Assalamualaikum semua. Ni confession aku yang kedua. Dulu aku pernah tulis dekat sini jugak pasal kucing.
Ni bukanlah pasal nak confess pape pun just nak berkongsi yang aku rasa jadi dekat aku tahun 2020 ni. Thanks admin kalau siarkan.
Aku tak tau nak mula dari mana. Maafkan aku kalau cerita aku agak berterabur. Kalau kawan2 aku mana ada yang baca, aku rasa korang dapat tau aku sape.
Okay short story pasal diri aku. Aku dah berkahwin dan ada anak sorang. Okay aku start.
1. Bersalin tak sakit.
Aku kiranya agak baru jugak lah bersalin time pkp hari tu. Bersalin sorang tanpa husband teman sebab covid ni kan.
Long short story aku serah diri dekat hospital time hari due sebab aku ada gdm (kencing manis masa pregnant). Then ada lah procedure induce masuk belon tu untuk cepatkan bukaan. Masa tunggu 24 jam dengan induce tu dengan kuasa
Allah aku just rasa sakit2 biasa je, yang aku masih boleh tahan, jalan wad sana sini. Esoknya belon tu jatuh, bukaan dah 4 cm dan aku masih rasa biasa.
Aku pendekkan cerita hari ketiga aku kat wad pagi subuh tu nurse cek contraction aku guna mesin ctg siap dah sampai hypertension.
Dorang pelik siap tanya aku selalu senggugut ke sebab muka aku relax je. Aku mmg tak pernah kena senggugut. Dan aku masih rasa sakit pagi tu biasa2 je.
Nurse terus cepatkan booking labor room aku. Aku masuk labor room dalam pukul 10 pagi dan aku bersalin pukul 11 malam.
Dan sepanjang tulah jugak dengan kuasa Allah aku rasa sakit aku biasa je. Kalau level 10 sakit tu maybe 5 bagi aku. Doktor gunting, jahit pun aku tak rasa.
Nak tau tak apa aku buat sepanjang aku dekat wad sebelum bersalin tu. Aku banyakkan sedekah. Aku bukak fb bila scroll mana2 yang perlukan bantuan aku transfer duit. Tak lah banyak sikit2 je. Aku just doa dalam hati permudahkan aku bersalin dengan sedekah ni.
Oh ye, masa aku pregnant kucing aku pon nak beranak dan aku lah yang jadi bidan sambut anak dia 3 ekor. Sambil tu aku cakap dekat dia, nanti doakan aku senang bersalin mcm dia jugak. Maybe sebab tu jugak kot. Ntah lah.
2. Rezeki terpijak.
Masa pkp ni kan aku memang banyak sangat sedekah melalui fb tu. Aku banyak tolong kucing2 excident, mana yang owner dia mintak bantuan rawatan bill. Pastu tolong shelter2 kucing.
Ada lah jugak 2, 3 no akaun shelter yang memang jadi favourite bank aku untuk transfer tiap bulan. Ntah bagi aku tak ramai yang nak tolong benda2 macam ni. Ni pendapat aku je jangan marah.
Dipendekkan cerita time pkp ni aku dapat RM12k dalam akaun bank aku. Dari sumber yang berlainan lah.
Aku tak nak cerita detail dari mana sebab mesti akan orang kenal aku siapa. Duit tu jugak aku sedekahkan lagi dekat mana2 yang memerlukan dekat facebook tu, dekat syria, macam2 lah.
3. Arwah ayah.
Ayah aku dah meninggal. Tapi ada satu yang aku start buat tahun ni. Sedekah makanan dekat surau untuk orang surau makan khamis malam jumaat. Aku buat tiap2 bulan.
Aku bagi RM50 dekat orang katering suruh dorang hantar dekat surau. Tak banyak nilai tu. Ada lah dapat dalam belas2 bungkus bihun goreng.
Aku mintak orang katering tu letak atas nama arwah ayah aku. Semoga dengan sedekah ni diringankan untuk ayah aku dekat sana InshaAllah.
4. Bagi makan kucing.
Sama macam confession aku yang lama. Bagi makan kucing stray cat tepi2 jalan. Aku memang spare makanan kucing dalam kereta. Nanti aku mintak dorang doakan aku.
Mungkin doa kucing terus diangkat. Kita pun tak tau kan. Kat rumah pun aku memang bela kucing. Setakat ni rezeki aku dan husband aku tak pernah putus. Sejak ada anak ni lagi lah. Macam2 nikmat Allah bagi.
Kadang aku ada jugak belanja officemate. Kan orang cakap kalau sedekah dengan cara bagi makan ni rezeki lagi luas. Inshaallah aamiin.
5. Anak yang baik.
Ntah aku rasa bersyukur sangat aku dapat baby yang senang jaga. Dipermudahkan urusan hantar dia dekat rumah pengasuh dekat dalam kuarters je. Tak nangis malam2, senang tidurkan. Ni lah nikmat yang Allah nak bagi. Alhamdulillah.
6. Small your circle.
Lepas aku praktikkan benda ni aku rasa banyak perubahan dalam hidup aku. Aku lebih banyak share segala benda dengan husband aku je. Aku jadikan dia lah satu2 nya kawan baik aku.
Kalau dekat office aku elakkan solat dengan orang ramai dekat surau masa lunch tu.
Bukan sombong tapi aku takut kalau berkumpul ramai2 tu menyebabkan aku ada tercakap benda menyakitkan hati orang. Nak kerja lama kan. Aku pulak jenis ramah sangat kang tak pasal ter membawang.
Dengan buat benda ni aku rasa aku jadi lagi positif. Aku rasa best je datang kerja.
7. Jaga button share.
Yang ni lagi satu. Tak kisah lah fb ke ig ke. Aku memang elak diri aku dari share aib orang. Means, viral pasal laki bini gaduh, laki ada perempuan lain ke. Pasal viral artis ke.
Baik aku share pasal masak, pasal anak, pasal kucing. Bagi aku, aib ni kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita.
Tak susah pun benda ni. Jangan tekan button share tu walaupun kisah tu best. Kadang aku geram jugak tapi tahan je.
Jgn disebabkan benda kecik ni nanti jari kita kena tanya dekat akhirat. Betul tak ek ayat tu. Betul lah kot.
Okay habis 7 point yang aku nak highlightkan. Ntah lah aku tak tau cerita aku ni tersusun ke tak. Aku just nak share apa aku buat je. Dengan apa yang aku praktikkan dekat atas tu, hidup aku makin positif. Dikelilingi orang yang baik2, kerja tak stress.
Percayalah kalau kita selalu sedekah kita akan nampak perubahan yang banyak dalam hidup kita.
Aku cakap sebab aku dah nampak. Aku tak nak share dekat media sosial aku. Aku tak nak riak. Masa share ni pun semoga Allah palingkan hati aku dari sifat riak tu.
Semoga ada dikalangan pembaca yang dapat apa aku nak sampaikan.
– Hani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit