Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin jika sudi mem-publishkan cerita aku yang tak seberapa ni. Maaflah kalau tajuk tak menarik, aku pun tak tahu nak letak tajuk apa. Karang letak tajuk pepanjang tak kena dengan jalan cerita aku kena bash pula. Huhu.
So straight forward jelah ye. Kot nampak aku menyimpang dari jalan yang benar tu maafkanlah daku. Aku ni mudah hilang fokus sikit. Okay, firstly, nama aku Fifie (nama samaran). Walaupun nama tu tak penting tapi gasaklah aku nak letak jugak. Intro kena ada kan. Aku anak sulung daripada * beradik dan ayah aku baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Confession aku ni senang cerita tentang hutang dan harta. Ye kalau agak-agak membosankan korang aku minta maaflah. Aku bukan nak buka aib keluarga tapi apa yang nak aku sampaikan kat sini anggaplah sebagai satu pengajaran untuk aku dan korang semua.
Sejujurnya, aku tak pernah ambil tahu berapa banyak simpanan & hutang arwah ayah aku. Dan sejak dari zaman aku belajar hinggalah aku dah kerja, aku jarang sangat minta duit daripada ayah aku. Kalau selalupun minta topup jela. Tu pun masa study dulu. Why? Sebab aku tahu ayah aku kurang berkemampuan untuk menanggung pengajian aku walaupun adik beradik aku takdelah ramai mana. So aku banyak rely on emak.
Okay, cut the story short, ditakdirkan ayah aku meninggal mengejut. Mengejut sebab arwah ayah memang sihat walafiat even pada hari dia meninggal. Tak tunjuk tanda-tanda apa pun. (Al-fatihah ayah). Jadi sebagai anak sulung, emak memang bergantung sepenuhnya pada aku untuk settlekan hal-hal arwah ayah terutama bab kewangan. Jadi, gigihlah kami anak-beranak selongkar dokumen etc dan jejak semua institusi kewangan just to make things clear.
Oh sebelum tu meh aku habaq awal-awal. Kami bukan gilakan harta. Kami memang tahu ayah tak berharta & kami adik-beradik okay je. Cuma yang membuatkan kami terkujat dan perlu jejakkan kaki ke semua institusi kewangan adalah kerana PERSONAL LOAN dan HUTANG KAD KREDIT arwah ayah. Kenapa terkujat? Sebab total personal loan yang ayah aku ambik lebih daripada RM100k dan outstanding kad kredit ayah ialah RM3k+. Tu latest one ok. Kami dan emak macam terpinga-pinga kejap sebab emak beritahu ayah tak pernah hulurkan satu sen pun duit personal loan tu pada emak, neither buat beli rumah ke, beli tanah ke etc. Yang emak tahu, ayah main saham.
Aku pun duk ketaq tanga dah sebab noob kan takut lah tetiba emak kena tanggung hutang arwah ayah banyak tu weh maan emak nak cekau duit. Kami bukan orang senang pun. Jadi aku selongkar lagi dokumen ayah kot-kot lah jumpa insurans. Boleh claim dan buat bayar hutang-hutang tu kan. Malangnya, takde 1 pun insurans yang aku jumpa. Jadi aku cuba tanya kekawan banker apa nak buat dengan personal loan sebanyak tu. Kalau kena bayar jugak memang menangis huhu (tak ni bukan ungkit hutang ayahtapi sebagai anak dan keluarga of course lah kita nak arwah ayah bebas hutang supaya rohnya dapat bersemadi dengan aman). Kekawan banker kata worry not pergi bank bawa sijil kematian je lepastu settle.
So aku buatlah apa yang disuruh dan alhamdulillah. Personal loan tu dikira takyah bayar once korang meninggal sebab insurans akan cover. Settle 1 part. Part kedua, emak aku cubalah jejak dari bank ke bank untuk keluarkan baki duit yang ada dalam akaun ayah aku. Boleh juga guna untuk tampung bayaran kereta arwah. (untuk pengetahuan korang *aku pun baru tahu*, kalau korang meninggal waris still kena bayar monthly payment kereta. Jadi silalah pikir 40x sebelum angkat honda civic dengan gaji basic fresh grad. Kesian waris korang tanggung hutang korang kalau korang meninggal)
But worst come to worst, baki paling banyak pun dalam Tabung Haji. Tu pun tak sampai RM*k. Balance dalam akaun bank semuanya less than RM400. Di sini timbulnya kemusykilan bagi kami sekeluarga di mana perginya duit loan Rm100k tu. Okay tadi aku ada cakap ayah main saham kan? Kami pun cuba nasib call agen dia kot-kot la semua duit lebur dekat saham. Tapi malangnya hanya ada Rm*k sahaja di saham so where did all the money go? Hmm. Takpelah, biarlah kekal misteri hingga sekarang.
Yang penting, hutang arwah ayah langsai. InshaAllah. Pengajaran daripada cerita aku yang mungkin tergantung bagi korang, mungkin ada yang pepening lalat baca *sorry wey* ialah:
1. Takde duit takpe. Asal jangan tinggal hutang. Serius, ni kata-kata emak yang aku pegang sampai sekarang. Kau tak mampu pakai barang branded kau duduk je diam-diam. Takpayah duk menung dekat Max*s centre ke buat hutang beli Iphone. Kesianlah dekat keluarga korang kalau korang meninggal nanti tinggal hutang banyak-banyak. Hiduplah sekadar kemampuan.
2. Tinggalkan hibah. Ambillah life insurans so that bila korang takde nanti hidup anak bini korang terjamin.
3. AVOID PERSONAL LOAN. AVOID PELABURAN TAK PASTI. Kalau korang kurang ilmu kewangan tolonglah jangan libatkan diri dalam semua ni. Yang menanggung nanti bukan setakat korang, keluarga korang pun akan terkena tempiasnya nanti.
Akhir kata, apa yang aku confesskan ni bukanlah untuk aibkan keluarga aku. No. Tapi aku nak share betapa pentingnya hidup bebas hutang. Sayangilah keluarga korang. Pleaseeeeee.
– Fifie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit