Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya confession saya ni disiarkan.
I’m married and ada anak sorang. Saya ni boleh dikatakan suka buat kerja sendiri according to my own pace. Lagipun dah biasa tinggal berjauhan dari orang tua selepas habis SPM untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Before ni saya and husband tinggal dengan family mertua, husband ada 3 orang lagi adik perempuan.
Selepas ada anak, kami menyewa di kawasan yang tak jauh dengan rumah mertua. But then mother-in-law (MIL) keep on telling us utk tinggal balik dengan mereka. Bila husband cakap biarlah kami menyewa sendiri sebab mana tau in the future family makin berkembang kan, takkan nak stay dalam 1 rumah ramai-ramai.
Bila bagitau macam tu, MIL cakap kami nak tinggalkan dia plak. Then dia tak terkenang dekat saya ke yang memang dari dulu sudah tinggal berjauhan dengan family sendiri. Why not she let her children to be independent… Tinggal berjauhan dengan family bukan bermaksud kita tinggalkan mereka betul tak?
But then if orang tua nak tinggal dengan kita, kita pun berbesar hati nak terima bukan? Lebih-lebih lagi kalau parents kita dah tua and perlukan penjagaan dari kita. Tapi parent-in-law sekarang tinggal di rumah yang dah dibeli sendiri dengan adik-beradik husband yang belum berkahwin.
Memang susah untuk setiap ibu bapa melepaskan anak masing-masing but then lebih baik sekiranya mereka belajar untuk hidup sendiri and grow. Bila dah tinggal sendiri ni walaupun baru rumah sewa saya banyak learn and improve my skills dalam kehidupan seharian.
Sekarang kawan kami ataupun family saya bila-bila masa boleh datang ke rumah. Kalau dulu nak bawa family or kawan ke rumah rasa awkward laa kan sebab tu kan rumah mertua. So saya just nak inform dekat sini galakkan laa anak-anak untuk tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin.
Kalau bercampur dengan ipar duai ni banyak drama mungkin akan terjadi… Tapi bagi saya sendiri lebih baik hidup sendiri kalau dah kahwin ni walaupun mula-mula agak susah untuk mempunyai kewangan yang stabil. Biarlah keadaan pun selesa bagi kedua-dua belah pihak.
Jangan pula menganggap anak yang nak tinggal sendiri dengan family masing-masing selepas berkahwin ni anak derhaka sebab tak nak tinggal di rumah orang tuanya. Ipar duai terutamanya yang belum berkahwin tu jangan pula nak jadi batu api. Jangan serkap jarang bagitau abang/kakak dah dikawal oleh pasangan mereka.
– Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit