Assalamualaikum. Thanks admin andai confession ini disiarkan. Pernah tak korang kenal kawan atau saudara yang dah berhabis ribuan ringgit beli tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga ke Australia tapi sudahnya tak sempat jejak kaki pun ke negara tersebut kerana visa mereka kena reject? Atau mungkin anda sendiri pernah menghadapi situasi tersebut?
Lebih sedih dan kasihan apabila anda dah sampai pun di airport di Australia, dengan sanak saudara, dengan beg berbondong bondong, dengan excited nak memulakan holiday yang telah lama dirancang, tapi kena tahan dan disoal siasat di imigresen dan tak pasal pasal anda dihantar pulang oleh mereka setelah visa anda dibatalkan?
Nah, ini semua terjadi bukan tak bersebab ye. Semua nya terima kasih kepada segelintir rakyat Malaysia yang memberi reputasi buruk terhadap pelancong Malaysia.
Kalau anda belum sedia maklum, Malaysia sekarang dalam list pemerhatian kerajaan Australia dan hampir diblack list kerana ramai rakyat Malaysia yang salah guna visa pelancongan untuk bekerja disini. Rakyat Malaysia sebenarnya beruntung, nak dapat visa ke sini teramat mudah, boleh apply online dan bayar dalam RM60 je untuk dapatkan visa melancong. Dalam tempoh 24 jam, anda terus diberi visa. Ini dipanggil Electronic Travel Authority atau ETA.
Kalau korang nak tahu, ada beberapa negara je yang dibenarkan apply ETA ni. Kalau pelancong negara lain, siap kena ke embassy, tunjuk statement bank yang ada minimum simpanan sebanyak beberapa ribu dollar Australia untuk bercuti disini. Namun sayang, oleh kena sikap mementingkan diri segelintir rakyat kita sendiri, kemudahan ini mungkin tak akan dapat dinikmati lagi di masa akan datang.
Korang tahu kan PATI? Pendatang asing tanpa izin yang selalu nya korang jugak yang kecam dan hina kat Malaysia tu kerana overstay atau kerja tanpa permit di Malaysia? Sedih, sebenarnya ramai rakyat Malaysia sendiri yang jadi PATI dan hidup dalam ketakutan di Australia. Dengan keadaan hidup yang sangat menyedihkan, tak dibayar gaji sepatutnya oleh majikan yang mengambil kesempatan. Takde beza lansung dengan PATI di Malaysia tu.
Ramai yang jadi mangsa scam ejen yang menjanjikan kerja dengan gaji lumayan. Memang lah lumayan kalau korang tukar terus nilai matawang. Tapi kos sara hidup disini tinggi beb. Sewa per minggu, dengan nak makan minum lagi, silap silap tak cukup gaji korang tu. hakikatnya korang below poverty. Takde majikan yang sanggup ambil risiko bagi korang kerja, yang sanggup pun jenis samseng yang bagi korang gaji kais pagi makan pagi.
Buat apa bagi gaji banyak? Dorang pun ambil risiko besar sebagai majikan. Kalau kantoi beratus ribu dollar kena saman. Silap silap gulung tikar terus. First few weeks mungkin korang rasa gaji banyak, sebab yelah, kerja tak pakai permit, tak kena cukai. Siap boleh show off kat insta hidup oversea konon. Lepas tu mula lah episode igauan ngeri.
Nak kerja pun kena pasang mata belakang kepala takut kena raid dengan imigresen. Rumah sewa pun dah macam rumah kongsi satu rumah 3 bilik duduk sampai berbelas orang sebab nak sewa rumah kat sini bukan senang kalau korang takde permit. Proses nak sewa rumah macam korang nak apply kerja, apply sepuluh entah entah satu pun taak approved sebab korang kena kemukakan bukti visa yang sah, bank statement dan sebagainya.
Kat Malaysia pakat pakat kecam PATI, berlagak suci macam bangsa Malaysia ni takde yang mengemis dinegara orang dalam keadaan yang menyedihkan. Tolonglah jangan hipokrit ye. Ramai dah aku jumpa adik adik yang tanya aku camne nak stay kat sini. Bila aku tanya dorang kata dorang kat sini visa tourist, tapi kerja. Siap bawak adik abang lagi kerja sama. Lepastu rancang nak apply visa pelarian sebab takut pulak nak overstay kan. Ewah ewah. Korang dengar nasihat siapa ni? Maaf lah meh aku sound setepek. Korang tahu ke apa maksud visa pelarian ni?
Ye visa pelarian ni visa yang paling murah nak apply. Sementara tunggu approval pun korang boleh kerja. Tapi ada catch ye. Korang kena kemukakan sebab kenapa korang lari dari negara asal, kenapa hidup korang akan terancam kalau korang balik. Adalah yang bagi alasan pelik2, contohnya macam Sirul yang dituduh bunuh Altantuya. Ye. Ada jugak yang bagi alasan dah keluar agama, murtad, atau mengaku gay so takut kena hukum kalau balik Malaysia. Macam macam lah. Ini ibarat korang jual negara sendiri dan cut ties dengan Malaysia. Panjang cerita. Aku nak cerita detail pun tak kuasa.
Dalam tempoh memohon tu, korang tak boleh balik Malaysia beb. Dan paling lama, lepas dua tiga tahun, application korang kena reject. Selalunya memang kena reject lah sebab alasan memang dibuat buat. Lepas tu korang kena hantar balik Malaysia melainkan korang menghilangkan diri dari radar. Tu pun kalau korang sanggup la. Sanggup tak jumpa keluarga yang ditinggalkan di kampung. Kalau passport korang hilang atau expired pun tak boleh renew, sebab kedutaan Malaysia pun dah ketatkan syarat nak renew passport. Korang kena provide bukti macam macam kalau nak renew beb. Sudah nya, korang takde identity kat sini.
Kalau ditakdirkan korang kemalangan ke, sakit ke kat sini, nauzubillah. Tanpa insurans dan medical coverage kat sini, kos perubatan sangat lah mahal. Akhirnya terpaksa menyusahkan keluarga dikampung kirim duit kat korang. Banyak kes macam ni. Ada yang dah terlantar, koma kat hospital sini, tak de permit pulak, lepas tu keluarga buntu tak tahu nak bawa balik macam mana sebab kedutaan Malaysia pun tak pasal nak tolong.
Dah mengaku pelarian dari Malaysia kan? Last nya, buka go fund me untuk kumpul dana buat cover cost balik Malaysia. Kalau meninggal kat sini, siapa yang nak tanggung kos kebumi yang kurang kurang 10ribu dollar? Itupun lebih murah dari nak bawa balik jenazah. Sangatlah menduka citakan.
Adik, abang, kakak, kalau rasa hidup terhimpit sangat kat Malaysia pun, jangan lah cuba cuba nasib dengan cara yang salah. Tak berkat tau. Korang kalau dah kena deported dari mana mana negara, kena ban kurang2 3 tahun dari menjejakkan kaki lagi ke negara tersebut. Bukan tu je.
Dimasa hadapan, kalau korang nak ke negara lain pulak, walaupun time tu korang dah jadi jutawan mekap ke apa ke, disebabkan rekod korang pernah deported, korang akan susah nak dapat apa apa visa. Mana mana negara pun akan aware tentang history korang kena black list.
Ramai dah aku jumpa kat stesen bas la, kat dalam train la. Siap tanya tanya aku camne nak stay sini. Tak larat aku nak explain tiap kali aku jumpa. Nak rayu kat dorang jangan buat keputusan bodoh. Yang tanya baik baik, aku jawab baik baik la. Tapi aku pun berbelah bagi nak report korang kat imigresen.
Aku kesian kat adik adik, teringat kat adik adik aku sendiri. Tapi korang yang tak kesian kat diri sendiri, tak kesian kat pelarian yang benar benar lari dari bahaya persekusi contoh nya yang dari xinjiang, syria, palestine dan sebagainya. Disebabkan pelarian palsu macam korang ni lah, hidup diorang merana.ada yang kena tahan kat kem pelarian tanpa kemudahan asas yang mencukupi. Tergamak nye korang. Ade korang fikir? Dorang tu memang terpaksa, do or die, yang korang pulak buat buat.
Malaysia sekarang dah menyandang tangga teratas piala pemohon visa pelarian paling banyak di Australia. Kalah negara komunis. Bangga ke? Orang Indonesia, Bangladesh, dan Nepal yang selalu korang perlekeh pun jauh lebih bermaruah dari rakyat kita yang tak tahu malu. Elok je masing masing ada permit. Siap ada yang dual citizenship lagi.
Aku sedih sebab rata rata yang aku jumpa buat kerja ni adalah melayu. Ye aku tahu yang non melayu ada gak. Tapi sepatutnya yang melayu islam lebih faham konsep berkah dalam mencari rezeki. Korang buat la cara elok. Research betul2. Korang kalau study kat sini, ada kemungkinan boleh terus stay kat sini kalau korang cukup kriteria. Ataupun kalau korang ada skill dan kelayakan dalam bidang pekerjaan tertentu, kerajaan Australia akan bagi korang working visa. Ofcourse banyak step. Tapi in syaa Allah berkat tanpa unsur unsur penipuan.
Aku kat sini pun baru a few years. Sejak aku kawin, suami aku dah status penduduk tetap kat sini. Jadi aku ikut dia dan start keluarga disini. Tapi bukan mudah guys. Walaupun dah kawin, aku masih in the proses nak dapatkan status penduduk tetap. Habis duit hantaran aku, siap mak aku top up lagi untuk aku apply spouse visa untuk kesini. Ye mahal. Namun aku rela demi mencari keberkatan, aku nak ikut suami dan membina keluarga disini. Aku perlukan redha Allah.
Suami aku pun masa nak apply kerja kat sini, terpaksa berhabis ribu riban untuk bayar kos visa. Tapi sebab dia dah ada long term goal untuk memulakan kehidupan berkeluarga disini, dia gagahkan kumpul duit, ambil ujian IELTS sampai lulus, buat paperwork yang kemain banyak, semata mata nak stay kat sini. Bila dah dapat visa penduduk tetap pun, dia bayar cukai yang tinggi seperti penduduk Australia yang lain untuk menikmati kemudahan disini. Supaya anak anak kami dapat medical coverage dan kemudahan pendidikan yang mencukupi.
Semua ni tak senang. Ramai yang tak sanggup. Tapi sanggup ke korang menzalimi diri sendiri? Tolong la jangan selfish sangat. Fikirkan orang lain. Hidup ni kalau nak berkat kena mudahkan urusan orang lain, bukan menyusahkan. Jangan bawa nama buruk kepada Malaysia dan agama Islam. Please la. Ramai rakyat Malaysia yang tinggal dengan permit disini malu dan susah hati. Tiap kali ada keluarga nak datang melawat, kami yang paranoid mereka tak lepas di airport walaupun mereka bukan niat nak stay sini tanpa permit.
Aku ada adik adik yang masih belajar di Malaysia, tiap kali diorang nak datang melawat, aku terpaksa suruh mereka bawa student card, surat offer diuniversiti, bukti tiket perjalanan balik dan sebagai nya. Disebabkan mereka belum bekerja, aku takut mereka jadi target soal siasat imigresen disini.
So please, kalau korang ade kenalan yang tengah plan nak kerja disini tanpa ikut proses yang sah, tolong lah nasihatkan. Ingat lah orang yang tersayang kat kampung, mak bapak, anak bini. Jangan la buat kerja yang akan menyusahkan dorang okay. Memang ramai yang niat nak kerja sini, kumpul duit dan hantar balik untuk family, tapi bukan semudah itu. Silap silap duit yang berjaya dihantar balik pun sikit je. Tak padan ngan kesusahan yang dilalui, sebab tak ada berkat.
Aku galakkan anak muda merantau. Tapi sebagai muslim, kita merantau bawa reputasi Islam. Ada tujuan kita, bukan saja saja atau untuk mencari kekayaan atau kesenangan hidup semata. Tujuan kita untuk berdakwah walaupun bukan dengan cara yang direct. Tapi kita kena tunjuk peribadi yang baik walau dimana kita berada dan bukan sikap mementingkan diri sendiri okay.
– Malaysian through and through (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit