Hidup aku ni, default setting. Bermakna, benda ada, Alhamdulillah rezeki. Kalau tak ada, sudahlah. Kalau nak buat sesuatu, fikir dulu kedepan nanti effectnya macam mana. Kalau dah buat sesuatu decision tu, memang sehabis baik aku cuba commit.
Aku seorang isteri kepada suami yang baik je sebenarnya. Aku ada anak berusia 4 tahun. Kami hidup happy je tapi suami aku cepat betul terhasut dengan kata family dia.
Baru ni aku pindah masuk rumah yang ayah aku hadiahkan kepada aku untuk birthday aku yang ke 18. Rumah low-cost je. Dah lama dia beli rumah ni, masa umur aku 7 tahun lagi.
Jadi sementara dia nak tunggu aku perlukan rumah tu, dia sewakan. Umur aku 23 baru aku perlukan rumah tu sebab kebetulan aku dapat kerja di daerah rumah tu berada.
Sebelum ni 3 tahun aku menyewa di kotaraya. Baru sekarang ada rezeki posting di negeri kelahiran sendiri. Rumah low cost, sebelum kami masuk rumah tu ayah dah tolong tukar lampu & kipas, tambah dinding pemisah dapur – ruang tamu, cat baru & tambah table top.
Aku sangat berterima kasih sebab pada aku ini dah cukup dari lebih. Bahagian depan rumah lompong la. Maksud aku, tiada pagar (penyewa sebelum ni campak mana pun aku tak tahu) ayah aku pula jenis sewakan tanpa kontrak tanpa deposit.
Jadi terbiarlah depan tu. Aku berniat dapat gaji aku pasanglah pagar. Setel dah sekarang.
Laman depan ni pula tanah je. Tak bersimen. Simen area rumah aku ni masih mahal ye aku tak mampu lagi. Tapi aku ok je takde masalah. Aku racun rumput tiap bulan dan upah orang potong rumput. Depan pun takde awning. Kereta aku berpanas lah.
Tapi sebab aku belum mampu nak buat semua tu, aku sabar dulu. Aku selimutkan je kereta aku. Semua ada jalan penyelesaian kenapa nak fikir rumit kan? Rumah aku pun takdelah deco cantik sebab anak aku tengah melasak. Ini pun dinding, kerusi & sofa penuh art berat dia.
Aku ada je whiteboard kat dinding untuk anak aku tapi budak kan kreatif? Nak buat playroom? Bilik semua tingkat atas. Takkan setiap kali anak main aku nak menghadap dalam bilik.
Sampailah tiba satu masa keluarga in law aku datang. Masuk je terus membandingkan rumah aku dengan rumah adik ipar aku.
Rumah adik ipar aku low cost juga tapi dah buat total renovation nampak lawa lah. Interior deco pun aesthetic walaupun anak kami sebaya. Ya la dia suri rumah, walaupun penat, kalau dah nama pun kat rumah mestilah nak rumah nampak berseri.
Bila mereka ke rumah aku, ada ajalah “oh boleh tambah ni luaskan ruang tamu. Belakang ni boleh bukak ni Zul (suamiku) tambah lagi satu bilik. Dapur boleh luaskan ni” bla bla bla bla bla.
Jadi selama setahun ni la aku menghadap laki aku sibuk nak besarkan rumah. Kalau nak sponsor takpe, kalau rajin nak kemas rumah takpe. Ini tolong aku deep-clean rumah pun seminggu sekali. Kalau tak bebel tak buat.
Lagi pulak pada aku cukup luas je rumah ni untuk kami bertiga. Tak ada perancangan pun nak tambah anak memandangkan komitmen laki bini ni tinggi.
Bulanan rumah ni sekarang laki aku yang sambung bayar walaupun ayah aku hadiahkan. Tapi murah la compare dengan nak beli rumah baru zaman sekarang, cuma RM500 je bayar bank sebulan.
Kemuncak aku menulis ni adalah weekend lepas in law aku datang lagi. Selama setahun lebih aku duduk sini, itu kali ketiga dia datang. Masa kali kedua dia datang masa suami aku takda kat rumah jadi takdelah dia nak cakap apa-apa kat aku kan.
Kalini dia mempersoalkan takde beza pun sekarang dengan dulu. Lah dalam setahun tu kami ni nak beli meja makan, nak beli sofa, nak beli tv, nak beli katil. Nak kumpul duit simen depan rumah pun paling murah orang amik RM5k. Sinki sumbat berKKKKK aku jugaklah membayar.
Jadi bila dia dah start ayat sama boleh besarkan ruang tamu la bagi anak selesa main laaa mulalah laki aku menghasut lagi. Adik dia tu renovate rumah keluarkan kwsp zaman pkp boleh citer la.
Kalau nak buat sangat silalah sponsor 100% sebab jujur ya aku rasa besarkan rumah ni bukan satu keperluan. Aku lagi rela duit tu bawak anak aku berjalan. Kau nak besarkan rumah pun dah tua nanti duduk berdua tau.
Rumah in law aku besar. Sebelum kahwin 3 bilik je. Pastu anak dia nak kahwin, dia tambah lagi 3 bilik besarkan rumah lagi. Aku faham senang anak menantu balik. Tapi masalahnya dah 5 tahun aku kahwin tak pernah lagi semua balik serentak.
Lepastu rumah berhabuk bersawang semua bilik terbiar sebab tinggal berdua kan? Mana larat nak kemas. Anak menantu yang balik la kemas sendiri. Tapi kalau dah rumah 6 bilik takkan balik 2 hari 1 malam, memang mengemas jela kerja aku. Sampai kadang aku pun malas balik.
Bak kata mak mertua aku “mak tak kemas pun bilik. korang balik korang pandailah kemas sendiri” lah pulakkkkk.
Aku ok je mengemas. Tapi lepas mengemas, menyental bilik air memang aku tidurlah dalam bilik. penat kot. pastu judge.
Ok tu. Besarkan rumah tu satu keperluan ke? Aku sungguh duit tu baik aku bawak anak aku bercuti.
– Narnia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak perlu besarkan rumah sbb hanya duduk ber 3. Jangan tertipu dengan pandangan orang luar. Simpan duit untuk masa depan anak dan waktu2 kecemasan. Kalau suami sibuk hal ni suruh dia keluarkan belanja 100%. Jangan awak gunakn duit awak. Dah dpt rumah free tu dah bersyukur. Pekakkn telinga jika ada yg jd batu api.
benar belaka
kenapa nak ikut corak hidup orang lain
kita yang mengacu kehidupan kita
:)
Jenis menyibuk rumah orang. biar la orang taknak besarkan pun. semua tu kos. baik mcm awk ckp, bawa anak jalan-jalan. yang suami awk tu tak sykur ke? lepas ni dia nak besarkan ke nak buat apa pun mcm family dia suruh, biar dia guna duit sendiri sepenuhnya. Bilik-bilik kat kampung tu, kemas bilik awk sudah. kalau yang lain buka mulut, cakap kat dorang kongsi duit, panggil orang kemaskan rumah / bilik masa balik kampung. senang. tenaga pun tak habis
Dik, pedulikan apa org nk kata, hatta ahli keluarga sendiri. Akk pun duduk rumah dr pemberian mama akk, as is, sampai sekarang, dah 16 thn kahwin, xda nak reno2. Kami berempat, keluarga minimalist. Jadi xada keperluan utk pecah sana sini, extend sana sini, merumitkan kepala. Dunia ini persinggahan, jadi jgn hias cantik2 sgt rumah, sbb nanti kita rasa payah utk meninggalkan dunia. Bykkan hiasan(amalan) utk rumah abadi disana kelak. kerana tu adalah kekal. Selamat beramal…