Hidup Aku Berubah Selepas Diabetes

Salam semua, aku pernah terbaca confession lama dulu dalam ni juga dan juga di forum lain berkenaan orang yang menghidap diabetes atau kencing manis tahap 1/ (type 1)

Dan aku tergerak nak kongsi sini sebab nasib aku juga sama sebagai pesakit yang sama dan lagi, ujian darah aku baru-baru ni tunjukkan tahap kolestrol aku pula tinggi.

Sedih sangat. Type 1 ni adalah diabetes yang disebabkan rintangan insulin dalam badan.

Senang faham, golongan yang kebiasaannya muda macam aku umur baru awal 30 tapi yang mana insulin dalam badan gagal dihasilkan, jadi memerlukan suntikan insulin dari luar.

Bacaan gula dalam darah aku paling tinggi pernah aku dapat adalah 30++ atau infinite reading. Normal reading anggaran adalah 7.

So, boleh bayangkan, tak mudah untuk aku control dari segi pengambilan makanan atau ambil suntikan pada awal-awal aku dapat penyakit ni.

Aku malas nak imbas balik waktu mula-mula aku didiagnos penyakit ni waktu umur aku 24 ke 25 macam tu. Banyak dan panjang kisahnya tapi aku taknak mengingat.

Cuma nak bagitahu, hidup aku memang berubah 360 darjah lepas tu. Mula dapat tahu, aku depresi.

Aku susah nak adapt kehidupan bila kena suntik tu. Aku banyak kali skip insulin aku yang 3 kali sehari tu untuk siang as short term insulin act dan malam aku guna long term act punya suntikan.

Doktor banyak kali tukar jenis insulin untuk sesuaikan aku.

Aku banyak kali kena consult dengan dietician pasal pengambilan makanan, banyak kali keluar masuk hospital sebelum ni sebab hypergelamia (bacaan gula tinggi). Sampai kena intubate & kena masuk unit rawatan rapi.

Kadang-kadang pasal hypogelamia (bacaan gula teramat rendah).

Dan paling aku tak boleh lupa, kena rujuk ke psychiatarist sebab doktor anggap aku kemurungan atau depresi sebab keluar masuk hospital berulang kali. Padahal tak pun. Aku lebih pada memberontak sebenarnya.

Aku murung bila kena suntik setiap hari sampai mati. Aku kecewa bila aku dapat penyakit pada usia sangat muda.

Aku marah bila nak buat apa pun, sedikit payah dan sulit. Lama kelamaan baru redha dan terima. Tapi masa yang diambil untuk aku terima dan redha tu memang lama.

Tu yang sampai berapa kali tukar jenis insulin, berapa kali keluar masuk hospital, berapa kali depresi, baru aku jalani hidup sebagai pesakit diabetes secara agak teratur.

Apa yang berubah dalam hidup aku adalah cara pemakanan aku, diet aku, kestabilan emosi aku, keyakinan diri aku dan keterampilan aku.

Sehingga kini, aku masih mendapatkan rawatan di hospital setiap 3 atau 6 bulan sekali. Kena buat ujian darah juga sebelum appointment tu.

Bukan benda yang mudah untuk aku hadap sampai sekarang. Banyak juga faktor yang mana aku susah kawal sampai effect tahap kolestrol aku. Aku akui, antaranya tabiat pemakanan aku sendiri, ego aku, dan mentality aku.

Apa aku mampu pesan, anda syukuri lah nikmat yang anda ada iaitu nikmat KESIHATAN, kerana sesungguhnya itu adalah rezeki yang sangat bernilai yang mampu memberi kesan kepada hidup anda.

Aku yang telah begini pun, aku tetap jalani untuk teruskan hidup. Sesungguhnya beringatlah segala apa yang kita dapat sekarang ni adalah pinjaman. Syukuri, hargai dan jalani seindahnya.

– Jejaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *