Hidup Adalah Perjuangan Tanpa Henti-Henti

Assalamualaikum semua. Saya perkenalkan diri saya Medina. Walaupun ini bukan nama saya yang sebenar tapi saya suka nama ni.

Saya cuma nak kongsi sedikit kisah hidup saya. Dulu saya bekerja 9-5. Jarak dari rumah agak jauh dan kalau nak naik pengangkutan awam agak payah dari sini.

Jadi saya pergi kerja dengan memandu sendiri tapi tahu je la KL ni trafik sesak sesesaknya bila hari hujan, kereta rosak, ada pembinaan dan kemalangan.

Bila lewat saya tak tahu nak bagi alasan apa dah. Sebab bos akan cakap itu je la modal kau. Orang lain tak lewat ke? Itulah orang lain naik train jadi mereka tak lewat.

Ada yang suami hantar naik motor jadi memanglah mereka tak lewat. Yang memandu sendiri tak lewat? Di jabatan saya tak ada kot tapi jabatan lain ada cuma bos diaorang ok je janji kerja jalan.

Saya tiada masalah lain di pejabat ni. Dengan kawan2 saya ok. Dengan jabatan lain pun semua kawan.

Cuma berbelas tahun saya kerja isu yang sama je. Sampai lewat. Kerap mc sebulan sekali sebab ada hari saya tak boleh bangun. Balik kerja pula pukul 8 baru sampai rumah.

Masa ni badan dah lunyai sangat rasanya. Tak bermaya dah.

Dalam setiap doa saya selalu selitkan saya nak berhenti kerja nak kerja sendiri dari rumah. Tapi saya takut sebab komitmen saya banyak.

Ansuran rumah, kereta, kad kredit, pinjaman peribadi dan anak2 sekolah swasta. Saya pandai cari duit juga, saya ada buat bisnes kecilan dekat opis tu. Jadi saya selalu berangan bisnes saya ni boleh pergi jauh.

Satu hari saya sakit. Sakit sangat. Setelah berjumpa pakar rupanya saya memang sakit. Dan saya pun mula kerap mc. Jadi kerja saya orang lain kena cover.

Boss pun mula tak suka. Tapi dia memang tak suka saya dari dulu pun. Tapi saya bukan nak cerita bab ini. Cerita ni panjang kalau saya nak cerita.

Saya pendekkan cerita saya yang panjang ni, mc saya habis, cuti masuk wad saya pun habis. Saya mula tak ada motivasi nak pergi kerja kerana bila saya memandu saya akan sakit sebab jarak yang jauh.

Pernah saya dah sampai tempat kerja tapi saya sakit jadi saya terus ke hospital. Masa ni keadaan di pejabat dah mula tegang. Bos selalu perli2, kawan2 mula tak hiraukan saya. Jiwa saya dah tak ada di situ.

Bila kesihatan saya merosot suami suruh saya berhenti kerja. Saya serahkan segalanya kepada Allah. Saya yakin Allah akan tunjukkan jalannya. Allah pasti akan buka pintu rezeki yang lain. Mesti ada rezeki untuk anak2.

Dengan azam yang membuak saya mula berniaga dari rumah. Mula2 semua ok. Agen pun ramai.

Tiba2 bisnes saya mula merosot. Stok yang ada pada saya tak jalan. Stok baru pun tak ada sambutan. Saya rasa saya orang paling gagal masa ni. Saya pun sakit sehingga terlantar.

Dalam kesedihan yang saya rasa masa ni, saya dapat penyakit lain. Ye saya kene anxiety attack.

Mungkin sebab saya selalu menangis hampir setiap malam memikirkan komitmen bulan depan macamana nak saya nak uruskan dengan sale yang krik krik.

Saya lawan. Saya bangkit. Bila doktor bagitahu penyakit saya semakin merosot dan perlu pembedahan dengan segera. Saya pergi dapatkan rawatan alternatif.

Alhamdulillah Allah sembuhkan saya. Ambil masa juga, perlahan-lahan saya beransur baik.

Anxiety saya tu saya lawan sendiri. Saya paksa perjuangkan segala yang saya ada ni dan berperanglah saya dengan jiwa saya. Mungkin orang yang ada anxiety je faham maksud saya ni.

Setiap pagi saya mengaji lepas solat. Malam sebelum tidur pun saya mengaji. Saya doa pada Allah bagaimana saya sembuh dari penyakit sebelum ni sembuhkan la saya dari penyakit ini juga.

Sebenarnya apa yang saya nak kongsikan bukan penyakit saya je tapi macamana Allah tu dengar doa saya.

Saya selalu doa saya nak jadi orang yang sabar sebab saya ni kurang sabar orangnya.

Saya selalu doa saya nak berhenti kerja. Nak urus anak². Nak ada bisnes dari rumah.

Saya selalu doa Allah beri saya kekuatan, saya ni penakut serba serbi, saya nak berdikari sendiri, saya nak jauhkan diri dari orang2 toksik ini.

Saya nak jadi orang yang kuat berusaha.

Allah dengar doa saya. Tapi Allah tak bagi dengan nah ambillah macam tu je.

Allah uji saya dengan sakit kerana dengan sakit itulah saya kenal erti sabar.

Dengan sakit juga saya jauh dari orang2 toksik. Dengan sakit jugalah saya kuat berusaha dan berdikari. Dengan sakit itulah saya berhenti kerja dan boleh urus anak2 sendiri walau dalam keadaan sakit.

Sakit tapi ada nikmatnya.

Sesuai dengan usaha saya, saya dapat hasil atas usaha saya itu. Saya lebih gembira sekarang. Walau saya sibuk dari pagi sampai petang tapi saya enjoy. Saya memang tak boleh duduk tak buat apa.

Saya suka cari duit. Allah selalu dengar doa saya. Mintalah apa pun. Bila saya usahakan Allah bagi. Tapi macam biasa mesti ada ujian yang saya perlu hadap.

Dulu masa saya nak berhenti kerja orang cakap saya bodoh. Dulu saya sedih bila apa cerita kat opis saya orang terakhir tahu. Dulu saya tertanya-tanya kenapa tiada siapa beri saya hadiah masa berhenti kerja.

Dulu saya sedih bila tiada siapa tanya khabar saya lepas saya berhenti kerja sedangkan semua tahu saya sakit.

Dulu tiap kali bangun pagi saya rasa penat sangat. Badan ni macam lepas kene pukul. Sekarang semua tu bukan lagi kerisauan dan kebimbangan saya.

Apa yang saya ceritakan ni cumalah salah satu cara healing process. Seperti peringatan kepada saya juga agar jangan tersasar. Saya perlu fokus. Saya tak mahu sedih2 macam dulu.

Banyak ujian lain lagi saya perlu lalui. Anak² dah dewasa dan remaja. Mungkin Allah akan hantar ujian anak² pula selepas ini.

Dugaan tak akan selesai kerana masanya belum berakhir. Kita semua akan terus diuji jadi jangan cepat mengalah.

Hidup kita singkat. Entah tinggal berapa hari je lagi di dunia ini. Bila dapat berita ada orang yang pergi ke negeri abadi jantung saya mula berdegup kencang.

Ya anxiety saya masih ada. Cuma tak seteruk dulu. Saya doakan anda semua berjaya lalui dugaan dengan sabar. Take one step at a time and insyaallah you’ll find the way.

Terima kasih semua!!

– Medina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *