Assalamualaikum / Selamat sejahtera
Pertama sekali aku adalah mangsa rogol. Kejadian itu berlaku semasa aku di sekolah rendah. Maaf, tidak boleh cerita lebih lanjut tentang kejadian itu. Kerana setiap kali teringat, setiap kali itulah aku akan menangis dan perang dalam otak aku bermula.
Lahir dalam keluarga yang miskin; harta dan ilmu (termasuklah ilmu agama). Alhamdullilah, kehidupan aku semakin baik. Ramai lelaki yang disekeliling aku kurang dan tidak bertanggung jawab. Pernah berkawan dengan lelaki dengan niat hendak berkahwin, apakan daya hanya jadi bahan mainan. Perkara ini juga telah menambahkan tekanan aku.
Sekarang aku ada masalah hendak terima lelaki dalam hidup aku disebabkan oleh masa lalu dan perangai lelaki disekeliling aku. Aku ok sahaja jika berkawan dengan mereka, namun bila mereka menunjukkan tanda-tanda untuk lebih dari sekadar kawan, aku akan menjauhkan diri. Maafkan aku, tapi hati aku da cukup terbeban dengan masa silam aku. Aku tidak rasa aku boleh hadapi kekecewaan lagi.
Setiap hari aku cuba kuat. Menangis seorang-seorang. Ada masanya aku rasa dunia ini tidak ada tempat untuk aku. Hidup seharian yang aku jalani, hanyalah hidup yang menunggu mati. Semakin hari harapan yang Aku percaya dan pegang semakin pudar.
Tolong aku macam mana aku mahu teruskan hidup ini, bila mana aku tidak lagi rasa ada yang tersisa untuk aku kat dunia ni.
Aku ada merancang untuk jumpa doktor, tapi masih tidak bersedia untuk menjadi terbuka pada orang asing untuk menceritakan apa yang aku lalui secara berdepan.
– Amy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit