Hidup Atas Bebanan Diri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/hidup-atas-bebanan-diri/).

Assalamualaikum. Terima kasih pada semua warganet yang mendoakan kebaikan untuk saya sekeluarga selepas terluahnya kisah saya simpan lama bertahun. Hatta mak ayah dan keluarga sendiri pun banyak tak tahu kerana menjaga air muka suami.

Jadi selama ini saya tidak ada teman berkongsi rasa sepenuhnya. Hanya sejadah saja boleh tempat saya curah air mata dan akhirnya tertidur. Hehe.. itulah biasanya.

Bukan semuanya boleh kita kongsi rasa dengan suami sendiri demi menjaga hatinya. Suami saya tidak ikut confession iium ini.

Ini pun saya terpanggil menulis setelah saya baca confession sebelum ini yang lebih kurang sama masalah saya hadap, menjentik saya untuk berkongsi kisah hidup jadi iktibar kepada semua.

Ada commenter hairan bagaimana rumahtangga kami boleh bertahan setakat ini. Saya akui ada juga angin ributnya. Cuma pihak suami bijak menangani waktu saya lost. Suami akan diam, biarkan saya redha kemudian dia akan memujuk dan menyantuni saya.

Suami agak matang bila kami ada masalah. Disinilah pentingnya peranan seorang suami mengimbangi perasaan isteri waktu isteri sedang gundah gelana. Bukannya membiarkan si isteri dalam keadaan terasing, seorang diri dan bertahan dengan ego.

Ada commenter kata suami saya dayus kerana membiarkan saya seperti dibuli keluarganya. Tidak, dia tersempit. Saya bertahun lama melihat cara dia menyantuni kedua orang tua waktu arwah hidup dan ibunya yang masih ada, biarpun ada waktu dia tidak setuju.

Perkara ini membuat saya sebagai isteri turut bertahan untuk sama sama merasai apa yang sedang dia lalui. Siapa lebih kenal dan tahu perangai suami melainkan kita isterinya. Kita yang berkongsi bantal, susah payah dengan dia, tahu apa masalahnya setiap hari. Biasanya dia tidak akan ceritakan masalahnya pada si ibu tapi dengan kita isteri, kitalah teman dia berbual & bincang.

Suami memberi layanan baik pada orang tua saya menyebabkan saya rasa beralah dengan kekurangannya atas kebaikan dia pada orang tua saya. Dalam sekecil hingga sebesar hal kami akan berbincang dan buat keputusan bersama.

Apabila kesepakatan dan rasa yakin wujud, maka rezeki kami dapat bertahan sama 20 tahun ini.

Sebenarnya meletakkan jarak dengan keluarga suami bukan lah satu perasaan bangga dan keras hati. Ada commenter kata saya keras hati. Anda tidak melalui sepenuhnya kehidupan saya dan bukan semua saya perlu ceritakan satu persatu. Ada banyak perkara yang tidak dapat saya ceritakan semua macam novel. Ia tidak jadi bersahaja gitu.

Ada waktu saya menangis bila pikir apa yang dah jadi. Satunya, perasaan suami sendiri apabila kita si isteri enggan masuk zon keluarganya. Tapi saya berharap dia beri saya tempoh untuk pulih. Dan setakat ini dia tidak mendesak saya. Cukuplah saya simpulkan keadaan saya seperti orang patah hati. Kecewa sangat.

Jarak ini, mungkin dapat menyedarkan keluarga suami terutama ipar duai yang tindakan mereka banyak merosakkan hubungan kekeluargaan.

Saya dan suami hingga ke hari ini masih memikul tanggungjawap sebagai anak & menantu sulung dek kegagalan arwah mertua lelaki dulu menunaikan tanggungjawap keluarga. Saya tidak menghalang suami saya berbakti. Saya tidak halang suami balik bawa anak anak. Cuma ia sudah tentu tidak lengkap. Kesedihan ini selalu saya rasa.

Mungkin apa yang kami lalui, membuatkan kami lebih matang berperanan sebagai mak ayah kepada anak anak. berhati hati dalam setiap keputusan melibatkan keluarga. Kami juga tidak mahu menyusahkan anak dan menantu masa depan.

Apa yang kami buat sekarang, adalah membuat persiapan hari tua supaya kami boleh berdikari tanpa membebankan anak saat kami tua. Dalam masa sama kami bertungkus lumus beri terbaik pada anak terutama hal sekolah mereka.

Cukuplah anak esok esok datang menyantuni kami dengan rasa kasih bukan dengan beban & menjeruk hati. Tapi saya tak berani kata lebih. Ujian masa depan saya sendiri tak tahu. Harapnya Allah simpati dengan saya dan beri kemudahan pada kami sekeluarga. Saya turut doa kepada semua kaum perempuan khususnya diberi kehidupan rumahtangga yang baik, suami yang baik, mertua yang baik baik.

Maka semua ibu ayah diluar sana, usahalah sungguh sungguh menjaga keluarga dengan baik terutama orang lelaki sebagai ketua rumah. Ubah sikap bujang selamanya. Berani berkahwin bermakna anda sedia memikul tanggungjawab pada anak isteri.

Jadilah ibubapa yang bertanggungjawap, ajarilah anak anak tanggungjawap dan sensitif (sense) pada orang. Harapnya kisah ini memberi iktibar pada semua dalam hubungan anak beranak dan menantu.

– Wawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *