kutuk dengan pelanggan, ikut mak ayah pergi kerja, dengar plan mak ayah berbual pasal bisnes pasal kerja. Pakai je apa baju yg ayah beli tak kisah murah atau mahal, bundle atau baru atau pungut orang punya. Naik je kereta yg ayah nak bawa walaupun kawan-kawan ejek atau rosak. Sebab tu anak-anak pertama ni pandai menghargai barang. Barang saya murah pun bertahun-tahun masih tak lusuh dan cantik boleh pakai. Kita kena sedar, kita an element of the family. Seorang family mesti membantu institusi keluarga tu, bantu mak ayah dan adik beradik tu tanpa balasan duit atau benda. Kalau tak mampu bantu, jangan susahkan. Duduk lah diam-diam kematu pun janji jangan tambah beban. Saya perhati sekarang, ramai anak kalau nak tolong parents meniaga mesti nak upah. Oh mann, camtu serupa dia upah pekerja biasa je. Apa function kau sebagai team dia?
Saya nak throw satu dua falsafah kat sini. Kita perhatikan budak kecil baby. Dia baling bola, bola tu melantun. Dia suka tengok bola tu melantun dia baling lagi kuat. Dia tak sedar lantunan tu boleh makan diri dia dan buat dia jatuh. Macam tu la perangai kita kalau buat sesuatu tu berlebih-lebihan. Kedua, tengok budak kecil merengek separuh mati sebab tak dapat mainan. Die nangis macam gila pun, you know it, I know it, mak dia tak akan belikan dia mainan tu. Ada sesetengah benda dalam hidup kita memang tak akan dapat. So move on, terima. Bila kita dah besar kita dah tak nangis macam tu sebab dah faham kan? Kalau kita boleh pandang budak kecil yg doesn’t know better tu macam tu, bayangkan orang tua yg lebih berpengalaman pandang sikap kita. Bayangkan pula Allah yg Maha mengetahui benda yg kita tak tahu tu pandang sikap kita. Sorry lah panjang tapi bermanfaat ada isi, ok sambung.
Berapa yg mak ayah bagi untuk uni, saya sedaya upaya cuba belanja dalam range tu. Agak-agak dah kering, pandai-pandai lah jimat. Agak-agak dah miskin, buat lah cara miskin. Sebelum belanja apa-apa fikir dulu kemudian hari, bukannya bila duit dah kering baru cari backup contact sana sini. Mesti pandai manage duit, set aside bajet untuk keperluan awal-awal (makan, tambang kelas/kerja, alat mandi), lepas tu sediakan bajet komitmen (bil air api, wifi), lepas tu set aside simpanan kalau nak menyimpan, yg selebihnya tu baru kau boleh joli. Bila kau guna teknik ni, baru kau sedar betapa miskinnya kau, eh? Elakkan berhutang atau pinjam. Termakan duit makan untuk beli buku atau print assignment tu benda biasa. Pandai-pandai tarik tolak. Mungkin sebab dah biasa hidup sederhana jadi tak jadi satu masalah saya nak kawal nafsu kot. Jadi lemak lah kalau kita tau bila kita susah je mesti ada orang akan tolong. Belajar bergantung pada diri sendiri dan hidup sorang. Kalau saya terdesak duit terhabis untuk print assignment, dalam dompet RM3.50 baru lah call mak. Pernah sekali tu duit dah betul-betul habis dan tak makan, terpaksa call kawan rapat minta pinjam RM100. Saya jenis amanah kalau bab duit mesti pulang. Kawan tu anak bongsu selalu minta duit dengan abang. Tapi dia tak bagi. Ok lah, terpaksa fikir sendiri. Masih tak nak mintak mak. You never know kalau mak awak sebenarnya terpaksa korbankan duit beli kolagen dia untuk topup duit awak. Atau mak awak tak dapat bagi duit pada akak awak yg berlapar sebab mak awak rasa dia pandai jimat. Fikir orang sikit.
Dalam masa saya saving dan belajar hidup bersederhana, kadang-kadang mak pun pinjam duit saya. Adik saya belajar uni juga dan selalu minta mak duit. Mak ingat saya pandai berjimat, jadi kadang-kadang pinjam (tak pulang pun) duit saya untuk bagi pada adik tu. Adik saya tak tahu pun. Siap boleh perli saya pakai duit banyak bila saya beli barang saya (hasil saya simpan yg dia tak tahu tu). Takkan kot nak sebut satu-satu benda belakang tabir yg kita buat. Diam je lah and enjoy our own short life.
Kalau ada rasa nak beli sesuatu, simpan duit sendiri. Yang penting jangan over spend. Kalau bulan ni terpakai lebih, bulan depan pakai sikit. Pernah berjimat dan makan nasi, kicap, telur atau nugget je. Makan simple tak jadi masalah sebab saya tak cerewet makan. Selalu je makan McD, pizza, makan sedap. Tapi macam saya cakap, seimbangkan. Pernah kerja part time sebab nak duit lebih. Gigih jalan kaki sorang lepas habis kelas petang. Balik malam sorang sampai kena follow. Family tak pernah tahu, hehe. Beli barang yg value for money. Murah tapi dapat banyak, sale dan sebagainya. Jalan kaki atau guna public transport tu benda biasa. Kita ni student dik. Sedarlah diri. Belajarlah bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian. Tak kental lah kalau tak cuba jadi susah. Bina sikit jati diri kita masa-masa ni. You are alone now. Dunia terbentang untuk di-explore. Thrive on it!
– Akak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit