Hidup Aku

Salam semua! Aku selalu membaca kisah orang-orang di sini dan sometimes I can relate to some stories in here. But hari ini, aku ingin luahkan kisah aku pula.

Nama aku Nai (bukan nama sebenar) dan umur aku dah nak masuk 28 tahun ni. Aku dibesarkan dan dilahirkan di Singapura bersama seorang lagi adikku.

Hidup aku macam gadis biasa, tak special mana, pergi sekolah, cuma aku ni seorang yang sangat pendiam dan tak banyak bercakap.

Jadi biasa dekat sekolah, aku memang selalu lah dibuli sebab aku pendiam. Aku dibuli sampai lah aku ke sekolah menengah.

Dekat sekolah menengah memang aku kerap lah kena panggil gemuk dan sumpah aku sedih dan sangat tertekan.

Memang aku ni kira perempuan tak cantik dekat sekolah, lelaki kat sekolah tak pernah suka aku.

Aku rasa dipinggirkan oleh rakan sekelas aku, lagi bila aku harus kerja berkumpulan bersama rakan sekelas, mereka selalu pinggirkan aku. Rasa terkilan dan sedih sangat.

Di rumah pun, hidup sangat huru-hara. Ibu sejak kecil suka maki hamun, pukul aku banyak, jadi bila aku dibuli dan keadaan di rumah pun huru-hara, mental aku pun tak berapa bagus.

Aku nak sangat pindah keluar dari rumah, tapi apakan daya di SG aku perlu tunggu usia 35 tahun baru boleh beli rumah.

Jadi lepas tamat Menengah 4, aku bekerja di pelbagai bidang (kerja pertama di kedai roti) dan sampai lah baru-baru ni, aku terlihat beberapa rakan sekolah lama aku berkahwin.

Aku gembira untuk mereka semua, tetapi pada masa yang sama aku rasa yang diri aku ni tak laku. Yelah, dah nak masuk 28 tahun, tak pernah ada mata air, couple pun tak pernah.

Aku dah cuba baca cara, you name it. Zaman sekolah, tak pernah ada yang minat, dating apps (lelaki apps semua pelik-pelik bila cuba berkenalan), cuba nak berkenalan dengan lelaki kat luar. Tapi semuanya tak jalan.

Tiba-tiba aku fikir jugak. Kat sekolah dulu aku ni senang kena buli dengan girls popular, orang bila kacau aku “suka” dengan budak lelaki, pun budak lelaki dah elak-elak aku dan cakap aku tak cantik.

Sumpah aku asyik nangis aje sebab fikir aku ni buruk sangat ke sampai tak ada lelaki Melayu yang nakkan aku?

Sedangkan pembuli sekolah aku semua dah kahwin, kenapa sampai sekarang tak ada lelaki nakkan aku? Sedih sangat. Aku tak tahu sampai bila aku akan fikir benda ni.

Kawan rapat pun aku tak ada. Aku nak sangat kahwin and ada keluarga sendiri tapi apakan daya tidak ada seorang pun masih suka aku.

Dah itu aje luahan aku. Tak ada lah masalah besar sangat tapi at least aku dapat lepaskan apa yang ada di dada aku.

Sekian, terima kasih pada yang sudi membaca.

– Nai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam dik. Awak ni still muda lagi, below 30’s. Akak ni dah masuk 40’s and still single. Dulu akak pun macam awak juga. Meratapi nasib kenapa jodoh tak sampai2 lagi. I have tried many ways to find my soulmate, tapi hujung2 semua tak jalan. Am I dissapointed? Of course! Mostly guys yang akak kenal online ni tak serasi dengan jiwa akak dan ada juga yang cuma untuk main-main dan tak serius. Masa tu akak fikir kenapalah susah sangat nak jumpa jodoh. But masuk umur 40, I tried to change my life dengan banyak dekatkan diri dengan Tuhan. Banyak dengar ceramah agama, masuk kelas mengaji Quran, setiap hari baca Quran, berzikir dan berselawat and do kind to people, and you will be surprised how your life changed tremendously when you changed your lifestlye. Hati akan jadi tenang dik. Sibukkan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah, InshaaAllah hidup adik akan berubah.

  2. kecantikan seorg wanita tak di nilai dari “ada org laki nak”. Kita ni Allah dh cipta siap2 sempurna ikut kehendaknya. Apa kata adik cuba terima diri adik, jaga diri adik betul2, be with yourself, taking care of yourself devotedly. Org sekeliling ni percayalah, kalau kita confident dan terima diri kita, dia org boleh tau dari cara kita layan diri kita ni.

    Soal jodoh jgn risau, walaupun kadang2 nak jugak risau, takpa. Kita doa bnyak2, top up ilmu dlm diri, jaga diri elok2, sygi diri elok2, sayang Allah, buat yg terbaik utk Allah…insya allah u will see the changes. okeng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *