Hidup Berkeluarga Zaman Sekarang

Assalamualaikum semua, moga sihat-sihat adanya.

Kepada yang dah berkahwin bagaimana kehidupan sekarang? Harap bahagia sentiasa.

Pada yang belum kahwin meh abg nak cerita sikit kehidupan zaman sekarang. Abang perhati zaman sekarang gaji besar atau kecil sama sahaja. Sebab apa sama. Besar gaji besar lah pelaburan dia. Gaji kecil, kecil la pelaburan nya.

Sama-sama tak cukup jugak cuma nampak mewah dengan tak mewah la. Yang tak syok nya sekarang isu tanggungjawab suami & isteri.

Suami & Isteri Berkerja.

Majoriti macamni lah zaman sekarang. Suami bekerja sudah semestinya kerana perlu cari duit untuk bayar nafkah kepada keluarga dia dan berusaha cukupkan semua untuk tanggung isteri & anak.

Yang hairan isteri pun nak kerja padahal tiada sebab keperluan pun, semua dah cukup untuk kelangsungan hidup keluarga itu. Katanya orang sekarang isteri tu dulu belajar pandai, tak kan duduk rumah aje, dll lah kan yelah semua nak jadi pandai.

Pengurusan Rumah & Anak

Suami isteri kerja, anak hantar pengasuh kerja rumah siapa nak buat sepenuhnya? Siapa nak mengajar anak lebih lanjut. Harapkan cikgu? Zaman ni, faham sendirilah.

Sedia makan minum. Lipat baju banyak lagilah kan.

Contoh : duduk pejabat bilik kemain kemas, wangi & eksklusif anak buah bukan kemain sopan santun, kacak, cantik. Tapi bila balik rumah tengok macam tongkang pecah anak-anak sendiri tak terurus. Elok nak reda stress dari tempat kerja. Bertambah stress pula bila sampai dirumah.

Kemudian tu..

Masing-masing dah gaji berkira pulak tu. Mula masing-masing bayar 50/50, sama-sama lah kan. Tak lama lepastu nanti dia jadi semua suami kena bayar.

Ye betul alasan kukuh nafkah suami sediakan. Isteri bekerja atas izin suami atas sebab bantu keluarga. Ya sangat munasabah. Isteri kalau keluar dari rumah atas sebab sengaja nak keluar, sengaja nak kerja untuk diri sendiri itu penting diri namanya.

Si suami pula bagaimana untuk diri sendiri? Dia menanggung isteri & anak kan. Nampak tak niat asal tu membantu keluarga dah jadi lain. Nak juga kerja terikut sangat orang lain tu, takut dipandang rendah, nampak kampung dll.

Bila dikatanya kepada suami bab nafkah bukan kemain. Dah tanggungjawab isteri yang sebetulnya macamna pula. Cukup atau tidak hasil dari rezeki yang dicari oleh suami itulah yang dapatnya. Itulah kemampuannya.

Kamu yang biar diri kamu di akad nikahkan dengan beliau, masing-masing terimalah seadanya kan.

Dah tanggungjawab sebetulnya seorang isteri apa pula sebenarnya?

Suami kerja, isteri pun nak kerja. Bila urusan rumah & anak-anak tiada orang betul-betul nak uruskan mula masing-masing serabut & stress dah mula nak gaduh pulak itu belum cerita tolak ajakan suami sebab penat bekerja.

Suamilah kerja cari nafkah, Suami lah juga kena banyak urus anak, suami lah urus rumah jugak. Selalu menyalahkan suami, ketidakpuasan hati apa lagi?

Kasih Mawaddah, Tawaduk, Love Till Jannatul.

Isteri harapkan layanan manja dari suami, pelukan, cium dahi semualah bagai drama tv. Tapi realitinya tak ada semua tu.

Pagi bangun sembahyang subuh pun tak dikejut walau dah selalu pesan kejutkan. Sarapan pagi apatah lagi walau secangkir air kopi.

Setengah jam lagi nak masuk kerja suami tengah iron baju sendiri. Isteri tengah tengah terbang dengan baju kelawar menyiapkan anak. Dah nak gi kerja tiada bersalam pun dia tengah mandi nak pergi kerja juga.

Tengok, pagi-pagi dah macam tu, itu belum cerita sesampai di rumah hingga nak masuk tidur. Keluar bekerja comel sangat isterinya, balik kerja dia dah jadi macam hantu kak limah,mana maunya..

Emosi dulu baru kamu..

Suami ni dia tak cerita hal dia seperti mana macam isteri cerita hal dia. Mungkin kalau suami boleh bercerita seperti isteri, mesti isteri tak percaya dengan apa yang telah terjadi padanya. Lagipun suami duk cerita masalah dia hangpa bukan boleh buat apa pun.

Pokok pangkalnya… Kembali kepada asas perkahwinan. Bercinta dan selepas berkahwin mana sama. Ada ke orang bercinta dalam perkahwinan? Kalau ada bohong. Kita dah lebihkan anak dalam segala hal.

Anak-anak tengah membesar jadi perlu perhatian yang menyeluruh. Ini suami isteri kerja, hujung minggu pun malas nak berjalan atau bercuti sebab nak rehat dirumah je.

Suami kerja seharian balik penat cari nafkah untuk keluarga. Balik rumah nak tenang jer anak terurus je. Tolong bukak pintu suami masuk salam dia lepas tu ada dah nasi berlauk fav suami.

Layan suami dengan baik macam tu. Mana tak sejuk hati dia. Mana tak berbunga hatinya, mana tak sayang pada isterinya. Itu jam mintaklah apa pun insyaallah ada hasil. Bahagia keluarga tu.

Faham ke tidak berkeluarga yang bagaimana ni? Ini tidak suami balik rumah rumah dulu dengan anak, isteri nya tak balik kerja lagi, macam-macam lagi lah

Cukuplah sampai di sini coretan saya.

Marilah sama-sama berdoa agar kita semua bahagia, insyaallah

Wassalam..

– Bakal Jemaah Haji (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *