Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Apa kabar sahabat-sahabat sekalian? Semoga di mendapat redha Allah SWT. Ini bukanlah ‘confession’. Saya cuma ingin kita berkongsi pendapat diri masing-masing.
Saya tak pandai berkata-kata, tak pandai susun ayat dan apa yang saya akan kongsikan ini sekarang terjadi dan saya lihat ia berlaku.
Perkara pertama yang saya lihat ialah betapa ramainya orang kaya sekarang ini. Tak kira umur atau jantina. Tak salah menjadi kaya. Tapi betulkah cara kita dalam menjadi kaya?
Pengalaman saya melihat seorang sahabat yang terlibat dalam perniagaan bernama Sal. Sebelum ini mungkin pendapatan Sal bawah daripada RM20000 sebulan.
Tiba-tiba Sal dapat bisnes baru dan mengaut keuntungan yang besar. Sal belanja keluarga. Sal ajak kawan berniaga bersama. Niat nak tolong orang katanya.
Lama-kelamaan Sal kelihatan taksub untuk menjadi lebih kaya. Pasangan Sal turut bersama dalam perniagaan.
Pagi, siang dan malam sentiasa dengan kerja. Solat saya yakin mereka tak lupa. Masa dengan keluarga mungkin tak lupa.
Tapi apa yang saya perhatikan, masa dengan Allah SWT kelihatan semakin kurang sebab ketika azan mereka masih fokus kerja, ketika azan solat jumaat masih kerja, waktu malam masih kerja membuatkan saya risau.
Adakah Sal di jalan yang diberkati Allah SWT??
Kerana apa yang saya faham ialah, jalan yang mendekatkan kita dengan Allah SWT adalah jalan yang benar. Kumpul harta akhirat lebih utama berbanding dunia yang melalaikan.
Perkara kedua ialah ramai wanita memakai purdah tetapi selalu suka memperlihatkan dirinya berpurdah di laman sosial. Selalu posting gambar diri berpurdah diiringi kata-kata ‘islamic’.
Gambar juga di ‘filter’ membuatkan diri mereka bertambah cantik bersama mata yang ada maskara.
Membuatkan lelaki turut membalas dengan kata-kata islamic bersama hadis. Tapi adakah niat kita kerana Allah SWT ataupun untuk tunjuk kita ini seorang yang alim di hadapan wanita yang kita ingin miliki???
Saya pernah terdengar seorang ulama berkata, “sekiranya kamu berpurdah dan pamerkan ia di tempat yang tak patut, lebih baik tak usah berpurdah”. Adakah berpurdah ini fesyen???
Perkara ketiga ialah saya lihat ramai yang bercakap pasal jodoh. Terutamanya di kalangan wanita. Sering melihat mereka pamerkan gambar selfie diiringi filter untuk kelihatan lagi cantik. Selalu posting islamic.
Mereka katakan ingin jaga ikhtilat kalau lelaki mesej. Mereka nak lelaki soleh. Jangan kata wanita, lelaki pun nak wanita solehah.
Ada seorang lelaki dan wanita yang saya kenal sering buat begitu. Tiba-tiba daripada single kepada ‘in a relationship’. Saya tengok yang lelaki dulu pasangan dia, kerana beranggapan mungkin wanita solehah.
Wanita bertudung yang cantik, jaga penampilan dan pakaian ikut ‘trend’ terkini tapi selalu selfie mempamirkan dirinya itu dan meraih banyak ‘like’. Diri ini tertanya-tanya adakah ini wanita solehah yang diinginkannya???
Kemudian saya tengok pasangan perempuan pula yang jaga ikhtilat. Pasangan seorang lelaki kaya mempunyai kereta mewah dan juga ada rupa.
Ada juga terlihat mereka bergambar bersama ketika makan angin. Terlihat gambar wanita itu pada halaman sosial lelaki itu. Adakah ini cara menjaga ikhtilat???
Saya pernah melihat perbandingan antara seorang pakar motivasi dengan seorang ulama terkenal.
Pakar motivasi itu mencadangkan pilih lelaki yang kaya kerana senang hidup nanti dan isteri ini tidak boleh dibiarkan susah. Manakala ulama itu mencadangkan lelaki yang soleh kerana yakin rezeki diberi Allah SWT.
Kenapa orang soleh dan bukan orang kaya??? Kerana apabila suami yang kaya tiba-tiba menjadi miskin belum tentu isteri akan tetap bersama. Sudah banyak terjadi di Malaysia.
Manakala wanita yang membiarkan lelaki memilihnya dengan mempamerkan wajah yang cantik, belum tentu lelaki tidak akan terpikat dengan wanita lain yang cantik di luar sana.
Lagipun zaman sekarang manusia yang ada rupa, kaya dan berilmu ini terlalu ramai, yang sedikit adalah manusia soleh dan solehah.
Ulama berpesan pilihlah manusia soleh dan solehah kerana lelaki masuk neraka kerana isteri dan isteri masuk syurga kerana suami.
Itu sahaja ingin saya kongsikan. Kalau ada silap salah tolong betulkan. Kerana saya manusia yang tidak sempurna.
Hidup ini singkat sahabat-sahabat. Dunia ini tempat ujian, akhirat tempat tinggal. Muhasabah diri adakah pilihan hidup kita kerana hawa nafsu atau untuk Allah SWT..
Wallahu alam..
– Sang Pemerhati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit