Hidup Bagaikan Keldai Jatuh Lubang Yang Sama II

Untuk part I, (https://iiumc.com/hdpbknkldjthp/).

Assalamualaikum, selamat berpuasa kepada semua pembaca-pembaca IIUM Confession.

Saya sedar ramai yang memberi kata-kata positif dan ada yang memberi kata-kata negatif kepada saya. Saya ingin mengucap kan terima kasih kerana memberi kata-kata semangat yang positif.

Ada yang memberi kata-kata negatif tu saya maaf kan. Sebab anda tidak berada di tempat saya, anda tidak rasa macam mana yang saya rasa selama ni.

Sebenarnya saya start depression semasa saya pada zaman remaja lagi. Depression kerana didera oleh ayah saya secara mental & fizikal.

Dan selepas berkahwin dengan bekas suami, saya melahirkan anak pertama. Terjadi lah masalah-masalah yang saya bercerita di part 1.

Saya didera mental & fizikal sekali lagi semasa saya tengah pantang dan Orang panggil MEROYAN.

Kita tak minta jalan hidup kita seperti ini. Allah yang tentukan, ujian yang datang Ada masa, ujian yang Allah berikan itu terasa senang untuk kita hadapi.

Tetapi dalam banyak keadaan, ujian yang Allah berikan itu kita rasakan terlalu berat untuk ditanggung hingga akhirnya kita tertekan.

Terasa ingin bunuh diri itu bukan sesuatu yang lawak, dan bukan sesuatu yang mudah untuk dikawal. Ada kata saya tidak memikirkan anak.

Alhamdulillah saya masih memikirkan anak saya, anak dalam kandungan. Its not easy for me to accept all of this.

Saya cuba kawal diri kawal minda dan perbuatan daripada membuat suicide attempt.

Mungkin banyak lagi saya tak bercerita dalam confession ini. Kalau nak diikutkan sehari semalam pun tak kan habis, hehe..

Tujuan saya membuat confession dalam IIUMC ini kerana saya tiada siapa-siapa yang ingin diluahkan. Dan saya berasa malu dengan ahli keluarga, rakan-rakan saya.

Dan saya tidak mahu suami kedua saya dibenci oleh ahli keluarga saya, seperti bekas suami saya terdahulu. Biar lah saya simpan dalam hati dan luah kepada Allah SWT.

Kalau tidak, apa guna page ini disiar kan ye, hehe. Saya cuma ingin berkongsi masalah secara public tanpa orang mengetahui identiti saya yang sebenar. Dan saya terasa down kerana tidak mempunyai siapa-siapa.

Ya saya ada ibu dan ayah saya. Mereka sudah tua untuk mendengar masalah yang saya hadapi. Saya tak nak mereka risau kan keadaan saya.

Kalau anda berada di tempat saya anda semua akan faham :) saya bukan ingin menagih simpati. Saya cuma ingin supporter, ingin diberi nasihat.

Ya, saya berkahwin kali kedua.Tetapi apa yang saya memikir kan anak saya, saya tidak mahu dia membesar tanpa seorang ayah. Tanpa kasih sayang seorang ayah.

Selama saya menjanda dahulu, dia menagih kasih sayang dengan orang lain. Dan pada mula nya semua indah belaka apabila saya bertemu dengan suami saya.dan perjumpaan itu tidak dirancang sehingga berkahwin pun.

Tetapi orang cakap dah nama nya jodoh kan. Dan anak saya pun dah anggap suami saya itu macam ayah kandung dia sendiri.

Saya pun tak sangka selepas kahwin mengandung anak kedua ni akhirnya berubah seratus peratus.

Saya terima kecaman daripada kakak2 – abang2 yang telah buat andaian yang sebegitu. Saya terima dengan hati yang terbuka walaupun terasa pisau yang telah mencucuk-cucuk hati saya.

Doa kan saya cepat sembuh ya. Insya-Allah saya kuat kan diri untuk melangkah kaki ke klinik untuk mengesahkan simptom yang saya alami ni.

Terima kasih banyak2, selamat berpuasa. Assalamualaikum.

– Puan Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *