Hidup Bebas Hutang

Selepas baca confession Sis Marina.. akak terpanggil nak kongsi macam mana susah payahnya akak hidup bebas hutang..Alhamdulillah rezeki Allah untuk akak. Akak bekas pelajar UIAM juga.

Alhamdulillah akak berjaya habis belajar di UIAM bebas PTPTN atau sebarang pinjaman lain. Mak ayah dan abang2 akak penoreh getah jadinya dari kecik sampai besar akak belajar dan berusaha sendiri untuk dapat apa2 yang akak inginkan.

Contohnya

1) akak dapat belajar tanpa hutang disebabkan mak ayah akak ajar akak menabung dari kecik..duit raya memang tak guna langsung. simpan untuk masa depan. dapat biasiswa masa sekolah menengah pun guna sikit kemudian simpan. Jadinya untuk yuran UIAM memang guna duit simpanan tu. Untuk makan pula akak dapat 200 sebulan dari mak dan abang2 sebab ayah dah meninggal masa tu. Akak memang cuba berjimat sehabis mungkin. Kawan2 makan sedap, kawan2 p tgk wayang, kawan2 shopping akak tengok ja.Serius akak tak teringin pun nak ikut apa yang kawan2 buat.

2) Lepas tu, masuk fasa smartphone. Orang lain semua dah ada smartphone akak masih lagi pakai phone biasa. Lepas setahun macam tu orang lain ada Whatsapp bagai akak pun terpaksa upgrade pakai smartphone sebab orang komplen susah nak contact akak. Akak beli smartphone hasil usaha akak dapat upah buat bisnes proposal untuk mak cik akak. Harga handphone tu 200 ja. Akak pakai sampai sekarang (5 tahun dah). Tak rasa nak upgrade pun sebab macam membazir untuk orang yang bergaji sikit macam akak.

3) Beli kereta kancil second hand. Lepas abeh exam final akak dapat offer keja. Gaji seribu lebih ja. Akak terima keja tu sebab tak nak menganggur lepas grad. Masa keja akak susah nak ke sana sini jadi selama 6 bulan akak berjimat cermat sehabis mungkin dan dapat simpan 5000 selama 6 bulan keja. Dapatla beli kancil comel tu dengan duit sendiri.Masa tu akak ada dengar kawan akak, mak ayah dia beli kereta baru untuk dia (jeles la jugak) hehehe.. Masa tu macam-macam orang (terutamanya orang kg akak) mengata sebab beli kancil ja..ambil duit mana beli kereta dan macam lagi la..sekarang ni gaji dah upgrade tapi akak tak terasa nak upgrade pun kereta dengan handphone akak sebab akak takut nanti meninggal tak sempat bayar hutang. Jadi akak mula la menyimpan sikit2 ada rezeki nanti beli kereta cash kalau tak ada rezeki setia dengan kancil comel tu.

4) Akak ni suka beli barang2 rumah contohnya sofa, vacuum dan lain-lain sebab family akak tak mampu. Jadi bila akak dah kerja akak berjimat cermat untuk beli semua ni bayar cash sebab sebolehnya tak nak berhutang.

Sebenarnya banyak lagi kalau nak cerita. Tambah lagi sekarang ni abang akak dah meninggal. Akak yang kena ambil alih jaga keluarga termasuklah anak-anak dia. Jadi point utama akak cerita ni adalah sebolehnya adik-adik, akak-akak dan abang-abang diluar sana, kalau tak mampu janganlah berhutang. Akak dah tengok depan mata banyak yang berhutang tak bayar ni hidup tak tenteram, duit tak pernah cukup dan ada ja benda yang tak elok dan melibatkan duit akan terjadi. Sesungguhnya dosa tidak bayar hutang sangat berat

Sekian akak struggle.

– Akak Struggle

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit