Hidup Aku

Nama aku Elly. Umur aku genap 21 tahun 10/9/19 yang lepas. Aku salah seorang pembaca setia iiumc macam korang semua juga. Aku nak luahkan kisah hidup aku yang bagi aku terlalu “complicated” untuk aku harungi sendiri sebagai seorang “young adult”.

Hidup aku tiada permulaan indah kerana sejak aku lahir keluarga aku sudah berpecah belah. Aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Jarak umur kami memang jauh. Ibu lahirkan aku disaat rumah tangganya bergolak dengan seorang lelaki yang aku gelar abah. Ketika itu ibu berusia 41 tahun abah pula 47 tahun.

Aku nak cerita panjang tapi aku ringkaskan takut korang bosan nak baca. Aku tahu setiap kehidupan di muka bumi ni ada susah payah jerih perih sendiri yang akan ALLAH hadirkan sebuah rezeki nanti.

Aku mula sedar hidup aku, keluarga aku tak sama seperti orang sekeliling semasa usia aku 12 tahun. Situasi yang sentiasa bingit dengan jeritan dan tangisan hampir setiap hari. Ibu selalu jerit,

“Kalau kau tak nak hidup dengan aku lepaskan aku! Anak nak sekolah perlu duit, setiap bulan aku mengemis pada kau duit nafkah.. sendiri pikir lah!”

BAMMM!! Bunyi pintu bilik bagai dihempas oleh amukkan raksasa.  Dengar kereta abah berlalu pergi. Suara tangisan ibu mendayu kedengaran dari dalam bilik. Aku? lari keluar sorok dibelakang hujung rumah celahan pokok pandan bersama perasaan yang berdebar, takut dan sedih.

Saat itu terdetik di hati kenapa keluarga aku begini? mungkin kewujudan aku menyusahkan mereka? Semenjak itu abah pergi dan pulang sebulan sekali, dua bulan sekali atau bila Ibu telefon.. sebab abah kahwin lain dan ada keluarga lain.

Ada suatu ketika tu tak taulah apa yang berlaku Ibu dan Abah datang bersama ambil report card dan keputusan ujian aku di sekolah menengah tapi abah yang berurusan dengan cikgu.. Cikgu tanya nama aku.. abah terpinga.. dia toleh dan panggil aku,”nama panjang kakak ape ?.. “Nur Elisah lah abah”(bukan nama sebenar).. whuut, seriouslah orang tua ni ?

Untuk makluman korang aku pelajar cemerlang dari sekolah rendah sampai lah SPM. Rezeki yang ALLAH anugerah kat aku. Tapi aku tak sambung belajar mana-mana atas sebab tak mahu berjauhan dari ibu. Aku ada dua orang abang dan dua orang kakak. Semuanya dah berkahwin. Aku ni dah jadi baby sitter tahap PRO dari umur 15 tahun sebab semua anak sedara aku, aku jaga.

Masa sekolah macam part time ah.. ponteng kelas tambahan lari pergi umah kakak aku jaga anak dia sebab rumah dia dekat dengan sekolah. Kakak ngan abang aku semua duduk dekat2 dengan rumah ibu dan sekolah aku. Jadi pahamlah situasi ini. Kini anak sedara aku ada 11 orang.

Jap.. aku tak sambung belajar bukan sebab anak manja atau nak jadi baby sitter sepenuh masa. Tapi lepas sebulan aku habis SPM ibu kena strok. Nasib masa tu aku ada di rumah.. dia jatuh di dapur tangan kanan dia terkena air panas, dia tak boleh bercakap dan kaku. Aku cuba bercakap, “ibu, kenapa ni?”. Ibu jawab pelat tapi aku paham “Esah.. tolong ibu, kenapa ibu tak boleh gerak, panas..”

Aku call abang dan kakak aku. tiada yang angkat. Aku panggil jiran dan lari pergi rumah Abglong aku. Mujur Abglong ada dirumah tengah cuci kereta.. sambil nangis aku cakap “tolong mamaaaaaa !” Abglong start kereta waja dia yang basah tu berdesup terus kerumah ambil ibu bawa ke hospital. Adik beradik kami semua berkumpul di emergency hospital.

Ibu ditahan selama seminggu sebab strok dan salur darah pecah di kepala serta ada kesan darah beku lama seperti terhentak kuat. Aku teringat dulu kalau abah balik.. bila bergaduh, ibu suka hentak kepala sendiri di dinding.

Sepanjang tempoh ibu kena strok aku yang jaga ibu.. semua tawaran sambung belajar aku tolak. Surat menyurat dari universiti aku abaikan tak buka tak baca. Sambil jaga ibu sambil jadi baby sitter kepada anak abglong dan kakngah. Abang kakak aku semua laki bini bekerja disebabkan zaman kini duit itu sangat diperlukan.

Sebulan dua aku redha ikhlas jaga ibu. Tapi tak tau kenapa dengan sendirinya aku makin stress. Aku ada ckp kat mkcik pakcik aku.. Aku stress kenapa aku tak macam remaja lain hidup senang bahagia. Makcik pakcik aku cakap ini Allah nak tambah pahala ganjaran ke syurga. Kalau rasa nak sambung belajar dorang tolong uruskan.

Cuma aku tak tau kenapa berbelah bagi sangat hati aku. Antara takut nak tinggal ibu dan takut nak kasi orang jaga ibu. Akhirnya aku tak sambung belajar dan aku berlayar dalam dunia stress aku sendiri. Sepanjang ibu sakit, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik sedara mara lain ada tolong. Tapi sepenuhnya aku uruskan sendiri. A

bah datang tolong bila perlu check up ke hospital sahaja. Itupun sampai hospital dia turunkan aku dan ibu di pintu utama, dia terus tinggalkan aku terkontang kanting bersama ibu.

Bayangkanlah belum genap 18 tahun aku uruskan semua hal orang dewasa. Abang kakak aku sekali dua je datang.. Seterusnya krik krik. Adalah tolong tapi masih aku yang urus segalanya. Alasan, sebab aku yang bersama mama dari awal jumpa doktor.

Bila sampai hospital je aku kecut perut nak muntah semua ada. Nak tunggu dokter panggil memang lambat, pahamkan hospital kerajaan ramai orang. Ibu pula bila terlalu lama menunggu mesti darah tinggi melambung, kena tahan di zon kuning satu hari atau dua hari. Acap kali ke hospital mesti masuk zon kuning. Dokter pun dah kenal.

Aku bila stress mesti aku marah – marah tak tentu pasal lepastu menangis sambil nyanyi lagu suriram. Sejak tu aku ada kawan imaginasi nama dia seri. Tapi sekejap je. Cuma bila aku tak dapat lepaskan marah atau nak nangis tak dapat aku akan lompat, ketap bibir sampai berdarah, tampar dan pukul muka sendiri. Aku pun tak tau kenapa.

Tapi aku tak buat depan ibu. Depan ibu aku normal cuma ada masa aku nangis lah sambil cakap, “ibu tak sayang esah eh, kenapa ibu tak baik lagi, hidup esah terseksa tau” “kalau ibu takde usaha nak baik, esah lari taknak jaga ibu”.

Sebabkan penat angkat ibu, jaga ibu, masak, urus rumah dan jaga budak aku stress rambut aku gugur banyak tak tumbuh balik, berat aku dari 78 kg menurun ke 52 kg. Muka aku kusam tak ceria macam dulu. Aku sedar ni bila aku amik gambar dengan ibu.

Lepas setahun, ibu pergi menghadap illahi tinggalkan aku buat selamanya. Masa 3 bulan pertama aku macam kena short term memory lost sebab aku tak banyak ingat momen bersama ibu. Yang aku ingat ibu sakit dan ibu meninggal. Aku tak ingat hari2 aku suap dia makan, tukar pampers, mandikan dia, suara dia, or aku jaga budak. Aku tak ingat.

Sekarang dah 3 tahun ibu pergi. Aku masih belum ingat sepenuhnya memori aku bersama ibu. Lepas ibu meninggal, abah terus hilang, pindah dan tukar no telefon. Sampai sekarang tiada khabar dari keluarga abah mahupun abah sendiri.

Tentang masalah stress aku, aku dapatkan bantuan dokter di hospital. Sampai sekarang aku tak tau kenapa kalau marah, aku tak luahkan. Aku masih pukul muka aku sendiri, tak sempat dikawal.

Aku sudah bekerja, ada satu hari tu member sekerja buat aku rasa geram. Aku secara spontan jerit, lompat dan tampar kepala aku sendiri sampai pengsan depan dorang. Aku berhenti kerja. Sekarang aku masih jaga budak-budak sambil meniaga gorengan untuk budak sekolah depan rumah.

Ahli keluarga aku tak tau aku ada masalah mental ni. Sebab aku takut dorang akan salahkan aku atau tinggalkan aku. Hanya seorang sahabat aku yang selalu temankan aku ke hospital untuk kaunseling. Nama dia Seri.

Sekian dari aku. Doakan yang baik-baik untuk aku ya…

– Elly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *