Hidup Bebas Hutang

Assalamualaikum semua. Namaku Nita dan tertarik dengan confess “Takut Walaupun Beras Aku Yang Beli” (https://iiumc.com/takut-walaupun-beras-aku-yang-beli/), dari Encik Joe.

Kisah tentang hutang yang tak habis- habis hingga ngeri kita mendengarnya. Saya cuma nak cerita tentang suami saya yang sepanjang hidup dengannya bebas hutang. Alhamdulillah.

Saya nak ceritakan suami saya pun macam Encik Joe bekerja dalam syarikat GLC ( tapi dia buat kontrak jerr sebab sejenis tak suka terikat dengan satu syarikat terlalu lama). Dia pun dah umur 50an sekarang dan saya sendiri pun dah 47 tahun.

Nak ceritakan ketika mula-mula saya kawin dengannya, gaji suami dah cecah RM15k sebulan. Tapi aset yang dia ada pada masa tu hanya apartment 3 bilik yang dibeli dengan harga RM70k pada tahun 1998 di sekitar KL.

Masa tu dah ada landed house dlm RM150-300k tapi dia tak beli sebab pikir masa beli tu masih bujang takde keperluan nak beli landed house.

Bila dah kawin biasa laa kita akan ikut suami melawat anak2 buah dia ( junior GLC) masa raya, saya pelik kenapa mereka beli kondominium & villa. Kenapa suami yang lebih senior beberapa tahun dari mereka beli apartment murah jerr masa tu.

Balik rumah saya tanya suami, suami cuma jelaskan dia suka hidup bebas hutang. Anak2 buah dia pun terkejut bila melawat kami pulak…. sebab kami hanya hidup di apartment kos murah dan hanya pakai kereta tempatan proton masa tu.

Pada sangkaan mereka, kami duduk kondominium atau villa atau paling tidak rumah teres 2 tingkat di KL.

Saya tahu mereka terkejut sebab ada antara anak buah dia tanya saya diam2, saya cuma kata suami saya hanya nak hidup bebas hutang. Jadi mereka terdiam.

Saya pula memang tak kerja hanya uruskan keluarga semata- mata tapi suami cukup bagus tak pernah lupa bagi nafkah bulanan kepada saya hampir RM3k setiap bulan,

Dan sekali skala dia bawa saya berjalan2 makan kat luar dan belikan saya emas untuk dipakai atau disimpan.

Suami dan saya secara rutin keluarkan zakat emas dan simpanan setiap tahun untuk diberi ke rumah anak yatim atau fakir miskin.

Bila anak dah mula bertambah, suami mula terpikir untuk beli rumah atas tanah. Walaupun duduk di KL, dia sudah terpikir untuk habiskan masa tuanya di negeri asal kami di Utara.

Bagi dia hidup di KL terlalu banyak habiskan duit bayar tol dan harga barang makan di kedai pun beza.

Disebabkan cara hidup dia yang simple, dia akhirnya mampu membeli rumah 2 tingkat yang ada 4 bilik dengan halaman lagi di negeri kelahiran kami ni tapi kawasan bandar yang padat penduduk dalam RM200k lebih secara tunai masa tahun 2010 tu.

Masa tu juga dia mampu beli kereta luar negara(cash) dan bagi saya pakai untuk urus anak2 pergi-balik sekolah dan cari barang rumah. Dia sendiri masih simple macam tu pakai kereta lama untuk pergi kerja.

Kemudian dia kerja lagi, dia masih mampu beli rumah kampung lama 2 tingkat depan jalan raya besar di Utara juga dalam RM180k siap ada halaman yang luas.

Yang menariknya rumah ni ada sungai kecil boleh mandi di belakangnya dan kami jadikan homestay. Pun beli bayar tunai terus tanpa hutang.

Suami serahkan kepada saya untuk uruskan sebagai homestay sebab dia memang sibuk keja di KL . Masa tu belum berpencen pun, suami minta saya & anak2 pindah ke rumah yang dia beli di Utara sambil uruskan homestay.

Dia memang tak berminat nak besarkan anak2 di KL sebab lihat pergaulan remaja yang agak bebas , jadi berulang- alik laa dia hujung minggu sebab keja di KL dan nak jenguk anak2 lagi di utara. Masa tu anak2 pun dah remaja.

Bila umur dia pun dah 50an, dia dah mula buat persediaan persaraan sebab tengok keadaan ekonomi yang semakin tak menentu.

Sebagai pekerja kontrak GLC, kadang2 dia biasa takde job 3-6 bulan dan kadang2 sampai setahun sepanjang saya hidup dengannya.

Tapi kami boleh melalui saat tersebut dengan tenang sebab dia tiada sebarang hutang utama dah, cuma nak bayar bil api& air, makan dan persekolahan anak2. Alhamdulillah, memang cukup.

Saat takde keja di KL, dia balik duduk dengan kami sekeluarga dan sanggup berjaja makanan di tepi jalan atau buat COD sekurang2nya ada duit masuk.

Cuma bila ada job balik di KL, dia tinggalkan dulu bisnes makan dia dan teruskan keja di syarikat glc semula.

Cuma memang target dia jika dia benar2 bersara dia bercadang untuk buka kedai makan sebab dia ada minat ke arah tersebut dan dia pun memang pakar dalam bab masak2 ni.

Ayah saya dulu pun pernah cakap kat saya (masa tu kami masih duduk di pangsapuri murah) dia pelik tengok menantu dia ni ( suami saya) kerja minyak tapi tak macam orang kerja minyak.

Paham- paham sajer laa orang tua, kalau boleh nak cerita menantu dia orang kaya.

Tapi saya kata kat ayah saya “Ayah, kak Long syukur suami kak Long jenis tak suka berhutang. Bayangkan jika suami kak Long mati dulu…. sape nak bayarkan beban hutang yang banyak setiap bulan.

Sudahlah kak Long tak keja, kalau kak Long keja pun kena keja gaji level T20 untuk cover hutang suami”. Ayah akhirnya terdiam dengar pendapat saya.

Saya sebagai isteri dia yang hidup bersama hampir 20 tahun rasa tenang sebab dia selesaikan satu persatu dulu aset yang dia ada.

Jika dari awal kawin lagi suami manjakan saya dengan kemewahan mungkin saya pun terikut2 dengan lifestyle hari ni yang suka tunjuk kemewahan.

Suami pun jenis tak kedekut, ada masa dia bawa saya dan anak2 makan di luar atau bawa bercuti dalam Malaysia jika dia kelapangan. Cukup laa bagi saya dan anak2 hidup BEBAS HUTANG.

– Asnita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *